Kul 9 malam …
Kul 5 pagi .. dah jaga , ajak main !
9 pagi .. jom jalan jalan ..
Nasib baik ada mak dia .. kan ?
Kul 9 malam …
Kul 5 pagi .. dah jaga , ajak main !
9 pagi .. jom jalan jalan ..
Nasib baik ada mak dia .. kan ?
Dia ni kan , kalau sedang menyusu .. tolonglah jangan borak ngan mak dia .. Dia nak mak dia bagi tumpuan penuh dia sehingga dia lena diulit mimpi !
Adoi .. sampai gitu sekali aihh … Bila dah tidur , lega betul .. Bukan apa , nak wat keje pon tak leh selagi dia tak tidu .. Nak ajak main daaah skang ni .. Kalau tak main ngan dia , dia bantai teriak .. Aku dah bagi guna HTC aku untuk dia layan game yang ada dalam tu . tak nak lak dia main .. Hurmm .. Takkan dia nak layan PSP kot ? Xbox ? Ayoyo … daddy takde duit .. huhu .. simpan untuk Qhaliff smbung belajar nanti .. hehe ..
Tapi bila dah tidur , kesian je aku tengok dia .. Apalah nasib dia nanti dah besar .. Entah sempat atau tidak aku tengok dia membesar ..
Sayu bila tengok anak tidur .. Ya Allah , ampunilah dosa dosa hambaMu ini ..
Baru-baru ni ada la wife ajak g cari baju raya Qhaliff memandangkan masa Ramadhan nanti , malas nak merayau .. maklumlah , si kecik ni gemar berkaraoke tak kira tempat .. Maka g beli jelah kat Mothercare , Alamanda .. Kira beli masa sale je la .. Murah jer ..
Pada mulanya , nak g Kenanga Wholesale City ni .. sbb dengar ceritanya harga pakaian murah kat sini .. Tapi kena beli borong la .. Paling skit pon , beli dalam 20 pasang .. baru dapat murah .. Kalau beli sehelai sehelai tu , harga dia biasa je la kot ? Tak tau la.. sebab tak sampai lagi situ ..
Ada dah member aku yang g shopping kat sini .. Beratus gak la dia berabis.. Bukan pe , nak datang tu bukan selalu .. heheh .. Sekali turun , tu diaaa …
Bagi yang nak buat bisnis , aku rasa boleh la kot try try beli kat sini pastu g jual kat tempat memasing cam pejabat ke , pasar malam ke ..atau mana mana yang bersesuaian ..
Tempat ni kat mana ?
Dekat dengan balai bomba Jalan Hang Tuah .. Tau ? Ala , kalau naik lrt tu , turun kat Hang Tuah je .. dekat dah tu.. hehehe .. Alamat penuh tu , er .. San Peng Flat tau ? Tak tau gak ? Google je la eh .. hehe ..
Sumber gambar : BackpackingMalaysia
Itulah lumrah manusia yang mmg tak boleh tengok orang lain senang .. Bila dah nampak ada yang ‘berduit skit ,mula nak main kotor .. Berusahalah skitt ..
Aku tak pasti la bangsa lain camana bila bab meniaga ni .. Tapi yang aku pasti , bangsa aku ni aku suka benar libatkan orang ketiga bila tak puashati .. Aku pon pelik laaa kenapa boleh sampai tahap gitu sekali hasad mereka ..
Cuba periksa balik apa kelemahan kita tu .. Kadang kadang , masak tak sedap tapi harga mahal . Atau masak sedap , harga murah tapi layanan tuu .. Haaa …
Entahlah .. aku pon penat nak kata menda menda ni .. Aku yang buat blog ni pon ada yang kata aku guna sihir untuk tarikh pembaca .. Padahal aku dah penat posing ala ala gadis shawl untuk tarik pembaca .. haaa ..
Tapi hakikatnya ? Qhaiff gak menjadi tarikan utama blog aku ni .. skang ni .. huhu ..
Meniaga , biar berkat dan diredhai Allah.. Apa guna kaya atas dunia , miskin di akhirat , kan ?
Waduh .. waduh .. dasat .. Lama betul aku tak ikuti perkembangan artis Malaysia ni .. Biasa dok ikut perkembangan artis Korea dan Jepun .. Antaranya yang aku minat , Bruce Williis ngan Jet Li ..
