Berkahak disebabkan susu tepung coklat ?

by - Rabu, Mei 10, 2017

Batuk Zahra ari tu dah hilang..sekejap. Tapi datang semula dan setiap malam , batuknya memang teruk. Aku tak tidur lena sebab dok jaga dia , takut muntah. Sian dia.. Dan tadi , aku ngan wife bawak dia ke klinik swasta. Doktor yang check tu , terus tanya dia.. Wife yang cerita ni kat aku. Aku tak masuk klinik sebab dalam kereta ada anak anak aku dan juga anak anak buah. Biar wife ngan Zahra je masuk.. 
" Dia minum susu coklat yer ? ". Dan wife mengangguk. Doktor suruh berhenti minum susu coklat atau milo buat sementara waktu..
Demam tiba-tiba petang tadi. Tinggi gak suhu dia. 

Kahak terlalu banyak. Terpaksa amik nap untuk cairkan kahak. 
Hurm... Dok pikir camana nak cakap kat dia bila dia mintak 'susu botol'. Hurmm... Dia tak leh dah kasi susu coklat. Nampaknya pasni kasi dia susu kambing je la kot. Tapi aku rasa takkan abis sebotol kalau dia minum susu kambing...
Selepas doktor kasi 'ubat bontot' gara-gara suhu lebih 40 darjah celcius , dia kembali segar dan ceria. Terus mintak 'nasi ayam' . Baru ada selera nak makan.. Hurmmm... Lega skit aku. Tinggal satu lagi kes jer.. Si Aariz tak abis lagi selsema dia. Sekali bersin , tu diaaaaa kuar warna hijau.. Yummy ! 
Hurm... Moga diorang kembali sihat.

You May Also Like

2 comments

  1. Semoga cepat sembuh Zahra dan Aariz..
    Ben kalau boleh bagi minum madu ngan limau nipis...
    Tp budak2 sisah, bagi bnyk minum masu je.. insyaAllah...

    BalasPadam
  2. Alahai sian Zahra, moga cepat sembuh!

    BalasPadam