Young Aces Technical College ( YATC ) tawarkan pusat pembelajaran vokasional automotif

by - Sabtu, Mei 13, 2017


Sedikit intro mengenai Young Aces Technical College atau YATC :

 "YATC adalah sebuah sekolah karier automotif yang inovatif dan dinamik serta diakreditasi dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia (JPK) Malaysia dan The Institute of the Motor Industry (IMI) dari UK, bagi menyediakan latihan teknikal yang berkualiti serta program peningkatan kemahiran automotif yang memenuhi keperluan para majikan masakini dan di masa hadapan.   
Kolej berintegrasi seluas 40,000 kps di Segambut, Kuala Lumpur kini menawarkan pelbagai kursus kenderaan bermotor seperti: Diploma Antarabangsa IMI dalam Penyelenggaraan Kenderaan Ringan melalui 3 peringkat progresif dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Peringkat 2 dan Peringkat 3. 
Pengisian kursus-kursus merangkumi mendiagnosis dan membetulkan hingga ke servis dan baikpulih enjin, elektrik, casis, transmisi, unit rangkaian pemacu serta komponen; pengetahuan serta kemahiran mendalam dalam bahan-bahan, fabrikasi, perkakas dan alat pengukuran yang digunakan dalam industri; membaikpulih badan dan banyak lagi.   
Kampus ini dilengkapi dengan peralatan diagnostik automotif terkini serta kereta tempatan, Jepun dan Continental bagi memastikan bahawa para pelajar mendapat kemahiran terkini yang relevan dan bersedia untuk menyertai dunia kerjaya setelah menamatkan pengajian.  "



Dilancarkan secara rasmi baru baru ini yang mana telah pon membuat pengambilan awal pada awal Januari 2016 dan seramai 40 orang pelajar dan berhasrat mencapai 100 orang menjelang Jun 2017. YATC disokong oleh sepasukan tenaga pengajar serta pelatih yang bertauliah dan berpengalaman dengan pengalaman terkumpul yang menjangkaui 50 tahun dalam industri. Kolej ini menyediakan gabungan latihan sambil bekerja yang baik dengan kira-kira 70% berbentuk pembelajaran amali dan 30% berbentuk teori. 
Bagi tahun yang akan datang, YATC akan mengusahakan biasiswa separa dan penuh oleh perbadanan automotif swasta serta penajaan yang diiktiraf kerajaan untuk para pelajar. 
Young Aces Technical College terletak di 48, Persiaran Segambut Tengah, Segambut, 51200 Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi YATC melalui Tel: +603 6258 5588 / Emel: enquiry@youngaces.com.my atau kunjungi laman web di www.youngaces.edu.my  

You May Also Like

0 comments