Hurm .. “ Aku rasa blog aku lagi best dari blog BEN ASHAARI. Entri dia semua pon biasa biasa jer .. Gambar pon jarang letak .. “ , kan ? Mungkin ada diantara kawan kawan kita berfikiran begitu dan aku tak salahkan dia pon . Benar apa pemikiran dia tu .. Jadi , aku tak perlu nak terasa .
Aku jarang nak buat entri bagi pecah perut kawan kawan pembaca. Aku tak suka nak mengarut tak tentu hala dalam entri aku ni. Masa itu penting. Aku tak nak mereka buang masa singgah baca entri yang takde ‘gado-gado ‘ buat mereka. Aku nak senantiasa beri buah tangan pada mereka , bila mereka singgah.
Itu yang aku nak ! Bukan masuk , baca ketawa .. kemudian keluar tapi inputnya ? Baik layan 3 Stooges je kan ? Tu pon ada isi gak . Pengalaman dalam bidang penulisan blog ni membuatkan aku banyak berubah. Serius. Aku semakin memahami apa yg berlaku di dunia nyata dan aku perlu berfikir berkali kali sebelum melakukannya , berkat dari ‘maklumat’ dunia maya.
Itulah yg aku nak buat ! Kawan kawan pembaca yang masuk baca terutama yang muda , memahami serta menjaga tingkahlaku mereka di dunia nyata dengan mengambil ikhtibar dari bacaan blog serta komen komen yang ditinggalkan.
Biarlah biasa dari luar biasa namun yang luar biasa itu bila mereka mengucapkan TERIMA KASIH atas perkongsian cerita yg sedikit sebanyak mampu mengubah cara mereka berfikir.