Aku ingatkan takda orang perasan rupanya memang ada yang prihatin mengenai mereka yang mudah memandang seorang pada orang lain terutama pada mereka yang ‘selekeh’ atau tidak kelihatan kaya ! Yer , aku selalu kena dulu dan sekarang pon masih ada.
Dengan viralnya video terbitan dari Petronas sempena Deepavali ni , aku berharap masyarakat lebih prihatin pada insan lain terutama pada mereka yang kelihatan ‘biasa-biasa’ ni..
Dan paling utama ialah warga Malaysia akan lebih saling peka dan hormat menghormati akan perbezaan dan meraikan persamaan sesama kita tanpa mengira bangsa dan agama. Ini secara langsung akan membuatkan kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Wat pe nak gaduh gaduh kan ?
Video ni pon mengingatkan aku yang mana walaupun kita tidak sama taraf , tapi itu tidak menjarakkan kita untuk hidup dalam satu masyarakat yang berbilang bangsa ! Kan kan ?
Jom tonton video yang bagi aku , memang ada kebenarannya sama sekali ! Dan ianya pernah juga berlaku pada aku. Semoga dengan kehadiran perayaan Deepavali ini menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individual dan sebagai warga Malaysia.
Apa pendapat korang ? Video ini memang meninggalkan mesej yang mendalam buat aku , bila menonton buat pertama kalinya di Facebook baru baru ini ! Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman yang lebih baik dan sifat bertimbang rasa yang tinggi. Ini yang perlu ada pada kita semua. Prihatin tu bagus tapi jangan cepat buruk sangka !
Korang ada pendapat sendiri ? Sila tinggalkan di ruangan komen atau boleh terus komen di FB Petronas .. Kliik SINI !
Selamat Menyambut Hari Depaavali dan mari kita sama sama kekalkan keamanan di dalam negara Malaysia yang penuh dengan kecahayaan kedamaian..