“ Rasanya nak beli Levi’s lagi la.. Sedap pulak pakai..”.
Dulu aku memang hantu Levi’s tapi bukanlah 501. Tak mampu beli. Tapi aku tak beli klon punya. Tak mampu , buat cara tak mampu ! Haaa.. kan ? Aku beli 521 jer.. Cutting dia pon sedap dan selesa.
Baru baru ni aku beli Levi’s 505 ! Aku tak pernah try pon sebelum ni.. Dan ternyata aku amat sukakannya ! Tu pasal aku kembali ke butik Levi’s dan beli sehelai lagi.. Huhu..
Bila aku dan set dalam kepala aku apa aku nak beli , aku terus masuk dan pilih warnanya. Aku tak belek dah jenis lain.. Masa bergerak ! Banyak lagi tempat nak kena pegi !
Test pakai dan ok ! Bayar dan keluar.. Tak sampai 10 minit..
Sebelum tu aku beli seluar tu , wife aku terlebih dahulu nak beli tudung. Maka masuklah ke satu butik tudung kat Alamanda ni.. Pada awalnya dia agak segan nak masuk sebab ingatkan harga mahal mahal. Bukan dia tak mampu tapi dia jenis berjimat.. Berbeza skit ngan aku.. hehehe ..
Dia masuk dan pilih.. pilih dan pilih. Jumpa ! Dia tanya aku.. ok tak ? Aku kata , ok la.. Kemudian dia letak dan ajak aku keluar.. Aku tanya kenapa tak beli ? Dia kata tak pe la.. Nanti nanti je la..
Tapi sepanjang perjalanan dia dok cakap pasal tudung tu ! Arghhhh !!! Dan selepas membeli barang dapur , dia kata esok nak datang balik dan beli tudung tu.. Huk alohhhhhh..
“ Kan tadi dah suruh amik jer ? Abang belanja laa.. “.
Terus berubah. Menyesal pun nampak gak kat riak muka dia. Seolah berkata..
“ Kalau tau tadi.. amik dah ! Rugi , rugi.. “.
Dan malam tadi , aku ajak gi Alamanda sekali lagi.. Sian kat dia.. Aku suruh dia beli terus tudung semalam tu.. Dan.. setengah jam aku tunggu ! Dia try tudung lain warna lak ! Satu , dua dan tiga ! Patut laaa lama ..
“ Bang , ok tak warna ni ? “
“ Berapa sehelai ? “
“ Kalau amik lebih dari 2 helai dapat diskaun 20% “
“ Selepas diskaun berapa harga ? “
“ RM52 “
“ Haaaa.. amik la semua tuuuu .. Senang ! “ .
Color dan kainnya memang aku suka. Cantik. Sebab tu aku suh dia amik semua..
“ Bayar dah ? “
“ Dah.. “
“ Guna apa ? “
“ Debit Zila laa.. “
“ Aik.. awat tak guna duit abang bagi semalam ? “
“ Bang.. duit tu la beli aiskrim.. Duit tu la bayar zakat.. Duit tu la beli mainan Qhaliff.. Berapa tinggal ? “
Oh ya kaa… Hahahahhaa.. Selamat duit aku.. Hahahahah.. Tapi aku kena ganti balik la.. Tranfer balik duit.. Huhuhuh..