Berjaya jugak aku habiskan ! Terima kasih Kelly Chin !!

by - Ahad, Mei 07, 2017

Bukannya aku tak fit atau pancit tapi aku lebih pada MALAS ! Entah kenapa , sejak dari sekolah lagi aku tak minat dengan berlari walaupun aku wakil sekolah dalam bola sepak. Bila coach suruh lari pusing padang , aku mesti GRRRR... Pastu cikgu suruh masuk acara sukan yang melibatkan berlari , aku mesti purak purak lembik ! Hehehee... Mungkin berlari jangka panjang ni tak feel sangat bagi aku. Boring melayan perasaan ketika berlari ! 
Hari ni , aku ada larian di Evolve Mall , Subang. Larian MOVE With AS pada awalnya agak mengerunkan aku sebab ada halangan ! Aku risau gak sebab siku dan lutut aku ada  problem skit. Tapi aku pakai knee guard la.. Siku tu , aku sapu dengan Deep Heat Lotion jer.. InshaAllah ok..Dan kegerunan aku hilang bila tengok pelari pelari yang akan turut sama berlari nanti.. heee.. 


Peserta dilepaskan mengikut kumpulan yang mana mereka sendiri pilih ketika pendaftaran. Ada 3 flag dan aku flag no 2.. heeee.. Bila dah berlari tu , seronok lak cuma aku perlu lawan kemalasan aku dan Kelly Chin benar benar membantu aku.. hahahaha.. 
" Sikit lagi Ben .. Come on ! " . Dia bagi semangat dan aku nak tak nak kena buktikan aku mampu habiskan larian tu dengan segera.. 3KM je kot ! Haahahah..  Bikin malu jer.. hahaha.. 

Yess... aku berjaya abiskan ! Hahahahaha.. Er, buat pengetahuan korang , Kelly Chin dan sorang lagi rakan blogger , Evelyn adalah pelari yang dah berlari sampai ke tahap antarabangsa ! Aku tahap taman perumahan pon lom layak ! Hahahaha.. 
Ok , gambar di bawah ni antara halangan yang perlu para pelari tempuhi.. Yang ni aku suka la.. Hahahaha.. Best best.. Halangan ni adalah ujian bagi mengesan apakah kita ada penyakit Ankylosing Spondylitis atau AS.



Heehehe.. best aktiviti hari ni dan aku amat berbangga bila mereka mainkan video aku di dalam shopping mall tu ... hingga ada yang perasan bila aku lalu depan mereka.. Auw... terasa retis aku wehh ! Ada yang ajak bergambar.. Ehem... 

Nasib baik aku gi larian ni. Hahahaha.. Best dan berbaloi sangat. Banyak pengalaman aku dapat  untul masa sesingkat ni. Lain kali aku nak join lagi laaa larian ! Ajak aku ehhh.. Hehehee..

You May Also Like

1 comments

  1. Tahniah berjaya jugak tamatkan larian! Dan yang paling penting dapat pengalaman baru kan?

    BalasPadam