Setiap pagi , aku akan sakit bahagian pinggang kerana tidur di atas tilam yang dah tak empuk ! Dah bertahun lamanya tilam tersebut ! Hurm.. Teringin nak beli yang amat selesa tidur malam ku! Hehehe ..
Sementara dok google cari tilam apa yang best selain Dunlopillo , aku masuk ke Facebook Raja Shamri. Saja nak tengok status dia. Dan , automatik aku kensel nak beli tilam baru..
Status beliau masuk berkisarkan keadaan di Kelantan dan gambar gambar yang dipaparkan di Timelinenya , buat aku rasa .. hurmm.. Tunduk malu !
Gambar gambar yang aku amik ni , dari FB Raja Shamri.. Yer , rumah mereka rosak teruk atau musnah dan khemah khemah inilah mereka jadikan tempat mereka berlindung buat sementara .
Bak kata beliau..
“ Sama-sama kita bantu ... biar sedikit takpe ...
Paling tidak doakanlah mereka ...
Jangan saling tuduh menuduh
Jangan saling cari salah
Musibah ini untuk kita sama-sama insafi.. “.
Bulan 2 ni baru plan nak ke Pantai Timur. Aku yang sebelum ni kagum dengan keindahan Pantai Timur pastinya akan terasa ‘kehilangan’. Sekolah pun nak mula dah minggu depan. Macamana nak bersekolah dengan keadaan gini ? Aku tak mampu memikirkannya.. Mereka cukup tabah..
Alhamdulillah .. Seusia kami tapi dia lebih tua.. tua bulan dan tua rupa ! Aku lebih kelihatan boyish berbanding dia .. sebab ? Dia kerap diserang tekanan gara gara soalan soalan yang sering diajukan padanya berkenaan resepi dan pinggan mangkuk ! Hahahhaa.. Jangan marah aaa birthday boy !
Syukur pada Allah , persahabatan yang bermula dari satu komen di entri aku , di awal aku berblog telah ‘melarat’ hingga ke hari ini dan inshaAllah , sampai bila bila hendaknya ..
Buat sahabat , aku tak nak ngomel panjang.. Moga di usia ini , sahabat akan lebih tenang , sihat , dimurahkan rezeki dan gembira disamping keluarga serta rakan rakan tersayang ..
Moga terus menghasilkan resepi serta gambar gambar makanan yang mengiurkan buat rakan rakan pembaca dan juga blogger tak kira samada di Facebook mahupun di Instagram !
Semoga Allah berkati anda dan sekeluarga .. Jasa dan budi anda , akan saya sekeluarga kenang sampai mati .. Hanya Allah saja mampu membalas kebaikan anda ..
Semuanya bermula pada tahun 2013, apabila seorang nenek usahawan tua, puan Ainon Mohd dibantu oleh seorang bekas pekerja korporat dan bekas usahawan yang tidak begitu berjaya dan beberapa anak muda memulakan sebuah syarikat, PTS HIR consulting. Matlamat asalnya untuk beri khidmat nasihat bisnes kepada orang ramai.
Seorang pengusaha 7 buah tadika yang sangat penat dan kurang motivasi selepas 12 tahun membangunkan bisnesnya pergi mendapatkan khidmat mereka untuk bisnes keduanya, modul sains kanak-kanak. Harapannya agar bisnes ini tidak menjadi seperti bisnes sebelumnya. Lambat berkembang dan sangat memenatkan. Pengusaha ini terdetik minta nasihat selepas membaca wall posting usahawan tua itu.
“Sebagai pembina bisnes, kita ini hanya bina bisnes itu. Untuk kerja rutin, kita ada staf yang kita hire untuk jalankan kerja-kerja kita. Hinggalah sampai satu masa, kita perlu hire seorang MBA untuk meneruskan bisnes pertama. Jadi kita boleh beralih ke bisnes kita kedua.” – Posting Facebook daripada Puan Ainon ini tergiang-giang di telinga pengusaha itu.
Dua orang strategist dihantar oleh Puan Ainon setelah pengusaha tersebut mengirimkan mesej mengadu tentang masalah yang dihadapinya. Seterusnya, dua hari sesi bisnes coaching diadakan termasuklah belajar tentang Business Model Canvas dan sistem Ghanimah. Penstrukturan semula telah dijalankan termasuk penurunan kuasa, perkenalan sistem Ghanimah dengan fokus bisnes yang lebih jelas.
