Isteri : Bang , malam tadi sebelum tidur ada tak awak usap perut saya ? Orang kata tu kira macam belai baby dalam perut.. Ada tak ada tak ??
Suami : Haih , perut saya pon tak terbelai.. ni nak belai perut awak ??
Isteri : @#$@^^@#
Isteri : Bang , malam tadi sebelum tidur ada tak awak usap perut saya ? Orang kata tu kira macam belai baby dalam perut.. Ada tak ada tak ??
Suami : Haih , perut saya pon tak terbelai.. ni nak belai perut awak ??
Isteri : @#$@^^@#
Wow .. susah ke ? Hehehe ..
Susah sangat eh nak kurus atau turunkan berat badan ni ?? Susah sebenarnya .. Hahaha.. tak pon !!
Sebenarnya ada banyak cara nak turunkan berat badan ni cuma masalahnya antara nak atau tidak ! Semangat atau bersungguh sungguh atau sekadar hangat hangat taik ayam je..
Adik aku ada tanya aku.. Sekarang ni aku nampak semakin berisi dan bolehkah aku turunkan balik ? Jawapan aku ?
Badan aku , kurus kemudian berisi dan kemudian ditegapkan … Kini kembali berisi .. Bermakna , boleh ! Cuma aku nak buat atau tidak saja !
Apa yang perlu aku buat cuma , jaga pemakanan , disiplin latihan senaman serta niat kena betul … Jaga kesihatan sebelum penyakit datang menyerang !
Kurus tak bermakna sihat dan gemuk tak semestinya berpenyakit kan ? Jangan pegang pada pendapat gitu .. Kemaskan diri , jaga kesihatan .. Semua bahagia… kan kan ? Walaupun gemuk tapi kemas ,tetap segak kan ?
Untuk segakkan badan ni , banyakkan bersenam dan jaga pemakanan.. Mantop gitu… Segak bukan bererti tough atau berketul ketul tapi rupa yang sihat serta badan yang segar !
Tiada jalan ringkas untuk menjaga kesihatan selain kita menjaganya melalui saluran yang betul.
Hurm.. terbaca satu status di wall sebuah fan page di FB berkaitan isu rogol ni.. Katanya punca kes rogol ni dari wanita yg pakai seksi atau lebih tepat lagi tidak menutup aurat.. Setujukah ??
Pasti akan ada yang setuju dan akan ada yang kata bagaimana pula dengan kes bayi , nenek atau wanita yang menutup aurat tapi mereka tetap dirogol juga ???? Haaa… cer jawab ?
Atau akan ada jawab , segalanya berpunca dari nafsu seorang lelaki .. Lelaki kalau kuat iman pasti tidak kerja kerja gini .. kan kan ? Betul tak ?
Jadi , kesalahan kembali pada lelaki .. kan kan ? Kalau lelaki tak merogol , pasti takde kes rogol kan ? Kan kan ? Haaa… aku tau daahh.. pasti balik punya !! Hahaha..
Ok .. ni bukan entri nak cari salah sapa tapi untuk kembali berfikir sebelum terkena pada anak cucu kita satu hari nanti..
Manusia … kalau tak digoda , takkan buat dosa kan .. Yang mengoda ni syaitan.. Syaitan goda perempuan untuk pakai seksi .. Yang jadi mangsa , lelaki .. Bila lelaki tgk dia geram .. Takkan dia nak rogol orang tu lak kan ? Kalau kena orang tu dalam tv ?? Camana ?? Sapa jadi mangsa dia nanti kalau dia tak dapat bendung nafsu dia ni ?
Bab nafsu ni , jangan main main.. Tak kira lelaki atau perempuan boleh tahan bila dah sampai ke tahap ‘masuk air’ atau dalam bahasa sopannya bila dah ghairah.
Bagi aku , jawapan kepada permasalahan ini ialah , AGAMA .. Tak kira lelaki atau perempuan kembali kepada asas agama … Solat , aurat dan segalanya .. Hayati dan nikmati .. InsyaAllah , jangan kata rogol , nak pandang perempuan pun dah malu … Betul tak ?