Betul ke ? Aku terbaca kat Yahoo tadi .. Tajuk gempak ! Aku pon cam korang gak .. tertipu .. huhuh ..
"Saya cintakan Bront sebagai aktor dan juga kawan. Bagi saya, dia adalah kawan saya yang paling rapat dalam industri.
"Persamaan kami dapat dilihat daripada cara kami berfikir, tidak kira mengenai isu masyarakat, politik, muzik ataupun filem. Pendek kata pemikiran kami banyak persamaan dalam segenap aspek,"
Wat gempaakk je kan ? Biasa laa .. Menda menda gossip ni , manusia mmg cepat jer panas .. Apa pon , kalau ada jodoh , nikah je la cepat cepat .. Senang citer .. kasi tutup kes .. kan kan ? Kang kena rembat , susah lakk .. timbul isu lain .. pening pala lak .. kan kan ?
Hurmmm .. berjuta kenangan aku kat shopping mall ni .. Dari aku kecik hinggalah aku kawin , aku ke shopping mall ni .. Lepas SPM dulu , sinilah tempat perjumpaan aku dengan geng sekolah aku dulu .. Huhu.. sedih dengar berita pasal ni ..Sau demi satu kenangan mula meninggalkan aku .. Apakah ?? Er….
“ KUALA LUMPUR: Pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza, yang merupakan simbol kepada pusat perniagaan Bumiputera di kawasan segitiga emas dijangka akan dirobohkan pada awal tahun depan.
“MRT Corp telah memberi kami masa sehingga akhir tahun untuk mengosongkan bangunan.
“Notis pengusiran akan dikeluarkan kepada penyewa untuk keluar,” kata Pengarah Urusan UDA Holdings, Ahmad Abu Bakar kepada pemberita selepas satu sesi dialog bersama para penyewa pada Selasa.
Beliau berkata, UDA akan menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan berhubung permohonan oleh Tradewinds (M) Bhd untuk menyertai dalam pembinaan semula bangunan Bukit Bintang Plaza.” – Mstar Online.
Dan tak lama lagi tempat aku membesar pon akan dirobohkan , utk pembangunan .. kata mereka laa ..
,
Olololo .. mmg sedap kalau nenek dia dukung .. Kena lak nenek dia tu , empuk jeee badannya .. hehehe .. Terus jer lena .. Ditambah lagi dengan tepukan tepukan di bontotnya , mmg lena abiss .. Tak kira dah orang nak cak cak ngan dia .. Lena tetap mau lenaaa ..
Sedar kalu , huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa … abis satu rumah kelam kabut .. huhu … Nangis serupa macam kena dera jerr …
Sesekali melepak dengan kawan kawan lama , terimbau segala kenangan dulu dulu .. Terasa beza dulu dan sekarang .. Dulu , dengan panas baran … dengan ego tak menentu arah , sekarang ni terasa lebih mendamaikan .. Hehe .. Nak lepak lelama pon malas tapi bila lepak gitu , tension aku ilang sekejap. Yelah , ada menda kita boleh cerita dengan kawan dan ada menda kira rahsiakan saja .. Biarlah Allah saja yang mengetahuinya .. Kita ni hambanNYA ..
Depan restoran mamak tempat aku lepak ni ada satu kedai kafe siber.. Konon-kononnya laa .. padahal tempat berjudi .. Kira pakai topeng je laa .Yang keluar masuk ni , aku kenal la muka dia .. Kengkawan gak la.. Aku nak kata tahi judi , tak leh gak sebab aku tak nampak pon mereka berjudi depan aku.. Cuma yang nampak , dok keluar masuk situ je la ..
Ada sorang kawan ni , aku tanya dia camana life .. Serabut katanya .. Macam macam hal dunia dia pk .. Hal menteri pon dia masuk campur walaupun tak dijemput.. hehe .. Tapi hakikatnya dia peningkan hal $$ ..
Bila ada sorang kawan tu mula bukak cerita , aku mampu berikan senyuman saja. Aku tau dah cuma malas amik tau .. Dapat gaji , tempat pertama dia pergi , pusat tu laa .. Nak gandakan duit gaji.. Last last apa jadi ? Antara ganda atau 0 terus ! Sapa tak pening ? Hutang tak bayar , duit mkn anak bini tak bagi .. Camana tu ?
