Layan Yeolhana Steam and Grill di Eleven Restaurant , Hotel Perdana Kota Bharu. - BEN ASHAARI

Layan Yeolhana Steam and Grill di Eleven Restaurant , Hotel Perdana Kota Bharu.

Hotel Perdana Kota Bharu , Kelantan. Kali kedua aku menginap sini.. Best hotel ni ! Dan buat pertama kalinya aku mencuba makan 'steam and grill' di Kelantan ni. Pada awalnya aku tak begitu terasa nak makan tapi setelah melihat 'bahan-bahan' yang bakal digrill dan disteamkan , terus aku terbuka nafsu untuk makan ! Mana tau leh kebah demam aku.. huhu..


Yang menariknya... tom yam disini tidak menyebabkan aku minum air berkali kali ! Memang best. Boroi pon boroi laaa... nanti nanti je sambung berdiet dan detox ! Hahahaha.. Peluang makan makanan best bukan senang nak dapat ! Lebih lagi bila tengah demam.. hahaha.. 
Sekepala baru RM68 jer ! Berbaloi sangat !! Aku tak rasa la sapa yang kaki makan ni akan terasa kerugian bila makan kat sini.. Huhuh..  Ada macam macam makanan selain steam and grill di Eleven Restaurant Hotel Perdana ni. 






Puashati laaaa lepak makan malam sini. Makanan sedap , segar dan banyak pilihan. Nanti balik sekali lagi ngan famili , aku nak bawak diorang makan kat sini. Mesti wife suka punya.  Ni pun aku segan segan nak makan sebab Bird ( nama manjanya ) yang tolong hidangkan ! Huhuh.. Terharu aku. Memang terbaik la layanan diorang.. 

6 ulasan:

  1. siap ada kimchi tuuuu,balik kg bleh ajak geng layan steamboat sini lak lah...

    BalasPadam
  2. Saya dah pernah makan di sini. Memang best dpt tgk view bandar KB.

    BalasPadam
  3. Perghhh terbaiklah, menyelerakan semua makanannya.

    BalasPadam
  4. seronok dapat makan sedap abg ben..heeee

    BalasPadam
  5. Alamak.. Ada coklat tu.. Best!!!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.