Mesti ada yang tertanya , apakah tujuan Kempen Tanggungjawab Korporat Sinari Kemuliaan Bersama yang dianjurkan oleh Yeo’s Malaysia ni sempena Ramadhan yang mana aku dilantik menjadi salah seorang duta untuk program komuniti ini. Boleh baca kat SINI pasal jadi duta tu ..
Meh aku bagitau serba sedikit pasal program komuniti ni terbahagi 3. Sebelum aku cerita pasal kempen tu .. hee.. Sebelum aku terlupa… heee.. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Encik Ong Chay Seng, Ketua Pegawai Operasi Yeo’s, dan seterusnya dirasmikan oleh Ustaz Mohd Hata Bin Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Islam Iman Besar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Tuan Haji Zairulshahfudin Zainal Abidin.
Ok , untuk Kempen Tanggungjawab Korporat Sinari Kemuliaan yang pertama , Titian Kasih Seikhlas Ramadhan yang mana kempen ini turut disertai oleh Islamic Relief Malaysia ( IRM ) yang bertujuan membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dan golongan terpinggir dengan menyediakan bantuan berupa bekalan makanan untuk menampung juadah sahur dan berbuka puasa.
Yeo’s akan menyumbangkan sebanyak 400 kotak bekalan makanan dan minuman berjumlah RM40 ribu kepada 400 buah keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan luar bandar sebelum bermulanya Ramadhan.
Untuk Kempen Tanggungjawab Korporat Sinari Kemuliaan Titian Selami Iman Ramadhan yang mana pihak Yeo’s menyumbangkan sebanyak 500,000 kotak susu soya Yeo’s dan laici Yeo’s kepada 150 buah masjid di seluruh Malaysia.
Dan Kempen Tanggungjawab Korporat Sinari Kemuliaan Titian Serasa Ramadhan yang bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia,bangsa,agama,kepercayaan,budaya atau latar belakang untuk bersama merasai pengalaman sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan disamping menghargai perbezaan budaya dan amalan rakan-rakan Muslim kita.
Semoga Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s dapat membuatkan rakyat Malaysia menghayati bulan yang mulia ini bersama sama yang disebarkan melalui program-program komuniti yang dianjurkan. Diharapkan program Ramadhan ini dapat menyumbang dalam membina sebuah masyarakat yang penyayang, positif, saling memahami, dan sedia menghulurkan tangan antara satu sama lain.
Yeo’s berbesar hati mengalu-alukan dan menjemput orang ramai menyertai dan merasai pengalaman bermakna dalam Kem Ramadhan Yeo’s bermula dari sekarang. Layari laman web Yeo’s di www.yeos.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s di 1300 80 2828 atau 03 7787 3553 untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kempen ini.
Instagram / Twitter : @yeosmalaysia
Hashtag : #yeosramadhan
Kredit : Shakiddo.com