Berjudi , bukan cara untuk gandakan pendapatan kita . Bukan itu caranya yang diajar dlm Islam .. Biarlah sedikit , asalkan berkat .. Itulah keutamaan kita dalam hidup kita ni .. Biar berkat dan diredhai Allah ..
Hurm .. kita punya masalah tersendiri .. Jangan ditambahkan dengan masalah yang boleh dielakkan dari peringkat awal ..
Selesa benar tmpt meyusu ni .. Dah bagi susu bdn , bg yg stok dlm botol .. Jap lagi sambung shopping , tkde le nak teriak .. kan Qhaliff kan ?
Sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui ..
Kita yg kerdil ini , selalu bertindak seolah olah punya satu kelebihan atau rasa lebih bagus dr orang lain sedangkan tidak sama sekali ..Lalu mula mendabik dada dan angkuh .
Bukannya takda manusia yg lebih bagus dari kita tp mereka memilih utk berdiam diri saja.Merendah diri ..
Kita bagaimana ? Apakah kita ini sombong atau lebih mulia dr org lain lalu beria ria menuding jari utk beritahu akan dosa orang lain sedang Allah sendii menunggu hari akhirat utk membicaranya.
Adakalanya kita terlupa kerana kita terlalu ikutkan nafsu walaupun punya akal utk mengawalnya.Sebab itu kita punya ' masa' utk memperbetulkan.
Jadi , sama sama kita cermin muka sebelum nk tuduh org lain ' huduh ' ..
Ahaaa .. Teringin nak tukar jubin yang lebih terkini , menarik dan cantik ? Ok , sebelum tu aku nak tanya .. Korang tau pasal Curious Cat ngan MML tak ? Kalau tak , apa kata korang baca dulu pasal tu sebelum sertai pertandingan yang akan aku ceritakan sekejap lagi ! Klik Curious Cat , bukan sebarangan kucing !
Baca dah ? Ok.. skang kita ke tajuk utama .. Inginkan jubin baru di rumah anda , percuma ?? Bukanlah percuma camana pon .. Kenalah masuk pertandingan yang dianjurkan oleh MML ni .. Camana nak join ? Apa syaratnya ?? Dan hadiahnya , beberapa pemenang bertuah akan dapat berupa pemasangan tiles secara percuma di ruang tamu , porch atau bilik air !!
Caranya , mudah jer .. upload 5 keping gambar bilik air , ruang tamu , porch yang korang rasa ‘bermasalah ‘ dan perlukan diperbaiki .. Gambar gambar tu mestilah kualiti gambarnya sangatlah jelas ..
Pemenang akan diadili melalui dua cara .. Pertama , undian dari orang awam dan kedua , melalui penganjur iaitu MML dan Malaysia Mosaics Berhad.
Pastikan pengundi korang ‘membuang ‘ undian di Facebook CURIOUS CAT dan Retweet . Tapi sebelum itu , pastikan korang isi borang peraduan di SINI dan membaca Term and Conditions di SINI .
Jom join dan semoga berjayaa !!
Jangan lupa yer ! Semua penyertaan perlu dimuatnaikkan sebelum 8 Julai 2012 , sebelum tengah malam tauuu .. cepat , cepat, cepattt …
Baru-baru ni , aku ada terima satu jemputan dari MR.BEAN untuk menikmati pelbagai jenis makanan dan minumn berasaskan soya di premis mereka ..
Mula mula aku ingat , MR.BEAN ni ada kaitan dengan pelawak tu haa tapi selepas buat sedikit buat sedikit reseach di internet , aku baru tau apa itu Mr.BEAN ni ..
MR.BEAN amatlah popular di Singapura yang mana telah mempunyai lebih 60 outlets dan 3 outlets di Jepun China, Korea Selatan dan juga Filipina. .. Amacam ? Tak caya eh ?
Bila sampai je situ , aku teruja untuk menikmati segala apa yang ada kat situ . Bukan sebab lapar tau dahaga tetapi sebab semua nampak sedap .. Heheh ..
