Alhamdulillah.. selesai sudah event tahunan ! Setiap tahun , ada rezeki pasti buat.. Tahun ni berbeza dengan tahun tahun yang lain.. Bukan apa.. setiap kali bila buat family day , pasti akan ada masalah selepas itu ! Huhhh.. memang spoil terus mood. Tapi kali ni , segalanya berjalan dengan lancar , dari mula hingga ke akhirnya ! Dan secara jujurnya , aku akan cadangkan lokasi ini menjadi pusat Hari Keluarga #KBBA9 untuk tahun berikutnya ! Haaa..
Ini kali ke dua aku ke De Rhu Beach Resort Kuantan. Terus terang , aku amat senang hati berada di sini. Yang pertama , parking senang dan terasa selamat. Yang keduanya , layanan kakitangan yang mesra dan mudah berurusan.
Maka sebab itulah , aku ajak rakan rakan blogger #KBBA9 untuk berkumpul pada awal tahun di sini bersama sama keluarga dan menghabiskan masa melepaskan tekanan sebelum minggu kerja kembali dengan bahagianya ! Hahahaha..
Aku tak nak cerita pasal Hari Keluarga #KBBA9 sebab ramai dah blogger kami bercerita mengenainya , buat masa ini. Aku nak bercerita kenapa dan mengapa De Rhu Beach Resort Kuantan patut jadi pilihan korang membawa keluarga atau ajak boss buat meeting atau pun buat kenduri kawin kat sini ! Hahahaha..
Pertamanya , keluasan De Rhu Beach Resort Kuantan ini pastinya tidak membosankan korang. Memang luas ! Nak berjalan jalan di kawasan sekitar pon best. Pantainya yang bersih serta angin yang kencang sesekali membuatkan rasa nak baring dan nikmati kesegaran udaranya.
Dan kemudahan yang terdapat di dalam resort ni memang mengagumkan aku. Walaupun resort ni dah lama tapi mereka dah banyak buat penambahbaikan. Dewan saja ada 10 dan mampu menampung pelbagai jenis majlis dalam satu satu masa. Antaranya seperti gathering keluarga , majlis perkahwinan , mesyuarat atau makan gala bersama kakitangan syarikat umpamanya. Yelah , siang leh bersukaneka di padang yang luas atau bermain air di kolam renang. Pastinya malam adalah untuk beramah mesra dengan sahabat handai atau ahli keluarga !
Main ATV dan layang layang di tepi pantai
Atau berendam di dalam kolam renang yang menarik !
Antara dewan-dewan yang senantiasa dipenuhi dengan aktiviti
Ruang santai
Dewan
Dewan khas untuk buat kursus
Bilik Karaoke
Gymnasium
Kemudahan surau yang besar ala ala dengan rekabentuk seperti di RnR
Dewan untuk buat kenduri kawin
Sukaneka Tradisional
Bilik ‘honeymoon’ yang harganya murah wooo !
Amacam ? Menarik , kan ? Samada atas urusan kerja atau percutian , De Rhu Beach Resorts Kuantan ni adalah antara destinasi pilihan yang wajib berada dalam senarai korang ! Bodek la boss.. apa lagi kan ? Heee..
Untuk keterangan lanjut , sila tanya sendiri di De Rhu Beach Resort, Kuantan yer.. heee.. atau www.derhu.com.my !