Selamat Hari Lahir ke 3 , Zahra Nur Iman..

by - Isnin, Mei 08, 2017

Si genit yang payah nak senyum kecuali ngan ayah dia... skang ni skit sikt nak cium pipi daddy. Macam nak bagitau dia sayangkan daddy dia sangat sangat.. Huhuh.. anak dara daddy. Dan dia memang anak dara daddy dia. Ucapan terima kasih atau sama sama selalu je keluar dari mulut dia terutama bila dah bersihkan dia ( buang air besar ) .
Depan kamera , keras.. ke memang dia tau ni la pose model antarabangsa ?? Hurmm...
Dan hari ni , setiap 8.5 adalah hari lahir dia. Dah 3 tahun usia dia. Sekejap je masa berlalu. 3 tahun dah aku besarkan dia.. Huhuh.. Majlis kecil ni cuma disambut oleh keluarga aku dan keluarga adik perempuan wife aku yang mana anak anak mereka sama usia dengan anak anak aku. Kira sekepala la diorang.. 
Segalanya diuruskan oleh isteri.. 


 Hurm.. sambut hari lahir pon masam eh ? Sah memang DNA aku. Aku memang payah nak senyum tapi kalau senyum , ada je orang jatuh cinta... heheheh..Kan ? Haa.. aku tauu.. korang pon setuju tapi saja nak nafikan.. kan kan ?
Zahra Nur Iman.. semoga menjadi anak yang baik , beriman serta bijak... Sayang Zahra !


You May Also Like

10 comments

  1. Happy birthday Zahra Nur Iman, moga membesar jadi anak yang banggakan daddy dan mummy ye.

    BalasPadam
  2. Happy Bday Zahra.. semoga membesar dengan cemerlang dunia,akhirat.. aamiin ya rabb..

    BalasPadam
  3. Posh Spice memang tak senyum aben. Hehehe. Happy birthday lil princess. May Allah bless u.

    BalasPadam
  4. pose meletup sempena befday yer zahra?

    selamat ulangtahun ke-3 buat si comel zahra nur iman, semoga menjadi anak yang solehah buat daddy dan mama =)

    BalasPadam
  5. Sanah helwah Zahra Nur Iman. Semoga menjadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin. Sebaya dengan anak aunty lah awk ni.

    BalasPadam
  6. Sanah helwah Zahra Nur Iman...3 tahun dah awak...moga terus dirahmati Ilahi sepanjang perjalanan kehidupan ya..

    BalasPadam
  7. Selamat hari lahir kakak Zahra Nur Iman.

    BalasPadam
  8. Dari zahra kecil lg dah tau mmg zahra ni mirip ayah dia sgt...jarang senyum....tp hati baik cia cia cia haha...happy birthday anak dara ben !

    BalasPadam
  9. Sanah helwah Zahra Nur Iman. Semoga menjadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat. aamin.. sama bulan kelahiran dengan auntie lah hihi.. nanti leh sambut sama.. suruh daddy Ben blanja ye..hihihi

    BalasPadam