Dua dua kena jaga laa… Dua dua selamat .. Lelaki tak masuk penjara , perempuan tak kena rogol , raba dan sebagainya.. Apa susah kan ? Susahnya ialah nak laksanakan tu jee… kan kan ? Mana tidaknya , ada yang nak pakai seksi .. tamo tutup aurat kan ? Hak dia ??
Ada ke hak dia ??? Hak apa ??? Cuba bagitauu … sapa yang bagi hak untuk memakai seksi ni ? Allah ? Kalau dia bangsa lain camna lak ? Mudah je.. lelaki Islam pasti terdidik bila wanita Islam terdidik juga.. Secara automatik , tak kira apa bangsa sekali pon , mereka tetap pandang ke lantai …
Lelaki , kalau tak dapat ikan pari .. ikan bilis pon jadilah .. Pastu tepuk dahi nyesal .. Puncanya ? Ikan pari menari nari depan dia .. nak tangkap , takut .. maka sapa mangsanya ?
Tak perlu tuding jari.. sama sama kita fikir bagaimana nak hindari .. Agama dah jelaskan cuma kita saja yang butakan mata dengan saling tuduh menuduh..
Wallahualam.. Sekadar pendapat … Maaf jika ada yang terasa.
"Adakah anda telah benar2 stylo? Atau memerlukan sesuatu yang lain untuk membuatkan anda kelihatan lebih stylo? Gayakan beg2 yang stylo dengan gaya stylo anda tersendiri agar tampak lebih anggun!"
Jom g jamu mata di MRSLADYSSTYLO ..
Atas alasan elakkan zina dan maksiat , maka anak dara seusia muda dinikahkan atas pilihan keluarga .. Apa pendapat korang ?
Hurm.. mmg bagus tapi zaman ni aku rasa susah sedikit .. Nikah awal ni mmg bagus sangat .. Kalau dapat suami yang benar benar boleh fikir , alhamdulillah .. pandailah dia menjadi nakhoda untuk melayari bahtera suami istreri .. Kalau tak ?
Memang betul , yang dah tua macam aku ni pon belum tentu boleh jadi ketua keluarga .. Tapi sekurang-kurangnya kalau macam usia aku ni buat silap , mereka akan tanggung sendiri. Takkan salahkan orang tuanya.. Sendiri boleh pikiaq , kata orang .. Yang muda ni ? Dah la diaturkan oleh keluarga pastu gagal kemudian mereka akan tuding jari pada parents dia ..
Dalam suratkhabar ari ni menyiarkan satu berita mengenai seorang ibu muda yang berusia 18 tahun yang mana telah menikah seawal umur 14 tahun atas pilihan keluarganya , yang digantung tidak bertali dan dianugerahkan tubuh menggiurkan, dikesan menggunakan kelebihannya itu untuk mendapatkan wang bagi menyara anak selain memenuhi tuntutan batinnya.
Isteri berusia 18 tahun tahun itu menjadi idaman lelaki mata keranjang yang sanggup berhabis wang untuk menidurinya kerana pakej lengkap dimilikinya.
Dia mengakui selain bagi mencari nafkah untuk seorang anak perempuan tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan seorang lelaki dua tahun lalu, dia turut mendapat kepuasan seks.
Hurm … tak kira lelaki atau perempuan di zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini selagi tak kenal dunia selagi itulah selagi itulah mereka tak sedar !
Kenal dunia.. Pergh.. dunia kanak kanak lain.. Remaja lain.. Dewasa lain… Masa tu baru terbuka biji mata.. Baru nampak camana dunia sebenarnya.. Lelaki yang kita cinta , sebenarnya ada yang jauh hebat.. Perempuan yang kita sayang sewaktu sekolah dulu ,ada wanita yang lebih bagus .. Camana tu ? Kuatkah cinta untuk menepis segala dugaan itu ? Setakat yang aku tahu , ramai gagal ! Yang berjaya tu , benar benar miliki hati yang cukup kental … Tahnniah.
Wallahualam.. sekadar pendapat aku jer ..
