Wife aku kasi satu artikal.. aku baca. Pasal menda yang sedang kejap ada kejap takde di badan Qhaliff hingga naik ke muka ! Bengkak ok !! Terus tak kacak di pagi raya. Nak amik gambar pon tak kasi.. huhuh..
Aku baca dan aku google lagi.. Macam macam pendapat , cara dan juga punca dikatakan berlakunya geligata yang tak kira usia nak kena ni !
Hurmm..
“ Dalam istilah perubatan , ianya dipanggil Urticaria yang mana ianya tindak balas sistem imun disebabkan oleh alahan tertentu. Urticaria atau gegata adalah sebahagian kulit yang terlibat menjadi bengkak , menebal dan kemerahan akibat alahan pada sesuatu samada habuk , sengat serangga atau makanan laut “
Pakar mengatakan..
Qhaliff dah masuk hari kedua .. Hilang bila aku pakaikan losyen Tea Tree Oil Magic Body dari Cosmoderm ni. Tapi bila bangun pagi , dia mula ada balik ! Ada dua punca aku syak. Satu , bila panas.. Dua atau sejuk ! Aku tak pasti sebab wife suka matikan aircond selepas subuh. Tak pasti la masa tu kot atau sebelum lagi dah ada.. Hurm..
Esok kalau ada gak.. memang gi klinik la jawabnya. Nak kena cari klinik area Kota Baru , Kelantan ni la jawabnya..