Dalam kereta, perjalanan ke gym .. Tetiba telefon berbunyi.. Kebetulan dah sampai depan Menara KBS .Dengan pantas aku capai dan tengok di skrin .. Hurm .. “ My Love “ .. Terus aku tekan butang hijau .. Utk jawab la..
“ Ya sayang .. “
“ En. Ben .. “
Eh.. kenapa suara dia lain je ? Gulp .. Apakah wife aku dah sakit nak bersalin ke hinggakan kawan opis dia yang tolong call kan ?
Suara halus perempuan tadi terus berkumandang ditelinga aku ..
“ Saya yang tadi tu .. pasal iklan kat blog En.Ben .. tu … “
Hah ??? Aku tengok balik skrin ..
Hampeh !! Yang aku nampak tu , sms dari wife aku yang mana aku tak exit dengan betul selepas membaca sms dari dia . Huhuh.. Terus cover line padahal mau je aku ketawa malu !
Maklumlah , skang ni kena alert 24 jam . Tidur pon handset kat tangan .. Mana la tau tiba tiba panggilan telefon .…
“ Abang , nak beranak dah ni !! Cepat amik kat opis .. “
Tapi kan .. bahaya gak kan . Yelah , wife tu dah bila bila je boleh bersalin tapi dok g kerja. Kalau kat opis , takkan nak menapak keluar dari pejabat dia ..
Hurm… kena amik cuti dah ni .. tak leh jadi .. Kang aku jugak yang panik..