Selepas pulang dari bercuti, pengusaha itu tergamam apabila tadikanya beroperasi lebih bagus tanpa kehadiran dia.
“Cara tadika itu dipersiapkan lebih baik dari saya handle sendiri!”
Pengusaha itu dijemput menyertai PTS HIR consulting (kini dikenali ABS consulting) untuk beri khidmat nasihat kepada pengusaha tadika yang lain. Tujuannya agar lebih banyak tadika dapat diuruskan dengan lebih baik dan berkembang maju dengan cara pengurusan ala korporat.
Hinggalah pada satu hari, pertemuan bersama beberapa pengusaha tadika lain mendedahkan banyak pengusaha dibebani dengan kerja-kerja rutin hingga mengabaikan tugas utama mereka. Isu tipikal yang mereka hadapi.
“Sekiranyalah kita boleh ambil burden pengurusan itu supaya tadika fokus buat marketing dan beri perkhidmatan terbaik & berkualiti untuk ibu bapa.” Puan Ainon tiba-tiba beri cadangan.
Semua terdiam. Tidak pernah dilakukan orang idea ini. Beberapa siri perbincangan berjalan yang akhirnya konsep pengurusan berpusat dan open partnership dilihat mampu mengambil alih beban pengusaha dan mengurangkan kos perbelanjaan tadika dengan berkongsi sumber.
“Kita buka tadika sendiri lah. Senang.”
“Tadika nama apa?”
“Tadika ABS lah! Tadika Ainon Business School?”
“Jadi modul di tadika ini mesti ada modul keusahawanan.” sambung Puan Ainon dengan yakin.
Dan semua mata tertumpu kepada seorang financial planner.
Kini, Modul Kelab ‘Araf, sebuah modul keusahawan lahir hasil inspirasi dari hartawan Abdul Rahman bin ‘Auf. B untuk diajarkan ilmu duit dan dunia bisnes kepada kanak-kanak seawal usia 4 tahun.
Nota: Pendaftaran Rangkaian Tadika ABS masih dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang, manakala hari Sabtu pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Sebarang pertanyaan hubungi 011-3290 9393 atau 03-41012376 untuk maklumat lanjut.
Ok.. aku berfikiran positif.. Kedainya terlalu laris hinggakan stok untuk belah malam , dah abis ! Tapi menuruf wife yang gi tapau nasi ayam tengahari tadi bagitau aku , kedainya lenggang.. Makan tengahari pon tak ramai pelanggan.. Siannya ..
Dan tadi , aku lak gi bungkus nasi ayam dan bihun sup.. Bihun sup untuk wife .. Nasi ayam untuk aku dan Qhaliff.. Terus terang , kedai tu diselamatkan dek kesedapan nasi ayamnya..
Kali ni aku nak cuba bihun supnya ..
“ Bang , cuba tengok berapa banyak bihun dia bagi .. “. Wife angkat sudunya yang berisi bihun.. Satu sudu jer bihunnya ! Harga , RM4.50 !
Mampu istigfar je la .. Sayangnya.. Masakan lauk nasi campur di sebelah tengahari , sedap .. Tapi kenapa tak ramai pelanggan walhal situ dekat ngan kawasan perumahan dan rumah sewa pelajar !
Kedekutkah ? Aku tak rasa diorang ni kedekut tapi mungkin lebih pada tidak berpengalaman ! Takde sapa nak tegur kot ? Aku tegur ? Hurmm.. Mungkin.. satu hari nanti ! Kena duduk bual dengan bos dia .. InshaAllah. Thank You.
Aku pasang vcd pendidikan.. Terus Qhaliff lena depan tv ! Amboiii.. Adik dia lak layan tengok sambil gosok mata.. Tengok jam , dah kul 3 lebih..Patut laa.. Masa dua dua untuk tidur ..
Tapi Zahra tak nak tidur lagi.. Dia kacau abang dia. Beria sakat supaya abang dia bangkit dari tidurnya yang dah amat lena tu.. Hahaha.. sian tengok Qhaliff..
Setelah berusaha berkali kali.. abang dia tetap tak bangun , aku masukkan dalam buaian ! 5 minit jer buai.. dan lenaaaa .. hahahaa.. Dua dua dah selamat .. Tunggu malam karang lak.. dua dua sakat aku ! Hurmm..
