Nasib baik cepat ke hospital..

by - Isnin, Mei 22, 2017

Jumaat lepas , ada gi klinik Mediviron. Doktor tu dah suruh refer ke hospital , Zahra ni.. Bukan apa.. demam dan batuk dia tak baik lagi. Takut ada sesuatu di dalam badan dia. Dan dia risau akan jangkitan kuman pada paru parunya.. Hurmm.. 
Aku tanya wife.. camana ? Nak gi Melaka buat semalam dulu.. balik nanti baru gi hospital ? Mana la tau kot kot udara tempat lain beri kesembuhan.. Doktor pon kata tak la teruk sangat batuk Zahra cuma ada kahak tu jer yang merisaukan. Dia kasi ubat lagi.. 
Di sana , dia ceria tapi batuk dan demam dia ada la skit skit.. Ada satu malam tu , aku nekad nak balik jer pastu terus gi hospital tapi rakan di sana nasihatkan tunggu siang hari baru balik. Risau aku memandu di malam hari dan memandangkan situ bukan kawasan aku , aku amik nasihat dia. Tunggu pagi je nanti baru balik KL dan pergi ke hospital.
Ahad.. Badan Zahra dah agak ok cuma batuknya masih ada dan kahak menjadi isu utama ! Ok , aku nekad bawak gi hospital panel insuran mereka. Memula aku antar Aariz ke mak aku. Dia pun dah mula selsema dan demam. Haish.. pakat berlawan lak ni ! Ini sudah merisaukan aku ni... Camana nak tinggalkan dia nanti. Takut dia menjerti tak berhenti je nanti.. Hurmm..
Kemudian bawak Zahra ke hopital di Ampang. Nasib baik ada insuran ! Leh cover segala perbelanjaan perubatan. Alhamdulillah. Agen insuran aku , En. Addy Gagah memainkan peranan dia dengan sebaiknya dan pantas.. Segala urusan hospital berjaya diuruskan dan dapat bilik walaupun agak lama tunggu.. Janji selesai masalah ! 
Doktor kasi neb lagi. Darah diambil. XRay dibuat. Ada jangkitan kuman di paru-parunya. Kena warded ! Adehhhhh.. Terus terbayang Aariz di umah. Mak aku call , Aariz nangis. Suhu badan pun naik. Adehh.. camana ni ??? Nak tunggu masuk bilik . lom dapat lagi.. Agak cuak dan kelam kabut sekejap. 


Jam 9 lebih baru urusan selesai ! Dapat bilik.. Terasa lega di hati. Zahra pun tak demam dah tapi batuk berkahak tu masih ada . Aku temankan dia malam ni... wife dan Qhaliff balik rumah mak aku. Jaga Aariz. Esok tukar syif. Tapi aku berharap esok selesai la kot.. tak nak la lama lama kat spital.. kan ? Puasa pon dah dekat ni.. 

Dia ok ngan aku. Nasib baik selama ni dia tidur ngan aku maka untuk malam ni , dia tak la merengek cari mak dia. Ni lepas amik antibiotik dan ubat apa tah.. dia terus lena. Sian dia.. lama dah sangat tak dapat tidur lena. Sebab tu gak aku terima je Zahra ditahan wad. Dapat la dia berehat skit.. hurmm.. 

 Lepas dia tidur , barulah aku dapat tarik nafas lega... Baru dapat buat kerja dan nasib baik la wife aku ada bawak Kopi Badang untuk aku. Dapat gak hilangkan penat sambil buat kerja. Tak la aku tertidur depan laptop, seperti sebelum sebelum ni.. huhu..

Legaaa dapat secawan Kopi Badang tapi wife tau , secawan kopi akan jadi bercawan cawan ! Sebab tu dia kasi lebih !! Hahahahaa..
Sedap weh Kopi Badang ni ! 

You May Also Like

8 comments

  1. Moga Zahra dan Aariz segera pulih ya...kesian la...risau bila tengok anak-anak tak sihat.

    BalasPadam
  2. Nasiblah cepat ke hospital kan? Moga Zahra cepat sembuh.

    BalasPadam
  3. Cepat-cepat sihat ya zahra , sian dia :'(
    Nasib baik ada kopi badang,dpt tenaga maksimum dedi .hihi

    BalasPadam
  4. Gws Zahra .. sian dia , Rayyan berkahak jgk hr tu tp da ok ..

    BalasPadam