Hari 1 : Ke De Rhu Beach Resort , Kuantan.

by - Jumaat, Disember 30, 2016

 

Dari rumah aku , Sepang ke Kuantan mengambil masa… kira cincai laa.. 4 jam ! Ikutkan 2 jam lebih pon boleh sampai la tapi sebab aku suka berenti renti , maka jadi 4 jam.

image

Jam 4 lebih petang , tiba di De Rhu Beach Resort , Kuantan. Tak susah pon sebab ada waze. Mudah nak jumpa. Dan bila sampai je sini , secara jujurnya aku terasa lega la. Hotel ni seperti yang aku jangka la.. Bersih dan selesa ! Aku memang nak hotel gini bila gi bercuti. Baru berbaloi masa dilaburkan.

Check in. Staff mesra pelanggan dan segala urusan dipermudahkan. Alhamdulillah. Anak anak dah tak sabar nak masuk dan melompat lompat atas katil.

Dan bilik yang ditempah adalah junior suite. Bercantum dengan satu lagi bilik. Heee… Bersih , kemas dan amat menyelerakan untuk aku berehat di sini.

image

image

 

image

Suka diorang. Bila tengok kat belakang , diorang lagi teruja ! Nak mandi kolam. Aku tengok je diorang punya keterujaan. Yeke teruja ?? Kang turun , takut nak masuk dalam kolam.

Hurmm.. Harapnya tidak la .. huhuhu..

image

Mandi. Solat. Dan bersedia untuk turun mandi di kolam.. Er , lebih pada bermain air je la sebab sejukkk.. baru lepas hujan ni.. Pengunjung pun masih ramai gak walaupun hari dah petang.

Aku pakaikan Qhaliff life vest dari The Sauf. Zahra tak nak pakai. Aku rasa sebab ketat skit rasanya. Tak pe , nanti cuba lagi. Namun begitu dia tetap nak turun ke kolam.. Aku tak kasi sebab di tempat dia nak masuk tu , agak dalam. Kalau ada life vest tu , aku tak kisah sama sekali. Tapi dia berdegil nak masuk. Aku biarkan .

Dia terjun. Dan dia tenggelam. Aku senyum je pandang dia. Pastu aku tarik tangan dia.

“ Haaa.. sebab tu daddy suruh pakai. Kalau pakai , tak la jadi gini.. “. Muka dia memang dah cuak. Aku tengok Qhaliff. Dia pun bebel tapi tak berani masuk dalam kolam. Dia bukan takut tapi takda kawan. Kalau ada kawan , sah sah dia terjun dah !

Akhirnya gi mandi kolam agak kecil.

image

Takda orang kat kolam ni. Dan dia masuk. Huhhhh… Tak pe.. esok masih ada.. boleh cuba lagi nanti ! Hahahaha… Pastu aku ajak semua naik. Turun tak sampai setengah jam pon. Aku pun tak nak lama sebab cuaca sejuk. Huhuh.. kang demam lak.

Dan malam menjelma.. Steambot menanti ! Aku sebenarnya fobia nak makan steambot tapi wife teringin. Ok laa.. Fobia sebab masin kuahnya. Sakit kepala gituuu..

Ok.. aku bagi peluang. Nak rasa gak masakan hotel di Pahang ni.

image

Aku rasa sedikit kuahnya. Dan.. wowww ! Original gitu. Tiada MSG sama sekali ! Aku suruh wife makan dulu. Aku jaga Aariz walaupun sebenarnya aku dah terliur nak makan ! Rosak diet pon rosak laaa.. Bukan senang nak jumpa steambot yang sedap gini haaaa.. Bila dah ada depan mata , maka makanlah sepuas hati.. kan kan ? Kuahnya pon tak pedas sangat. Sambal dan cili diasingkan gitu..

Aku order nasi goreng untuk Qhaliff. Saja nak rasa nasi gorengnya. Nasi goreng pon sedap. Sesuai untuk budak budak. Tak pedas.

image

Nasib baik la anak anak tak duduk senyap. Kalau tak , aku akan merangkak naik ke bilik sebab kekenyangan sangat ! Hahaha.. Kalau boleh kuah semua aku nak hirup wehh ! Tak pe , esok pagi leh gi gym. Hahahaha..

Balik bilik.. rehat ! Aku dah lama tak dapat tidur yang sempurna. Moga malam ni dapat berehat dengan baik. Esok , banyak plan nak dibuat. Heee..

Untuk sebarang pertanyaan , sila tanya sendiri  di De Rhu Beach Resort, Kuantan yer.. heee.. atau www.derhu.com.my !

You May Also Like

15 comments

  1. Cantik gak bilik dia. Mcm best je. Selalu p kuantan xpeenah lak merasa nak duk tmpt cmni. Sekali skle kene gak rasa. Hahaa kalau x sia2 dtg kuantan..xdtg tmpt best

    BalasPadam
  2. hotel ni mmg best! puashati kalau duduk sini.. bilik luas..

    BalasPadam
  3. seronoknya!
    kawasan hotel cantik sangat, bilik pun nampak selesa.
    nanti balik Kuantan nak try menginap kat sinilah.

    BalasPadam
  4. Nampak Romantik gitu junior suite nya
    Selesa anak-anak. Bestnya kalau dapat tido kat De The Beach Resort...

    BalasPadam
  5. Cantiknya air kolam dia.. makanan pun sodap2 nampaknya tu 😊👍

    BalasPadam
  6. Bestnyaaaa! Nanti nak usha rate lah. Dah lama tak gi holiday kat hotel 😅

    BalasPadam
  7. Sekarang ni kalu nk pilih hotel mesti cari yg ada swimming pool.. Aku pun suka, anak2 lagi laa.. Kan. Kena cari yg baik dan selesa dan berpatutan harganya

    BalasPadam
  8. Selesanya bilik tengok
    Steamboat tang kuahnya sedao...mmg mengancam lah nak makan

    BalasPadam
  9. Wahh bercuti kat kuantan ..berapa hari kat sini boss..

    BalasPadam
  10. Cantiknya bilik hotel ni.. Warna merah.. Like like like

    BalasPadam
  11. Nampak macam seronok je.. memamg plan nak ke belah pantai timur.. yang penting katil empuk, kawasan bersih..

    www.cikza.com

    BalasPadam