Mereka yang bertuah yang dipilih untuk make over rumah mereka telah pun memulakannya .. Sapa mereka tu ? Rujuk entri Senarai pemenang pertandingan MML’s Home Makeover ni .. Hehe.. Leh tau sapa yang bernasib baik tu.. hehe ..
Ok , berbalik pada make over yang mereka dah mulakan tu . Terdapat beberapa fasa yang mereka akan lalui . Dan pastinya ini memerlukan pakar untuk melakukannya dan aku bukanlah pakar itu .. hehe .. Jangan marah aaaa ..
Fasa yang bakal terlibat adalah
- Fasa 1 : PERANCANGAN
- Fasa 2 : PERSEDIAAN DI RUANG KERJA
- Fasa 3 : PEMASANGAN
Ketiga-tiga fasa ni mmg sangat penting dan mereka yang berpengalaman dan punya kepakaran dalam bidang ini saja mampu bercerita mengenainya . Aku ? Amatur lagiiii .. Tapi aku cuba la berkongsi apa yang aku tau dari apa yang mereka bagitau kat aku .. hehe .. ok ?
Dalam ketiga-tiga fasa ni , Fasa 1 menarik minat aku kerana ianya perlu dibuat dengan perancangan yang teliti .. Perancangan yang aku maksudkan ialah PEMILIHAN MATERIAL , LAYOUT dan GROUT JOINT .
Pemilihan Material
Dalam perancangan dan merekabentuk untuk lantai dan tiles di dinding , mereka perlu ada data data yang relevan serta maklumat berkaitan persekitaran tempat yang akan dilakukan pengubahsuaian seperti struktur , bentuk geometri dan juga karektor .. Bukan mudah kan ?
Bahagian ni amat penting buat kontraktor yang terlibat kerana setiap keputusan yang mereka perolehi akan digunakan untuk membuat pemilihan tiles agar memenuhi spesifikasi.
Layout
Part ni penting untuk membuat keputusan size tiles yang akan digunakan , bentuk ruang kawasan yang akan terlibat dan juga memenuhi spesifikasi yang dikehendaki. Sangat teknikal okeh !
Aku pon pening bila bicara soal ni . Maklumlah , bukan bidang aku .. huhu ..
Grout Joint
Apa itu Grout Joint ? Berdasarkan pemahaman aku la kan , ruang antara tiles tu dipanggil Grout Joint..
Ada beberapa faktor perlu diambil kira Grount Joint ni terutamanya keluasan dan material yang digunakan. Semua ini penting agar bila pemasangan tiles dibuat , ianya nampak cantik , mantap dan paling penting selepas siap ..
Semua ni mmg teknikal sama sekali . Mereka yang bukan ahli dlm bidang ini seperti aku , pasti akan garu kepala dan selayaknya , serahkan pada pakar untuk melakukannya. Namun begitu, kita perlu juga amik tahu serba sedikit kerana penting untuk menjaga tiles yang ada di rumah kita ..
Apakah yang akan terjadi pada rumah mereka nanti ? Kita tunggu selepas segalanya siap . Terima kasih buat MML dan CURIOUS CAT ..