Esok hari terakhir di Prince Court Medical Center ? - BEN ASHAARI

Esok hari terakhir di Prince Court Medical Center ?

Batuk takda dah sangat.. ada tu ada la.. Selsema , clear. Demam , on off ! Demam ni yang merisaukan ramai pihak... Apakah bila keluar nanti akan ok ? Maklumlah , sekarang ni ramai dok demam.. aku , wife , Qhaliff dan Aariz pon demam gak..
Malam menjelma.. Zahra dah mula bosan asyik terbaring atas katil. Aku ajak dia turun jalan jalan. Sebelum tu , dia asyik menangis jer. Kelmarin pon gitu gak.. Pastu nurse check dan dapati pergelangan dia bengkak. Air tak masuk betul katanya. Jadi kali ni aku alert. Pada awalnya pelik gak nape... Bila tanya tak nak jawab. Stress pulak aku. Tetiba terpandang tangan dia. Dia tak nak baring awalnya. Aku syak tangan dia yang digunakan untuk drip air dan antibiotik.  Terus aku 'call' nurse. Dia datang check dan tukar balutan. Mungkin ketat sangat atau dia dah hilang keselesaan.. 
Pandai dia mengadu. Pastu nurse je boleh usik dia.. Aku , dia tak kasi.. Huhuhu.. Usik je terus nangis.. Ngada tul.. 
Lepas tukar balutan , terus dia kembali ceria. Siap menari gitu. Aku ajak dia turun jalan jalan.. Terus nak ! Hurm.. nampak sangat dah tepu dalam bilik. Padahal sebelum tu memang dah turun ke bawah dah.. bersama Qhaliff ngan ibunya. Aku pun join sama.. heee.. Sukaaaa dia ! Cergas ! Berdasarkan tu la aku rasa dia ni kena bawak jenjalan.. kasi kuar peluh. Baru sihat kot ? Harapnya gitu la.. 
Pilihlah apa nak.. Daddy belanja.. duit ibu ! 

Dapat ! 

Pasang.. dan daddy jugak jadi mangsa. 
Main jap.. pastu dia mula panjat badan aku semula. Nurse masuk bilik dan check suhu badan dia. Aku dah rasa dah.. nafas dia panas... Dan demam semula. Hurm.. Camana nak keluar esok ni ??? Esok tok ma datang.. nak gi umrah , sebulan ! Pastu nak puasa.. Takkan daddy nak berpuasa di hospital kot ? Tak puasa gak daddy nanti ! Hahahaha..
Semoga Zahra kembali sembuh seperti sedia kala. Rindu nak tengok dia menari sambil tengok tv di rumah.. dan kesian kat Qhaliff dah seminggu tak gi sekolah. Terlepas dah dia sesi fotografi.. hurmm..

5 ulasan:

  1. hai si comel semoga cepat sembuh ye.. Amin
    Http://www.irismyra.blogspot.my

    BalasPadam
  2. Biar betul2 sembuh Zahra..nampak susut dia..kesian dia..

    BalasPadam
  3. Alahai demam on off tu yang risau. Moga sembuhlah Zahra.

    BalasPadam
  4. cepat2 sihat zahra ajak daddy pi bazar lak heheheh

    BalasPadam
  5. Moga dak Zahra kembali ceria.
    Salam Ramadhan buat Ben dan Family.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.