Kad ATM Maybank aku dan juga dijadikan kad debit Visa. Dah pecah sejak tahun lepas ! Menariknya , setiap kali aku guna , tak pernah ada masalah tak boleh dibaca atau tak boleh digunakan , dengan lebih tepat lagi ! Maka aku tak perlu tukar selagi belum expired. Baguskan ?
Kad Kredit CIMB Bank .. Untuk pengetahuan korang .. aku dah beberapa kali tukar kad kredit ni.. Gara-gara tak boleh baca ! Tak caya ? Boleh rujuk entri ni .. Bila kad kredit tak boleh guna ! Tahun 2013.. Dan kad ni , wife aku buat report penghujung tahun lepas .. setelah berminggu tak boleh guna !
Dan buat report untuk dapatkan kad baru ! Kena tunggu 14 hari bekerja koooooo ! Menariknya , kena bayar RM10 lagi haaa.. Kad rosak sebab jalur magnetik tak boleh baca , pengguna kena tanggung ! Kalau nak kata pengguna tak tau jaga , bandingkan dengan kad Maybank yang dah pecah tu.. malah dah bertahun tahun lamanya dalam dompet aku , tak de pulak masalah dengan jalur magnetik ???
Bandingkan kedua dua kad ini.. Yang atas , Maybank dan bawah CIMB . Maybank dah terkopek kopek koooo ! Tapi bila gi Aeon Alamanda , aku bagi kad ni .. selamba je cashier tu guna.. takde masalah kooo !
CIMB kad ? Aku kena doa kooooo .. Moga moga takde masalah ! Kang cashier ingat aku tak bayar atau kad dah kena sekat walhal , takde masalah sama sekali !
Hurm.. Takkan nak cari keuntungan cara gini gak kot ? Kot yer pun pengguna setia.. kasi free je laa ! Berapa ringgit sangat pon untuk satu kad ? Ni charge sampai RM10 lak tuuu.. Perghhh ..
Serius laa.. aku mmg menyampah giler dengan CIMB ! Tak hagak hagak aniaya pengguna .. Huhhhh…
Sedang aku beristirehat , wife memandang aku dengan penuh senyuman manis yang amat sangat ! Aku tengok jam.. 7.30 pagi ! Hurmm.. Takkan kot ?
Sekali dia datang.. ke arah aku ! Jeng jeng jeng ! Dia sua handphonenya.. Oh , aku dah salah paham rupanya ! Hehehe..
“ KENYATAAN AKHBAR OLEH YB MENTERI KEWANGAN II , DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH MENGENAI PEMBAYARAN AWAL IMBUHAN TAHUNAN 2014 ATAU BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM DAN BANTUAN KHAS KEPADA PESARA KERAJAAN
1. Dalam Bajet 2015, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum 500 ringgit kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak 250 ringgit kepada pesara Kerajaan. Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulan Januari 2015.
2. Kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali kepada penjawat awam yang terlibat dalam bencana banjir. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju pembayaran Imbuhan Tahunan 2014 atau Bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum 500 ringgit kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak 250 ringgit kepada pesara Kerajaan diawalkan pembayarannya pada 15 Januari 2015.
3. Kerajaan berharap pemberian ini dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
5 JANUARI 2015 “
Oooooo.. Apa lagi yang boleh buat perempuan senyum sampai ke telinga selain nampak akaun banknya kembali berisi dan paparan SALE di shopping mall ! Kan kan ?
Aku baru pulang dari Hospital Kuala Lumpur. Gi ziarah pakcik aku yang akan pulang ke Pulau Pinang , esok hari untuk rawatan lanjut di sana ..
Ikut perancangan , aku akan turut serta pulang ke sana tapi wife tak dapat cuti. Terpaksa cover kawan dia yang amik cuti sakit selama 2 hari. Tak pe la.. takde rezeki nak balik kampung. Lama dah plan nak balik Pulau Pinang.. Hurmm..
Di Hospital Kuala Lumpur tadi.. ikutkan tak boleh masuk tapi adik perempuan aku yang pandai pujuk pengawal bertugas , berjaya membawa aku ziarah pakcik aku untuk kali ke 3 dalam satu minggu. Heee.. Yang ni kes emergency.. Nak tak nak , aku kena gi jugak .
