Aariz demam selsema. Nasib baik cuti panjang.. kalau tak , sahih wife kena amik cuti untuk sama sama jaga Aariz. Fuh , Aariz kalau tak sihat , memang nak kena dukung memanjang.. Kalau letak kat bawah , dia punya teriak , boleh bikin aku punya darah naik ke 180-200 ! Maka , kena gilir gilir jaga dan dukung..
Ikutkan semalam ada la satu projek baru aku... dipanggil Belanjawan Berhemah ! Haaa... ada la pakar yang beri tunjuk ajar pada aku bagaimana nak menyimpan dan berbelanja dengan lebih teratur tapi sayangnya , terbatal.. aku yang batalkan ! Aku tak nak nanti dia pulak dijangkiti selsema.. dia pun ada anak kecil. Sian nanti...
Sian Aariz.. meleleh je hingus dia. Tapi malam tadi , hingus dia dah jadi pekat.. hijau kauuu ! Tu tanda nak baik la kan ? Dan dah boleh tidur dengan nyenyak dia.. Kalau tak , memang dok nangis. Bila nangis , aku pun turut sama 'menangis' ! Huhuhuhhh...
Tapi ikutkan , memang tak leh nak gi mana mana pon.. sebab Qhaliff ada exam buat pertama kalinya dia bergelar manusia ! Heheheheh... Exam kat tadika dia. Moga dia lulus dengan cemerlang ! Haahaha... Pastu boleh gi melawat.. dia suka melawat sana sini berbanding gi sukan ! Huhhh.... dia tak suka bersukan ???? Tak gakk.... dia kata , ' Teacher tak kasi sukan.. ". Ololololooo... sian dia ! Hahaha.. Memang la tak kasi sebab parents dia tak dapat hadir. Kalau parents tak dapat hadir , dia pon automatik tak dapat datang.. Kalau amik acara pun akan susahkan kawan kawan nanti.. kan ? Tapi tu la dia... dia ingat wooooo ! Ini budak nampak senyap jer.. tapi dia ingat apa yang berlaku pada dia.. dan dia kenang ! Hurmm..
Good luck sayang ! Cemerlang atau tidak , Qhaliff tetap anak daddy. Jangan risau... Daddy nanti ajar buat blog eh ! Cikgu tak bagi markah cemerlang , Qhaliff cerita dalam blog je... Haaa ! Amacam ? Hahahaha.. Gurauuu je ! Takkan la nak ajar anak gitu ! Rileks... aku ayah yang cemerlang dan terbilang.. Hahahaha... Dia buat , aku sendiri smackdown tanpa belaas !