Dalam diam diam ada adik , ehhh Qhaliff ? Nama apa ?? Nama dia .. er .. Nur Qhalisya Iman .. hehe ..
Dan daannnn ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Dalam diam diam ada adik , ehhh Qhaliff ? Nama apa ?? Nama dia .. er .. Nur Qhalisya Iman .. hehe ..
Dan daannnn ..
Ahaa … peluang bertemu dengan wartawan dari BERNAMA tidak aku sia-siakan tadi. Selain dari wartawan tersebut , ada wakil dari ZALORA .. ehehhe .. Dalam kepala aku berlambak soalan untuk aku ajukan pada mereka ..
Kesempatan duduk sebelah wartawan BERNAMA telah aku gunakan sepenuhnya.. Aku tanya soalan soalan berkaitan dengan mengambil artikal berita bulat bulat dari akhbar online.. Apakah itu salah dan boleh dikenakan tindakan ?
Menurutnya , perbuatan begitu mmg salah jika mereka membuat laporan pada SKMM apatah lagi jika tidak meletakkan sumber asal atau backlink . Lebih kurang hak cipta la kot ..
Tapi jarang la ada akhbar nak kecoh sangat kecualilah artikal tersebut telah diedit atau diubah suai lalu dletakkan sumber dari mereka juga ! Dia ada bagi la beberapa contoh kes pada aku ..
Dan aku bertanyakan apakah salah jika amik sebahagian petikan dari artikal berita tersebut dan blogger membuat ulasan tetapi tak beritahu sumber dari mana ? Jawapan dari dia , tak salah . Jika berlaku kekeliruan , blogger tersebut perlu dipertanggungjawabkan ..
Ini bermakna EN.YUS dalam entri aku Gila menyaman bloggerkah sekarang ? ini sekadar nak membuang masa dia .. Kira nak gertak tapi sayangnya aku tak takut sbb bukan entri menghina atau menukar info dan aku buat entri tu pun untuk maklumkan pada rakan blogger mengenai plagiat artikal..
Dan paling menjadi kesalahan ialah edit gambar yg asal kemudian diletakkan sumber kepada yang asal ! Ini dah satu kesalahan la ..
Tapi untuk keselamatan di masa akan datang , sebaiknya apa saja yang diambil dari orang lain ( hak orang lain ) , bagi la kredit atau sumber asal agar tidak berlaku masalah di kemudian hari ..
En. Yus , nak siakap 3 rasa tak ?
Kat event MBE tadi .. Satu ‘arahan’ dari big boss kat rumah mintak tolong belikan lengkuas , kurma , telur dan sebagainya.
Dalam kepala aku .. “ Hmm .. lengkuas camana lak rupanya eh ? Nak google tak sempat lagi .. Dan aku terbayangkan ..
Hurmm .. takkan tu ? Tu sengkuang laaa.. Takde kaitan kekeluargaan dengan lengkuas !
Tak kisah la.. Lepas selesai event tu , aku ditemani blogger Que Achmad ke Carrefour utk beli barang yang wife kirim .. Heheheh .. Dalam pala aku , Que ada.. mesti kenal punya ..
Sampai dalam tu .. Hahahaha.. Dia tunjuk kunyit memula.. Laaa.. spesis aku rupanya .. Hahahha ..
Nasib baik setiap barang yang dijual ada letak ‘name tag’ .. Kalau tak confirm aku tanya kat awek cun yg kebetulan lalu kat sebelah aku tu.. Hahaha ..
Dan … pilih satu lalu timbang .. Ingat nak amik dua .. Tapi tak pe laa .. Nanti datang beli kalau tak cukup ..
Sampai rumah ..
“ Bang , lengkuas sebesar ni 4 tahun pun tak abis !! “
Err .. nasib baik aku tak beli dua .. Hahahah ..
Huhu.. terpaksa tinggalkan Qhaliff utk mencari sesuap nasi .. Nanti daddy balik eh. Bg mummy jaga lak ..
Tp siang senang sgt jaga dia .. Tidurrr jer diaaa lepas menyusu . Huhu ..
Makan luar lagi ?? Apa nak buat .. wife tak sempat masak sbb sibuk di kiri dan kanan .. Aku ? Aku lagi la sibuk wooo .. Ingat aku duk umah ngangkang je ke .. Tu ayat mak aku la biasanya.. hehe .. Jangan marah noo ..
Malam ni , g makan kat temapt hari tu.. Ala, Soho di Sg Merab tu haa .. Kenapa g makan sini gak ? Aku plan nak makan burger bakar .. Hahaha .. Dulu aku pelik nape org suka makan burger bakar ni .. Skang aku dah gian lak .. huhu ..
Sedap tak makan kat sini ? Haaa .. Kalau selera tekak siam , ok la sini . Bagi aku yang tekak universal ni , ok laa .. Boleh telan berbanding semlm aku g makan kat Perantau Hill tu ..
Tapi sayangnya , tak bukak pulak burger bakar tu haa .. Haih .. Cuti ke ? Takkan kot ? Hurm .. Jangan wat gini .. Rugi wooo .. Lari pelanggan ..
