Update dan terus update walaupun laptopnya off ! Beria menekan keyboard seolah olah idea datang bersepah sepah !
Tunggu la dia pandai bercakap .. Takat laptop cabuk daddy ni , confirm tak dia pandang sangat dah ! Grrrr .. Standby je laaa ..
Update dan terus update walaupun laptopnya off ! Beria menekan keyboard seolah olah idea datang bersepah sepah !
Tunggu la dia pandai bercakap .. Takat laptop cabuk daddy ni , confirm tak dia pandang sangat dah ! Grrrr .. Standby je laaa ..
Frust ! Frust ! Frust !! Arghhhhhhh !!!
Gi tengok tadi di Alamanda .. Qhaliff ngan mak dia pon ikut tapi diorang tak masuk sama .. Aku tengok sensorang .. hehehe .. Leh skit menikmati cerita tu ..
Aku malas nak cerita babak dalam cerita tu .. Cuma 30 minit pertama tu , mmg mendebarkan .. Bila masuk part ISRAEL , mood aku terus mati ! Terbauuuu sesuatu kat situ ! Macam ada sesuatu yg nak disampaikan .. Hurmmm ..
Dan bermula dari tu , jadi boring skit dah ceritanya .. Ditambah lagi dengan sekumpulan remaja lelaki dan perempuan yang menonton tadi , membuat kecoh dalam panggung.. Babak serius diorang bantai ketawa.. pastu dok wat lawak .. Huk alohhh.. Hilang konsentrasi ..
Kesimpulan … Bagi aku WORLD WAR Z ni tak mampu melawan I AM LEGEND lakonan Will Smith .. WALKING DEAD pon best lagi dari WORLD WAR Z ni .. hurmm .. Maaf la yer .. Aku gi tonton pon sbb ada Brad Pitt ..kalau tak ? Maaf laaa.. Kalau Jalaluddin Hassan pon berlaku aku gi ..
Bagi yang belum tengok , download pon ok je .. sbb takde la animasi canggih manggih mana pon .. hehehe ..
Olah resepi sedia ada di internet.Pastu rasa sendiri dulu. Jika dalam masa 24 jam , kalau takde apa apa pada diri sendiri , maksudnya kalau tak masuk wad akibat keracunan makanan atau pening pening , barulah update resepi tu di blog untuk dikongsi bersama rakan pembaca ..
Dan gambar mesti kena cun ! Jangan lupa deco mesti kemas dan kalau dapat pinggan mangkuk yang mabeles , lagi macho gambar tuuuu .. hehehe ..
Selamat mencuba dan jika dah berjaya , jangan poyo !
Hadiahkan yang tersayang anda dan hargai mereka sementara mereka masih ada...
Kolostrum (susu awal lembu) Gred 10 terbaik dari new Zealand.
Sambil mendoakan kesihatan mereka, tak salah untuk kita berikhtiar supaya mereka sentiasa sihat.
Kelebihan canggih formula berpaten:
3 Fungsi Utama Kolostrum :
Sihat Secara Semulajadi Untuk Anda Seisi Keluarga. Bantu SUPPORT condition body bagi mereka2 yang bermasalah :-
Hubungi kami : Pengedar SAH
(ID:1340896) HAYATI - 019 232 5102
(ID:1336341) FIKRI - 019 232 5120
Baru-baru ni aku terima satu jemputan untuk menyaksikan secara langsung pertandingan yang cukup mendapat tempat di hati peminat seni mempertahankan diri iatu MALAYSIAN INVASION , MIXED MARTIAL ART FIGHTING CHAMPIONSHIP !
Terus terang , ini kali pertama aku menontonnya .. Tak pernah tengok di tv atau secara langsung di stadium .. Bila dapat peluang begini , sememangnya aku tak lepaskan .. Terima kasih Tune Talk !
Aku ajak wife gi sama dengan aku. Hehehehe .. Pada mulanya , dia tak nak tapi bila aku kata dia pasti suka .. baru dia nak ikut .. hehehhe ..
Bertempat di Stadium Negara , pertandingan akhir ini dimulakan dengan peserta dalam negara terlebih dahulu . Walaupun mereka ini cumalah amatur tetapi gaya dan aksi mereka cukup mengagumkan aku !
Dan kemuncak pertandingan ialah SuperFights yang mana menemukan jaguh jaguh bertaraf profesional !
Sepanjang aku di sana , aku cukup terhibur .. Bukan kerana menyaksikan ‘pergaduhan’ tetapi sukan yang benar benar mencabar kesabaran ! Belum tentu semua orang mampu berada di tempat mereka !
Contoh la kan .. peserta ditumbuk hingga berdarah di hidung dan kening tetapi apabila loceng dibunyikan , mereka berhenti secara automatik ! Ini menunjukkan mereka di situ atas kerana semangat kesukanan ..
