Ramadan menghampiri. Tercari sedikit kelainan untuk berbuka puasa bersama rakan rakan atau keluarga nanti ? Ok.. sila favouritekan entri blog aku ni ! Hehehehe.. Kenapa ? Sebabnya korang patut cuba berbuka di sini nanti.
Aku dah rasa makanan di sini. Maka sebab tu aku syorkan kat korang..
The Settlement Hotel , Melaka bakal memeriahkan Ramadan nanti dengan menyediakan pelbagai juadah istimewa ala kampung dan juga antarabangsa. Dengan harga RM68++ untuk dewasa dan kanak-kanak serta warga tua , RM40 .. korang akan menikmati pelbagai juadah istimewa yang bakal memuaskan hati punyalah !
Antaranya ialah Udang Lemak Nenas Nyonya , Daging Kawah Utara , Daging Salai Masak Lemak Cili APi Mangga Muda , Lala Kam Yeong , Ayam Percik , Ikan Jelawat Tempoyak , Char Kuey Teow , Nyonya Asam Pedas , Ketupat dan Lemang.
Pastinya 'Bazar Buka Puasa' akan lebih kelihatan meriah dengan adanya gerai gerai makanan yang menyelerakan seperti Pangggang Ala Settlement , Pak Isa Roti John , Laksa Jonker Baba Nyoya , Bincang Petang Goreng-Goreng dan Sup Korner Ujong Pasir. Dan pelbagai manisan seperti Sago Gula Melaka , Bubur Jagung , Leng Chee Kang , Bubur Pulut Hitam dan lain-lain.
Menyelerakan sama sekali !
Dah kenyang.. tak nak balik rumah ? Hahahahaha.. Aku tau.. meh aku cadangkan.. Amik la bilik semalam dua kat sini.. Ada 5 jenis bilik kat sini bermula sekitar RM580 hingga ke RM880. Macam aku tengah nginap sekarang ni , Junior Suite.. RM680. Memang puashati la sangat !
Amacam ?
Pastu nak sahur.. leh pusing kat bandar Melaka cari makanan.. macam macam ada ! Baru best , kan ? Masjid pon ada banyak untuk solat subuh nanti.. Kan kan ? Baru la lain skit gaya gini.. Ala ala gaya pelancong la gitu.. hahahaha..
Ok... kalau nak tau dengan lebih lanjut , boleh hubungi terus :
Tina : 012 356 1448 atau +06 292 1133
Web : www.thesettlementhotel.com
Email : reservation@thesettlementhotel.com
FB : www.facebook.com/TheSettlementHotel
Instagram: www.instagram.com/the_settlement_hotel
Jangan tunggu lagi.. Buat tempahan sekarang !
*Sila follow media sosial The Settlement Hotel dan web utk tidak terlepas tawarsn hebat mereka.
*Sila follow media sosial The Settlement Hotel dan web utk tidak terlepas tawarsn hebat mereka.