Puasa dah berlalu. Janji lepas sebulan beraya , nak start balik. Nampaknya , badan semakin berat .. dan aku semakin malas ! Serius , bapak malas !! Semangat ada tapi MALAS nak mula balik ..
G gym ? Hurm.. segan pun ada .. Nak berjimat pun ada .. Nak g , minyak kereta lagi. Yuran lagi .. Nak lari depan rumah , skang ni hujan .. Tu alasan terbaik la aku boleh baik. Nak lagi terbaik , Qhaliff tak bagi aku pergi ! Kalau nak g gak , dia nak ikut … Haaa..amacam ?
Nampaknya … aku terpaksa simpan lemak buat sementara waktu ni laa .. Apa nak buat , kan ..
Qhaliff dah mula bersenam .. Aku je belum ni .. Hurmm .. Kesihatan perlu dijaga. Bukan saja nak kekalkan otot tu tetapi bersenam adalah antara awet muda .. hehe ..
Makan je ubat , confirm kurus ?? Sori la .. tu bukan style aku . Tu mungkin style oppa ganyam tu .. but not me okeh ! Sepeking dah akuuu .. haa ..
Bila nak start balik niiii .. hurmm .. Kang dah membulat , terlewat daaah ..
Gambar – Mstar Online .
Ada yang kata , perhimpunan membantah filem menghina Islam tu satu perbuatan membazirkan masa .. Ada macam macam pendapat . Tapi kita sebagai umat Islam , apakah nak lihat saja mereka menghina dan terus menghina Nabi Muhammad S.A.W yang kita cintai itu ?
Sebelum nak tinggalkan komen , apa kata bukakan minda dan baca artikal tulisan DR.MAZA sekejap. Pastu baru bagi komen eh ..
"Mereka yang tidak merasai kemanisan nikmat iman mungkin tidak faham hakikat ini. Mereka kehairanan kenapa muslim sedih dan emosi apabila Nabi mereka disakiti. Sesiapa yang hendak jadi ahli politik dalam masyarakat muslim, kena memahami latar pegangan dan nilai dalaman mereka."
Artikal penuh di SINI
Tengah dia layan kartun kat TV , rancangan terhenti seketika untuk memberikan laluan pada azan Asar. Qhaliff , tiba-tiba terpaku .. Dan terus teriak dan berhenti semula. Dia pandang tv , dan menangis semula.
Aku dukung dia dan pujuk dia .. Mata dia , dia tumpukan pada tv dan azan masih berkumandang ..
“ Qhaliff rindu eh ? “
Selesai azan … Dia sambung main balik .. Hurm …
Cedeyyyy .. Qhaliff bila nampak mak dia , sengih seolah dapat pingat emas olimpik lagaknya ! Aku yang sedang dukung dia , terus hiang dari penglihatan dia ..
Tu belum disua tangan dek mak dia .. Melompat lompat kesukaan .. Daddy nak merajuk la cam ni ..
Kasih ibu kan .. Camana punya lama takde kat rumah , anak tetap nak kat mak dia gak .. Kat bapak dia , bila dia dah boring ngan mak dia laa .. Huh..
Sian daddy kan ? Qhaliff dah tak nak kat daddy kan ? Ni yang nak kena ada baby baru .. Hurm.. nak honeymoon mana lak kali ni eh ..
Mengucap panjang bila aku baca pasal seorang gadis lembam ( OKU ) dibuang oleh maknya sendiri di Harian Metro ( kena bagitau sumber woo .. kalau tak kena saman .. ) tadi .. Hurm ..
Pinjam skit noo keratan artikal tu eh.. Bukan apa , kang kalau aku tulis sendiri , takut lain lak korang faham . Menda gini kena duduk lepak minum kopi baru boleh cerita dengan baik sekali .. hehe ..
“ Lebih malang, gadis berkenaan yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bukan saja tidak dikehendaki ibu bapanya yang sudah berpisah itu tetapi, ‘dibuang’ dengan cara menyayat hati apabila ditolak keluar dari kereta, Ahad lalu. Difahamkan, gadis berkenaan dibiarkan di tepi jalan bersama beg pakaian dekat Taman Cantik, di sini, selepas ditinggalkan ibu kandungnya bersama bapa tiri dan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi gadis malang itu apabila seorang saudaranya yang kebetulan melalui jalan itu menemuinya sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.
Selain itu, gadis berkenaan dikatakan bukan sekadar ‘dibuang’, tetapi wang bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu dipercayai dikeluarkan keluarganya tanpa pengetahuannya berikutan dia tidak tahu menulis dan membaca.. “
Tu sedikit je .. Kalau nak baca lagi , klik Gadis lembam dibuang di tepi jalan ni ..
Kesiannya .. Nak kata lelebih , kang jadi umpat lak .. hehe .. Apa yang aku boleh buat cuma , berdoa agar maknya sedar kesilapannya itu dan harap gadis tersebut bersabar je dengan perbuatan maknya tu .. Maklumlah , .. er .. tak pe la.. nanti aku lak berdosa.. hehe ..