Yup , mereka ini sangat layak digelar ‘fighter’ kerana bertanding dengan semangat kesukanan .. Tidak ada yang melawan cakap pengadil mahupun meluahkan rasa tidak puashati setelah tewas. Mereka terima dan menariknya mampu tersenyum walaupun tewas !
Ahhhh .. aku sungguh enjoy malam tu .. Wife pon begitu.. Walaupun perlawanan dah tamat , kami tetap bercerita mengenainya di dalam kereta ! Teruja dan aku tak mampu berada di tempat mereka ! Hehehe ..
Bagi kengkawan yang tak sempat menontonnya lagi , nanti leh tonton di Astro Star Sports .. heee ..
Menaikkan gambar ke dunia maya ni ada baik dan buruknya . Ada baiknya sebelum memuatnaik tu , cuba fikir masak masak terutama dari sudut agama ..Jangan fikir lagi bab orang ramai atau masyarakat tetapi ALLAH yang akan menilainya kelak.. Sesuai atau tidak ?
Selalunya yang jadi isu ialah perempuan .. Lelaki ni kurang skit nak kena ‘smash’ dengan masyarakat berbanding perempuan. Jangan tanya kenapa.. Fikirlah sendiri ..
Artis.. pelakon mahupun penyanyi sering kena ‘tibai’ dengan peminat peminat mereka kerana kecuaian memuatnaik gambar mereka ke dunia maya seperti Facebook atau Instagram. Kononnya nak berkongsi kegembiraan atau lebih tepat lagi nak kata ‘sukahati aku la kan , hak aku ! ‘ ..
Bila dah kena ‘tibai’ , baru perasan segalanya . Kalau sempat delete tanpa ada yang copy , ok la.. Kalau ada yang dah simpan buat kenangan , camana ? Hurmm .. Tak ke parah namanya ?
Perlu ke letak gambar contoh ? Tak perlu laa kan ? Dosa pahala kita kena jaga .. Hati hati yer kawan ..
Sapa yang kemaruk tgk UPIN IPIN ni ?
Hehehehe … Bila tengok Upin Ipin , daddy dia yang gelak lebih ! Kenapa ? Aku cukup terhibur dengan watak Ismail bin Mail .. hehehe .. Dia cukup bijak terutama bila bab bisnis ! Pandai betul hidu peluang buat duit ..
Kedua ialah lawan si Mail iaitu Mei Mei .. Heheheh .. Asyik bergaduh je dua orang ni .. Rasanya kalau buat part dah besar, leh bercinta dua dua ni .. huhu ..
Dan pastinya akak dia yang garang tu .. Hahahaha .. Kalau dapat kakak garang cam Kak Ros ni , confirm aku asyik tensen.. Nasib baik la aku takde kakak .. Ada abang tapi abang wat hal sendiri .. hehehe ..
Watak lain pon semua best .. Bagi aku , inilah antara animasi yang terbaik pernah tonton ! Tak jemu walaupun berulang kali menontontnya !
Tahniah …
Waktu ni aku tertidur .. wife ngan Qhaliff kat dapur .. Cam biasa la kan .. kat mana mak dia , kat situ gak dia nak menyelit .. Bila mak dia sibuk menumbuk lesung tu , dia pon nak buat jugak laaaa .. Tak kasi , marah dia aihhh .. Dah kasi ? Tuuu .. Tgk video kat bawah ni ..
Amacam ? Dah leh gi antar berguru ngan Mat Gebu dah kan ? Hehehe …
“ Pak Ngah .. nanti amik Aniq cam biasa yer .. Nak balik ngan pak ngah ..“
Perghh … anak buah aku meninggalkan pesan sebelum dia gi sekolah agama .. Baru berusia 5 tahun tapi mulut .. hurmmm ..
Jam 4 petang menjelma. Aku pun berjalan kaki la gi jemput dia kat sekolah agama yang terletak di dalam masjid di kawasan perumahan berhampiran .. Kira 10 minit jalan kaki la..
Dia dah keluar .. Berjalan pulang la kami .. Sebelum tu ada dia keluarkan duit sebanyak RM1 ..
"Pak Ngah , jap .. nak beli makanan kat ibu .. "
" Mana dpt duit tu ? "
"Ibu la bagi .."
Aik … mak kasi duit untuk beli makanan.. Dia beli makanan kat mak dia sendiri ! Adehhh ..
Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut Ramadhan.
seterusnya di Bagaimana kita hendak menyambut Ramadhan
Berikut adalah jadual berbuka puasa di bulan Ramadhan bagi negeri negeri di Malaysia pada tahun 2013 / 1434H
ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.
seterusnya di Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.
Sumber jadual berbuka puasa : http://www.mysumber.com