Takde duit tapi berjudi ! Nak tambah pendapatan tapi dengan berjudi ! Dapat gaji , pastu g berjudi untuk gandakan .. G cari hantu , pastu mintak nombor !
Haihh .. Kalau yang lakukan ni bukan orang Islam , tak pe la gak . Tapi setahu aku , agama lain pon melarang penganutnya berjudi. Tapi kenapa ramai yang pilih jalan camni eh ?
Di Harian Metro pagi ni ,
“Semuanya bermula selepas saya ketagih bermain mesin judi di kafe siber pertengahan tahun lalu. Awalnya, saya menang beberapa kali, tetapi selepas itu tak ada ‘tuah’ menyebabkan saya mengeluarkan wang simpanan. “
Dan akhirnya dia ditipu oleh kenalannya yang bergelar Haji ! Camana tu ? Yang berjudi ni lak bukanlah budak baru cerai susu tapi bekas tentera .. Haaaihhh …
Kadang-kadang aku mmg nak pertikaikan ketelusan bab penguatkuasaan ni terutama melibatkan mesin judi .. Yelah , ada satu tempat ni , balai polis bergerak ada kat situ dan menariknya tak sampai beberapa langkah , ada cyber cafe yang ada mesin judi .. Serius , mmg ramai dok keluar masuk ‘berjual beli saham dunia dan akhirat ‘ kat situ ..
Dan , ramai gak la kawan aku terlibat sama nak kaya dengan cepat tapi garu kepala selepas tu terutama bila dpat gaji .. Bila menang , happy giler tapi terlupa berapa banyak sebenarnya mereka dah rugi ..
Biarlah sedikit , asalkan berkat ..