Jadi , aku order la 2 jenis air soya ( bergula dan kurang gula ), tembikai soya , tau fu fa ..pencake dan soya bubbles .. hehe .. Yummyyy …
Nampak cam manisss je kan air soya ni kan ? Setelah aku rasa kesemua ni kan , memang mampu hilangkan dahaga tanpa ulang minum lagi .. Kira berbaloi untuk mereka yang tersangat dahaga ketika tu …
Kalau sapa yang tengah diet atau jaga kesihatan , kita ada pilihan untuk menyukat gula .. hehe .. Sebut je berapa peratus gula nak dlm dlm air soya tu .. huhu ..
Pencake yang berasaskn soya ni ada byk perisa .. Aku cuba double choc , cheese dan caramel .. Aku suka caramel .. Heheh .. Selera aku … Tpi , semua abis aku telan … Sememangnya aku sukakan makanan berasaskan soya ..
Macam macam lagi sebenarnya ada dijual kat MR.BEAN di The Curve , Damansara ni dan aku confirm korang pasti tak tau nak pilih apa tetapi jangan risau mereka confirm akan bantu korang untuk pilih apa yang korang nak .. Yang pastinya ,mereka amatlah peramah ! Takde nak sakit hati la bila nak beli air atau makanan kat sini ..
Ais krim pon ada okeh ! Ice Blended .. serius , macam macam laa.. Nak tulis dalam ni , berjela jadinya ..
Kat sini , kita ada pilihan .. Nak bersantai kat situ atau takeaway jer .. Best kan ? Kalau untuk mereka yang gemar online di mana mana saja cam aku ni , sesuai la lepak sini untuk update blog ..
Sewaktu minum air soya tu , ada aku tanya dia .. Apakah keistimewaan soya keluaran MR.BEAN NI ??
Segalanya ada segar ! Contoh , air soya la kan … bukan jenis guna perisa atau pewarna sebaliknya mereka gunakan soya yg diimport khas dari Amerika Syarikat. Haa.. kiranya mereka terus kisar dan jadikan air soya masa tu gak. Dan , mereka tak simpan baki makanan atau minuman hari ini utk esok .. Nope ! Mereka pastikan pelanggan akan senantiasa dapat yang terbaik dan segar .. Best kan ?
Harga ? Sangat berpatutan .. Contoh satu cup soya fresh tu kan , baru RM3 .. haaa .. ok la kan ? Standard masa kini .. Bukan guna perisa atau pewarna pon .. Original soya okeh ( Premium Grade 1 dan Non Genetically Modified - NGMO ) .. Pastu gula lak , guna brown sugar ..
Dan buat mereka yang gemar simpan cenderahati , heheh .. MR.BEAN pon ada jual cenderahati yang menarik !
Kalau nak tau dengan lebih lanjut atau nak tengok lagi apa yang ada dijual kat kiosk MR.BEAN ni , bolehlah ke fan page MR.BEAN atau ke laman web mereka ..
FACEBOOK : https://www.facebook.com/mr.bean.com.my
Nampanya Qhaliff dah mula ada perasaan ingin tau terhadap sesuatu objek yang ada di depan mata dia terutama yang bergerak . Teringin dia nak memegangnya.. Betulkah ?
Nak capai guna tangan , tak termampu lagi.. Last last , bagi tendangan tanpa bayang jer laa …
Wife bagitau Qhaliff bangun awal pagi tadi.. Semalam pon dia tidur awal sbb penat berjalan jalan dengan daddy dia ..
Kul 5 pagi dia bangun ! Tersengih sorang sorang , takde sapa nak layan .. Daddy ? Lena diulit mimpi la Qhaliff .. Nak bukak mata pon tak leh sbb semalam tgk moive The Case of Benjamin Buttons .. Best la pulak .. huhu ..
Ni baru lepas mandikan dia .. Kalau wife dah start keje , gamaknya makin awal lagi dia mandi. Kalau nak harapkan aku mandikan dia , gamaknya ngan aku aku sekali mandi !
Tu belum part BAB ! BUANG AIR BESAR .. Huhu .. kena pakai topeng gas untuk settlekan keje .. Maka kita sebenarnya terhutang budi dengan mereka yang bekerja di bahagian pembentongan najis kerana memastikan segalanya berjalan dengan lancar sekali.. Rumah pon takde tersumbat kan ? Haaa..