Cuti panjang tapi 'mereput' di dalam rumah !

by - Selasa, Mei 02, 2017

Aariz demam selsema. Nasib baik cuti panjang.. kalau tak , sahih wife kena amik cuti untuk sama sama jaga Aariz. Fuh , Aariz kalau tak sihat , memang nak kena dukung memanjang.. Kalau letak kat bawah , dia punya teriak , boleh bikin aku punya darah naik ke 180-200 ! Maka , kena gilir gilir jaga dan dukung.. 

Ikutkan semalam ada la satu projek baru aku... dipanggil Belanjawan Berhemah ! Haaa... ada la pakar yang beri tunjuk ajar pada aku bagaimana nak menyimpan dan berbelanja dengan lebih teratur tapi sayangnya , terbatal.. aku yang batalkan ! Aku tak nak nanti dia pulak dijangkiti selsema.. dia pun ada anak kecil. Sian nanti... 


Sian Aariz.. meleleh je hingus dia. Tapi malam tadi , hingus dia dah jadi pekat.. hijau kauuu ! Tu tanda nak baik la kan ? Dan dah boleh tidur dengan nyenyak dia.. Kalau tak , memang dok nangis. Bila nangis , aku pun turut sama 'menangis' ! Huhuhuhhh... 

Tapi ikutkan , memang tak leh nak gi mana mana pon.. sebab Qhaliff ada exam buat pertama kalinya dia bergelar manusia ! Heheheheh... Exam kat tadika dia. Moga dia lulus dengan cemerlang ! Haahaha... Pastu boleh gi melawat.. dia suka melawat sana sini berbanding gi sukan ! Huhhh.... dia tak suka bersukan ???? Tak gakk.... dia kata , ' Teacher tak kasi sukan.. ". Ololololooo... sian dia ! Hahaha.. Memang la tak kasi sebab parents dia tak dapat hadir. Kalau parents tak dapat hadir , dia pon automatik tak dapat datang.. Kalau amik acara pun akan susahkan kawan kawan nanti.. kan ? Tapi tu la dia... dia ingat wooooo ! Ini budak nampak senyap jer.. tapi dia ingat apa yang berlaku pada dia.. dan dia kenang ! Hurmm.. 


Good luck sayang ! Cemerlang atau tidak , Qhaliff tetap anak daddy. Jangan risau... Daddy nanti ajar buat blog eh ! Cikgu tak bagi markah cemerlang , Qhaliff cerita dalam blog je... Haaa ! Amacam ? Hahahaha.. Gurauuu je ! Takkan la nak ajar anak gitu ! Rileks... aku ayah yang cemerlang dan terbilang.. Hahahaha...  Dia buat , aku sendiri smackdown tanpa belaas ! 

You May Also Like

5 comments

  1. qhaliff ...nanti kena smackdown jangan lupa up kat blog tau ...jgn risau ..kaka akan support qhaliff forever ...


    yang benar

    kakak cantik :)

    BalasPadam
  2. kami pun cuma ke klcc je semalam

    BalasPadam
  3. Harapnya ada anak-anak abg Ben yang teruskan berblog ni..deligasi daddy..kisah mereka dalam blog daddy..kisah daddy dalam blog mereka..huhu..

    BalasPadam
  4. sian dia tak sihat...semoga cepat sembuh ye...

    BalasPadam
  5. Moga Aariz cepat sembuh dan Qhaliff boleh jawab periksa dengan baik.

    BalasPadam