Sampai je wad dia di tempatkan , aku nampak dia dok sibuk bersembang dengan seorang lagi pesakit.Nampak mesra jer dan gembira. Er.. apakah dia dah redha dengan takdirnya ? Hurmm..
Aku bersalaman dengan mereka. Kawan pakcik aku tu , aku tengok dia dalam keadaan yg cukup tidak sempurna. Kaki , tangan , buah pinggang malah matanya dah buta sebelah.. sebelah lagi hampir buta juga..
Lebih menyedihkan lagi , dia sebatang kara . Ada anak , anak jarang datang lawat. Isterinya ? Dah bercerai.. Tapi di raut wajahnya , dia tidak langsung nampak seperti putus asa ! Malah gembira bercerita mengenai kehidupan ini.
Antara nasihatnya pada pakcik aku.. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayangkannya.. Hargailah.. Jangan sesekali sesali kehidupan ini dan juga apa yang telah menimpa dirinya. Segalanya adalah ujianNya.
Hurm.. dan pakcik aku juga akan dipotong kakinya jika tiada perubahan jua nanti ! Hurmm..
Oh ya.. pakcik tu , mengidap kencing manis dan pakcik aku tu , sakit saraf .. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan ampuni segala dosa mereka ..
Sebelum pukul 4 petang , aku berperang dengan dua orang ‘tentera kecik ‘. Sorang merangkak.. sorang lagi berlari sana sini sambil menarik aku ke dapur untuk amik itu ini .. Kemudian suruh dukung.. atau ajak bermain sama..
Perghh.. Penat wooo.. Makan pon kelam kabut jer ! Nak bancuh susu pun takut takut.. Si Zahra tu , nampak slow tapi sekali merangkak , jap je dah depan home teater.. Minat sungguh dia ngan home teater tu !!
Diorang bangun , jam 9.30 pagi.. Yang adik bangun dulu.. merangkak ke abang dia.. tarik rambut ! Ajak bangun sekali ! Pastu mandikan Zahra disusuli kasi makan dulu. Settle adik , baru urus abang lak.. Abang ni , selepas bangun tidur , amik masa skit nak hilangkan blur tu.. huhu .. Kul 11 pagi , Zahra tidur semula.. sekejap jer ..
Jam 3 petang , masing masing pakat main hingga jam 4 lebih..
Pastu kasi minum susu atau makan.. Aku tidurkan Zahra dan Qhaliff akan tidur secara automatik depan tv ! Hehehehe .. Barulah aku dapat update blog .. untuk belah petang dan malam !
Bila dua dua tidur , terasa sunyi lak rumah.. Hurm.. Tetiba teringat satu komik ni..
Nikmatilah setiap saat kehidupan ini.. Satu hari nanti , kita akan terasa kehilangan..
Hahaha… Sebelum ke Alamanda , kami ke klinik kesihatan untuk check up bulanan si Zahra. Sewaktu wife dan Zahra turun , Qhaliff nak ikut sama .. Tapi aku tak bagi. Aku ajak lepak dalam kereta jer.. Meraung dia !!
“ Zahraaa… Zahraaaa.. “.
Aku tak pasti la samada dia nak ikut Zahra atau sebab Zahra guna stroller BugabooBee3 dia tuuu .. Macamana pun , dia yang rasmi dulu baru boleh Zahra guna ! Walaupun seminit , dia kena rasmi duduk dalam tuu..Grrr..
Puas menangis , tertidur dalam kereta dia .. Sian jer tengok.. Memang time dia tidur lagi pun..
Selepas selesai urusan di klinik , kami ke Alamanda. Di sana , Qhaliff nak menolak stroller dan adik dia mesti ada dalam tu ! Tak kasi dukung !! Adehh.. Risau gakkk …
Tapi.. bila tengok dia tolak .. amboiii ! Macam pro dah ! Hahahhaa.. Mahir la pulakk.. cepat belajar kendalikan stroller tu ..
Tak kasi usik langsung stroller tu ! Bagi yang dah tengok video dia kat FB BENASHAARI , pasti leh bayangkan camana kan ? Hhahaha .. Aku sendiri berulang kali tengok video dia ..
Harap harap video ni kekal kat FB.. Atau aku kena post ke Youtube supaya video ni kekal selamanya kat dunia maya ! Huhuhuh…
Yang pasti , sekarang ni mmg dia tak leh berenggang dengan adik dia !
