" Jangan lupa bawak 'kuda' Zahra ! "
Hah ??? Kuda apa lak ??? Oh , terlupaaa aku.. Si MLP dia ! Haishhhh.. Cakap la Pony. Cuak pulak aku tak pasal pasal kena beli kuda. Yelah , permintaan orang demam kan ? Kekadang ngalahkan orang mengandung mengidam. Mana aku nak cari kuda di kala duit dalam bank ada baki RM1.05 jer!
Selepas wife membetulkan 'arahan' tu , terus aku cari di ruang tamu. Di hospital , giliran wife dan Qhaliff jaga Zahra. Aku balik ke rumah nun di Sepang jap. Amik pakaian sebab Zahra dijangka berada di wad sehingga Rabu nanti.
" Ok , jumpaa.. " . Terus aku letak telefon. Kalau zaman bercinta dan awal kawin , nak letak telefon je dekat setengah jam.. ucap ' I love You' saja dengan 1000 kali ! Pastu pakat 'U la letak dulu... U laaaa.. U laaaa' . Skg ni tak abis cakap , dah letak ! Hahahahaha...
Aku pegang anak kuda Zahra dan geleng kepala. Takkan la aku nak bawak kuda ni gi spital dengan keadaan gini ? Bikin malu daddy ni kalau nurse atau doktor tengok ! Adehh.. Lagi pun boleh mendatangkan bahaya juga pada Zahra.. Camana eh ?
Jahit sendiri ? Alaaa.. malasnya nak cari jarum dan benang ! Kalau nak jahit sendiri , mau dengan 15 minit gak ni. Hurmm.. camana eh ? Takda pilihan ! Kena jahit sendiri gak. Masa untuk keluarkan segala skill menjahit yang aku tinggalkan ketika aku berusia 17 tahun. Dulu aku mengait ok !! Haaa.. aku tipu jer ! Hehehehe... Tapi memang aku menjahit sebab mak aku paksa. Dia kata anak jantan apa tak reti menjahit ! Pastu dibuktikan lagi dengan babak Rambo menjahit lukanya sendiri.. aku yang teringin nak jadi Rambo pastinya tercabar dengan skill Rambo tuuu.. Fuh , tertipu sungguh la aku dengan Hollywood !
Dan aku mula menjahit.. Tak sampai 10 minit , siap ! Wahhh.. otai masih berbisa gituuu... Lubang jarum pon berjaya aku masukkan tak sampai 10 saat. Ternyata aku memang pakar bab memasukkan lubang ni... hahahaha.. Jangan pikir bukan bukan yer !
Siappp !
Tak kemas sangat tapi ini yang terdaya aku buat memandangkan aku dalam keadaan kelam kabut .. nak kembali ke hospital semulaa... Ok la kan dari tak da !
Di hospital , Zahra cukup gembira dapat 'horse' dia...
Dah nampak makin ok tu... InshaAllah.
5 comments
lekas sembuh zahra nak puasa lak ...
BalasPadamInsyaAllah cepat dpt balik...speedy recovee zahra...luv u
BalasPadamWahhh pandai gak menjahit. Husband saya pun pandai menjahit, saya tak reti. Hehehee!
BalasPadamkemaslah jugak jahitan Ben..kalau saya huduh terus..
BalasPadamHaaaa salute ben pandai menjahit...awwwwwwwww ini baru lah sado!
BalasPadam