Okeh .. amacam ? Simple je .. seperti yang diminta.. Ok la tu kan ?
Ada sapa nak order ? Segerakan … Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , sila rujuk Tempahan baju KELAB BLOGGER BA ver 2.0 dibuka ! ..
Cepat tau sebelum kawan kita tu menikah !! Yang dah buat bayaran , minggu depan akan mula di pos .. sabar eh..
Kelainan segmen ini , dua blogger sekali akan menyenaraikan url entri para blogger yang join.
Aku dah sempat blogwalking beberapa blog .. Kalau jumpa yang menarik di kalbu , aku akan jadikan blog blog pilihan di masa depan kelak.. InsyaAllah ..
Dan terima kasih atas pandangan serta kesudian korang semua join segmen ini.. Buat blogger yang berminat nak menambah kenalan , inilah masanya… Joooommmmm gegarrrr blog merekaa….
TERIMA KASIH
Haih… suka suka kamu jer …
" Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu...ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.” Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. di dalam artikal Koh nafi beritahu blogger akan cabar Lim Guan Eng pada PRU-13 ..
Aku kata lelebih kang , terasa pulak puak puak kat sana .. Yang dimaksukd dia ialah blogger PAPAGOMO .. Bukan ke PAPAGOMO ni pro kerajaan ?
Takkan takut kot nak cabar Lim Guan Eng ?? Ler … Takut la tuuuu.. takde pengaruh dah kan ?? Bersara je laaaa… Haaa.. ni baru betul blogger cakap apa saja !
Tah apa yang dia takut sangat pon tak tau … Buang masa je kan ? Letak je la jawatan .. Tak memberi manfaat pada parti dah pun…
Sesuai sungguh jadi ahli politik !
Untuk julung kalinya , dua blog ini bergabung untuk membuat satu segmen .. Dan menariknya , kedua dua blog ini akan senaraikan url blog mereka yang join segmen ini ! Haaa.. Serentak okeh !!
Segmen ini mudah je.. sekadar santai … Bukan nak cari trafik , follower tetapi untuk memeriahkan hujung minggu di samping mencari kenalan baru.. Ok ? Dah bersedia ?? Jom mulakan..
Bagi yang tak tau camana nak join , tengok mereka yang dah buat entri penyertaan ini.. Ok.. sediakan satu entri khas yang baru.. Sila letak ..
Penyenaraian dibuat selepas selesai segmen ini. Terima kasih.
IKLAN
Hey Dolls, One Hot Shop is here to tell you good news !
We decided to bring in REAL i mean REAL ROOSTER FEATHERLOCKS here ! YEAAHHH !
Happy and excited ? YES SO WE ARE !
Lapar neh .. Nak masak , segan pulak aku kat dapur tu .. Heh.. Bukan apa , kang aku buat ala ala MasterChef Celebrity tu kang ,susah lak wife aku.. Kenapa pulak susah ??
“ Kong kang kong kang kong kang “ bunyi kat dapur tu !! Bukan tak pernah pon .. Bila wife menjerit tanya ..
“ Abang , apa yang riuh rendah sangat kat dapur tu ? Ada orang nak datang rumah ke ? “.
Korang tau apa aku jawb ??
“ Dok laa… nak masak telur goreng sat .. “
Haaaa.. tu baru telur goreng dah riuh sekampung.. bayangkan kalau aku masak nasi goreng ?? Satu taman datang jengah rumah aku !! Mesti fikir ada gempa bumi kat rumah aku punyaa.
Tu pasal laaa aku malas masak … Satu hal lagi , confirm jiran telefon punya nanti dan bertanya ..
“ Ben , sedapnya bauuuuuu.. Awak guna rempah adabi ke ?? “
Takkan aku nak kata Yer ? Tu aku dah promote Adabi lak.. rugi la aku kan ? Maka aku pasti aku akan menipu dia kan ? Berdosa aku ini nanti.
