Isu dari FFM24 hari tu ha.. Dan sesungguhnya aku menyokong tindakan kak Ogy ! Aku yang ada waktu tu di PICC , Putrajaya mmg terkejut dengan kelantangan Johan yang melawak tak kena tempat dan cara .. Dan aku respek kak Ogy yang berjaya tenangkan dirinya pada malam itu. Serius , kak Ogy mmg profesional.
“ Beberapa minggu selepas FFM24, Ogy telah membuat kenyataan kepada beberapa media akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Johan kerana mempersendakan arwah ibu bapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.
Ogy juga menyifatkan kata-kata Johan ketika mengacara bersama adalah kurang ajar serta satu penghinaan di mana dia tidak mampu untuk bertolak ansur dengan sikap biadab itu. “ – Mstar
Apa yang boleh aku katakan sekarang ni , pelawak kena banyak belajar dari orang lama . Jangan ingat dah popular dan ramai peminat , maka sesuka tekak melawak dan mempersenda orang !
Sebab tu mak bapak kita hantar g sekolah ! Melawak guna akal lagi bagus dari guna mulut ! Takkan lupa kot dalam Raja Lawak ada tema dan salah satu temanya melawak senyap ! Maksudnya tak payah bercakap dan berapa ramai yang berjaya buat penonton ketawa ?
Serius , hanya berapa kerat je pelawak yang berpendidikan di negara kita skang ni .. Nak marah ? Fikir dulu 2-3 sebelum nak marah .. Kak Ogy , saman je .. Biar belajar skit orang cam ni ..
Teringat allahyarham Tan Sri P.Ramlee .. Lawak beliau , kalau status pon orang leh ketawa ! Al-Fatihah ..