Qhaliff Iman bengkak muka di pagi raya !

 

Balik dari solat sunat Aidilfitri , aku naik ke bilik tidur.. Qhaliff dan Zahra , masih tidur nyenyak. Malam tadi , puas bermain dengan sepupu sepupu diorang. Sakan !

Tiba-tiba wife panggil aku.

“ Abang… jadi lagi muka Qhaliff ! Tengok.. bengkak ! “

Aku tengok… Hurmm.. Semalam pon cam ni gak ! Apakah sebabnya ? Nak kata sebab dia main kat padang berumput , tak jugak. Alergik ? Tak jugak.. dah tu ???

image

Semalam..badan dia penuh dengan macam kena gigit dek nyamuk ! Gatal ? Tak jugakk.. tapi dia tak selesa.. Ajak mandi terus dia bila nampak mak dia..

Sian..

image

Hurm.. camana eh ? Nak gi klinik ke ? Tiba-tiba wife bersuara..

“ Bang.. magic lotion ? “. Teringat akan Magic Body Lotion dari Cosmoderm yang mana bagus jugak untuk mereka yang kena demam campak !

“ Ok gak.. try la.. tak elok , kita gi spital. Ucapkan selamat tinggal Aidilfitri 2016. Jumpa nanti Aidilfitri 2017 !”  Huhuhuhhhu…

image

Terus sapu di badan dia.. Bengkak seperti kena gigit tu , surut tidak lama kemudian dan akhirnya hilang ! Tapi hari ni , kat muka tu agak teruk.. Sekali lagi sapu dengan Magic Body Lotion. Tapi dia tak nak letak kat muka..Hurmm.. Menangis nangis.. Acaer tuuu..

Tengok muka dia… hurmm..

image

Menurut mak mertua aku , dulu masa wife aku kecik pon ada gak keganjilan tu.. Tiba-tiba muncul  jer.. Letak ubat krim klinik , hilang.. Adik dia pon ada gak.. Nak kata alergik , bukan..

Syukur , Alhamdulillah.. aku dah simpan stok produk Cosmoderm untuk bawak pulang ke kampung .

image

Harap-harapnya , esok lusa tak naik dah.. Kena standby stok banyak banyak.. Dan aku nak kena bawak ke hospital gak nanti.. Tu nanti aku cerita kenapa..

image

Sepet.. hehee.. nasib baik dah kurang. Nak g beraya umah sedara mara pon tak la segan.. Kang ingat virus lak.. Mau keseorangan Qhaliff nanti tanpa ada kawan..

Oh.. sebelum aku lupa.. Sempena Aidilfitri ni , Cosmoderm ada buat mini contest untuk korang..

image

5 pemenang #cosmodermraya untuk memenangi hadiah menarik istimewa untuk anda sekeluarga. Jangan lepaskan peluang ni yer ..

Untuk info lebih lanjut mengenai produk atau sebarang pertanyaan :

Web : www.cosmoderm.com.my

Instagram: www.instagram.com/ben_ashaari

Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm

2 ulasan:

  1. orang kampong kata- 'muntah hantu'..hiih.. org kelate royat- 'lapar garam'. ermmm... saya n anak2 selalu jugak naik...ermm..biasa sapu celamine lotion...lps ni bleh try cosmoderm...tq!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009