Tengah malam gini , aku baru rajin nak update blog. Tengah rajin , tiba-tiba putus terus mood bila kaki telinga mahupun belakang badan jadi sasaran nyamuk ! Grrr.. Geram betul !
Sembur racun nyamuk ? Iskhh.. Qhaliff tidur sebelah aku kat ruang tamu ni .. Tak bagus untuk dia .. Dan teringatkan losyen Tea Tree Oil dari Cosmoderm.
Terus aku sapu kat kaki , tangan dan belakang badan aku.. Pastu sapu kat kaki dan tangan Qhaliff . Aku dan Qhaliff memang sering jadi mangsa nyamuk ! Peliknya wife dan Zarah tidak la pulakk .. huhuh..
Alhamdulillah.. nyamuk tak berani dekat dah .. Hehehe.. Losyen ni pun bagus untuk baby gak.. sapu skit je kalau risau si baby takut kena gigit dek nyamuk !
Sekarang ni , cuaca dah mula kering. Nyamuk pun mula nak bersepah sana sini .. Sebaiknya gunakan pelindung yang mudah.. Selain dari elak nyamuk , kulit pun terjaga kan.. hehehe ..
Er , mana nak beli ? Hurmm… Cuba tengok kat SINI..
Perubahan usia kah ???
Tapi belah siang , tidur tak hengat punya ! Lepas makan .. mudah je nak tidurkan dia! Tapi kalau malam , pakat bergilir berusaha tidurkan dia.. huhu ..
Wife confident hari ni bonus ! Maka semalam , dia abiskan baki gaji yang ada dengan membeli barang dapur . Aku , malas nak kata apa apa .. Duit dia , duit aku gak. Duit aku , sah sah duit dia .. Sama je la kan ?
Dan wife pon gi la shopping dengan Qhaliff kat Tesco Nilai. Ikutkan nak membeli belah kat Alamanda jer tapi sewaktu kat Alamanda , Qhaliff boleh bantai tidur sepanjang perjalanan .. Bila nak balik rumah , baru dia terjaga . Adeh , geram betul ..
Sementara wife g ngan Qhaliff , Zahra ngan aku di rumah. Aku tidurkan Zahra sambil layan internet. Tiba tiba terbaca status pasal bonus ! Eh , takkan kot ??? Byk fitnah skang ni dan juga gurauan nakal !
Aku pun mesej kat wife.. Jangan perabiskan duit. Dan sejam kemudian , wife sampai rumah dengan muka yang cukup gembira ! Beli macam macam ..
Aku suruh dia baca mesej .. Dia tak percayaaa ! Mentang mentang laaa aku ni berstatus keyboard warrior tahap 2 jer.. Tak percaya kata kata aku.. Ok fineeee ….
Dan pagi tadi .. Lebih tepat lagi.. sejak kul 1 pagi tadi .. dia dok cek bank dia ! Dia nak buktikan kata kata aku tu salah sama sekali ! Tetiba aku dapat mesej bergambar. Aku baca dan terus gelak !
Setepek kena kat muka kalau aku bagi kat wife aku ! Hahahaha.. Aku tunjuk kat dia , dan dia ketawa terbahak bahak ! Hahaha.. Sah dia cek bank dia sehingga subuh tadi ..
Akhirnya ..
“ Pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus kepada penjawat awam dan bantuan khas kepada pesara kerajaan diawalkan pada 15 Januari ini. “.
Info sahih dikeluarkan ! Dan terduduklah ramai penjawat awam gara gara percaya hari ni , dapat bonus seperti mana yang dijanjikan.. hehehe … termasuklah wife aku.. lalaala..
Nasib baik la aku blogger ! Walaupun tak berpendapatan tetap , tapi alhamdulillah.. boleh sara keluarga aku lagi.. huhuh.. InshaAllah. Thank You !
Sekarang ni , dia dah pandai wooo !! Tengok gambar ni . dia nampak seperti selamba je kan ? Ala ala gambar candid !
Ok.. Menurut wife aku yang snap gambar ni , Qhaliff terus meluru ke arah dia dan mintak nak tengok gambar yang wife amik tu !! Maknanya , dia tau kamera menghala ke arah dia dan amik gambar dia sedang buai adik dia tu !! Ini bermakna , dia berlakon je laaa .. Hahahahah .. Adoiyaiii ..
Budak budak sekarang ni , dah cukup advance dah ! Tau jee apa yang berlaku dengan dia .. hurmm..