Maka , kesimpulan .. aku rela beli kat kedai je la.. TAPI hari ni aku dah mula kembali berfikir setelah mak aku kata semalam ada restoran kantoi sbb guna pelaris ! Aku nak cerita dalam ni , kang ada yang muntah darah lak.. Paling tidak pon pasti akan tuduh aku buat fitnah..
Aku pelik gak sebenarnya kenapa ada manusia yang sanggup ketepikah soal hukum bila dalam mencari rezeki ??? Sanggup mengunakan jalan mudah yg pastinya menyalahi agama semata mata untuk menarik pelanggan ???
Tak pe la… Ini ada satu petua dari rakan bagaimana nak mengenali restoran restoran yang menggunakan pelaris .. Meh baca CARA MENGENALI PERNIAGAAN MENGGUNAKAN PELARIS.. Amalkanlah yer ..InsyaAllah ..
Bila mata bertentang mata ..
“ Bertunang akhirnya dia.. Cepat cepat tau menikah .. “
Berita yang aku terima mlm tadi dari mulutnya sendiri tapi dia tak nak diperbesarkan terlebih dahulu.. Pertunangan ini membuatkan aku rasa amat lega sekali.Seronok dengar bila blogger sama blogger bertunang kan ?
Hurm .. Itulah yang sebaiknya.. Bila dah rasa berkenan di hati , jangan buang masa .. Terus tunaikan hajat tu sebelum syaitan mendekati dan merosakkan segala cinta suci. Ikut adat dan paling penting jangan ketepikan agama.
Semoga pertunangan ini hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke akhir hayat … Tahniah sahabat !
“ Kau kejar glamer !! Cakap je laa. Mengaku je la kan ? Pastu mesti nak duit punya kan ? Buat blog mesti nak duit kan ? kan kan ? “
Erk.. aku nak kata apa ? Mengaku jelah kan ? Yer , benar .. Aku buat blog kerana nak kejar glamer dan nak duit ! Apa masalah kau ?? Kau dengki ? Loh …
Hehe.. Sori geng.. Aku dok gaduh ngan hati aku nih.. Ada masalah dalaman sedikit .. Hehehe… Tapi betul kata hati aku tu , aku buat blog ni sbb nak kejar glamer .. Tapi glamer aku ni bukan untuk aku .. Untuk blog aku ..
Kenapa aku perlu kejar glamer ? Andaikan aku dalam sebuah sekolah menengah yang terdiri dari pelajar pintar .. Bagaimana aku nak bagitau pada guru guru di situ akan kewujudan aku agar aku tidak tenggelam di kalangan pelajar pintar yang lain sedangkan kitorang sama je level IQnya .. Haaa..
Aku kena buat diri aku glamer ! Ada dua cara .. Satu cara keji .. Yakni jadi pelajar bermasalah ! Tamoooooo !! Aku tamo begitu ! Aku nak naik atas prestasi cemerlang aku dalam akademik dan juga kegiatan luar kelas.. Yes !! Itulah salah satu caranya … Tapi bagaimana ???
Itulah cabarannya .. Bagaimana !!
Untuk apa aku buat semua itu ? Kelebihan pada masa akan datang .. Jika aku nak mohon sambung belajar , mana tau ada guru yang punya kenalan atau mungkin paling tidak akan ada guru berusaha membantu aku untuk menjayakan cita cita aku kan ?
Seperti juga blog .. Aku perlu popularkan dia dikalangan blog blog yang lain setiap hari agar tidak tenggelam dengan kehadiran blog blog yang lebih bagus dari blog aku ..
Menjana pendapatan .. Itulah bonus yang dapat dari berblog ini .. Bagi mereka yang ikhlas , lain pula bonusnya .. Segalanya terpulang pada niat masing masing .. Asalkan tidak bercanggah dengan agama dan undang-undang , bagi aku itu sudah cukup memadai.
Kalau nak low profile , aku lebih rela privatekan blog aku dan jadikan ianya diari kehidupan aku.. Bila begini , bererti aku nak berkongsi perasaan aku dengan rakan yang lain ..
Syukur pada Allah , tercapai cita-cita aku namun ianya belum berakhir .. Perjalanan aku baru bermula..