Qhaliff mula langkah pertama sebagai food blogger ???

by - Jumaat, Mei 05, 2017

Aku bawak dia ke Taman Equestrian Putrajaya. Sebelum tu aku amik dia kat tadika dia dan bawak gi ke satu tempat dulu.. belanja mainan ! Nanti tak kacau aku kat event.. dia ada toys nak main dah.. harapan aku gitu la ! 
Aku tahu Qhaliff minat kamera. Dulu arwah ayah ada kamera gak dan aku menunjuk minat seperti Qhaliff gak.. cuma aku tak dibenarkan pegang langsung kamera waktu tu.. Sensitif kata arwah ayah aku. Huhuhuh.. memang betul pon... tak merajuk aih aku.. 
Tapi bolehkan aku berpegang dengan kata kata Qhaliff yang dia takkan buat hal kat sana nanti ? Hurmm.. dia ni bukan leh tengok ramai orang. Jadi cuak semacam melainkan ada geng dia ! Haaa... walaupun dia tak kenal tapi kalau dah ada geng , kasi dia seminit jer.. confirm budak budak tu akan ikut main dengan dia. Pandai mengumpan Qhaliff ni ! 
Di Taman Equestrian Putrajaya.. 


Menarik tempat ni tapi tak mampu menarik perhatian Qhaliff.. Aku ajak dia naik kuda , dia takut. Kalau Zahra mungkin dia berani.. Kemudian , aku kasi tablet.. 5 minit je dia pegang.. dia tak nak ! Hurmm.. Kemudian dia ikut aku ke sana sini.. Huhuhuh... Dok pegang aku jer.. Dah datang dah boring dia ! Hahahaha.. 
Aku selesaikan urusan aku. Tak sempat nak makan pon. Orang rumah pon dah abis kerja. Tengok jam dah kul 6 petang. Hurmm.. Qhaliff ajak balik. Hahahaha.. Aku rasa Zahra lagi suka kot ? Qhaliff bukan kaki makan. Zahra mungkin ! Nanti nak bawak dia lak.. heeee..

You May Also Like

5 comments

  1. Qhaliff fokus lain..Zahra fokus lain..dan Aariz pun ada fokus lain..nak tengok juga kisah Zahra sahaja bila ikut daddy kerja..Kisah Zahra dan daddy..

    BalasPadam
  2. Tak boleh jadi food blogger lah camtu, kalau tak suka makan! Hehehee.

    BalasPadam
  3. Qhaliff ada minat dia yang tersendiri, setiap anak pasti ada keistimewaan masing2 =)

    BalasPadam
  4. haha.. bawak zahra pulak lepasni..

    BalasPadam
  5. InsyaAllah bila Qhaliff dah besar sikit nanti dia boleh sesuaikan diri dalam majlis2 camni

    BalasPadam