Jangan ketawakan orang | REAL STEEL

by - Rabu, Oktober 19, 2011

 

image

Yup … mmg patut layan cerita ni.. Walaupun nampak kartun tapi punya pengajaran yang sangat berguna buat penonton ! Jangan pandang besi buruk tiada gunanya ! 5 bintang dari aku !! Aahaks..

Jangan ketawakan orang .. Hurm.. Perlu ke ketawakan orang ? Ada orang suka ketawakan orang kerana lucu .. Tapi ada orang suka ketawakan orang kerana cemburu !

Aku bagi contoh seorang peniaga runcit. Bermula dari bawah , hinggalah satu hari tu dia berjaya dalam perniagaannya. Dan dia ingin pergi lebih jauh lagi.. Ingin mengembangkan perniagaannya hingga ke luar negara. Dia berjaya ! Tapi malangnya , kerana kemelesetan ekonomi melanda dunia dan bisnisnya lingkup dan memaksa dia kembali ke kampung halamannya. Menariknya , ada segelintir orang kampung mentertawakannya kerana akhirnya dia terpaksa guna kereta lembu untuk bergerak berbanding dulu berkereta mewah.. 

Bila mereka ketawakan dia , dia hanya mampu senyum dan dia bersuara..

“ Sekurang-kurangnya aku pernah sampai ke luar negara , tidur di tilam empuk , berkereta besar dan memberi ramai orang peluang pekerjaan … Kamu ? “

Sebelum kita nak ketawakan orang , fikirkan apakah sumbangan yang pernah kita buat pada masyarakat atau paling tidak pun , apakah kebaikan yang pernah kita lakukan untuk membantu orang lain ?

Apakah ketawakan orang memberi kebaikan ?

You May Also Like

7 comments

  1. “ Sekurang-kurangnya aku pernah sampai ke luar negara , tidur di tilam empuk , berkereta besar dan memberi ramai orang peluang pekerjaan … Kamu ? “: sentapp

    BalasPadam
  2. harini kita ketwakan org..esk lusa kita atau family kita yg kena..beringat..

    BalasPadam
  3. huuuuuu
    betoi!
    gelakkan diri dulu kalo nak gelak kan owg =]

    BalasPadam
  4. bila kita menunjuk kearah seseorg tu, kita kena lihat pada jari kita, satu jari menunjuk kpd seseorg tu tp 3 lagi kearah kita :) erk, paham ke ayat sy?ehehe :P

    lama tak jenguk blog en.ben :D tersenyum membaca entri2x yg tak sempat dijenguk.o yeah~~~

    BalasPadam
  5. pikir sebelum buat sesuatu...mmg terbaik la,gelak kan org mmg x bagus xkira la dalam ape jugak situasi...

    BalasPadam
  6. mengata + mengupat + mentertawakan orang memang tak elok...
    ukur dulu baju di badan sendiri...



    REAL STEALLLLL.....

    6/5 bintang....

    kasi lebih satu bintang,...

    dah macam tengok bola jer bila layan cerita ni kat cinema....

    semua orang sorak2... hehe

    BalasPadam
  7. cermin diri kita sendiri dulu sebelum nak ketawakan orang... nanti tak pasal2 kita pula diketawakan!

    tak sempat lagi tengok real steel ni..

    BalasPadam