Aku pernah gak kerja kat kaunter perkhidmatan awam ni . Apatah lagi yang datang biasanya nun orang dari luar negara yang kaya raya ! Jadi diorg punya karenah ni , lain skit . Maklumlah ada duit , pangkat dan gelaran .
Sakit hati ? Hari-hari ! Bermula 8.30 pagi – 5.30 petang. Balik rumah , legaaa woo .. lepas geram kat gym ! Kat opis , senyum sokmo. Kalau geram pun tetap senyum .
Bayangkan keje aku masa tu dok menjelaskan menda yang sama pada mereka yang datang untuk mendapatkan maklumat . Semua menda yang sama . Kena jelaskan guna mulut woo.. Penat bercakap sampai aku malas bercakap dengan orang lepas kerja ! Hahaha ..
Kalau takat bagi informasi tu tak pe la. Ni siap ada yg bertekak untuk membolehkan apa yang tak boleh ! Siap ada yang ugut nak lapor pada menteri , perdana menteri pon ada ! Haa.. Dan mmg aku pernah dapat pon email aduan dari pihak atasan . Mereka terus menyalahkan aku. Nasib baik bos tau keadaan sebenar ..
Geram nak belasah ? Hahaha .. Sapa aku nak belasah orang weh ? Bukan soal kalah menang. Soal menyesal selepas itu. Kalau aku meringkuk dalam penjara? Kalau aku kena sama ? Puashati ke dengan sedas tumbukan atau penerajang ? Cerr pk ? Mak bapak aku tak malu ke dengan jiran yang ada kerjanya sebagai wartawan hiburan tak bergaji ni ? Cer pk ?
Aku geram , aku masuk dalam. Tanya bos .. Apa yang patut aku buat.. Nasib baik dapat bos yang bijak mengawal situasi. Haaa.. Kalau tak dapat bos gitu camana ? Aku terus terang .. Aku berenti kerja seperti mana yang aku buat sekarang ni. Dosa pon kurang kan ?
Kita jangan cakap la sapa salah sapa betul. Aku pernah tanya pada kawan aku yang bertugas di jabatan siasatan jenayah yang kerjanya hari hari meyoal siasat orang ..
“ Kalau aku sakit hati kat orang , aku pukul dia , aku salah kan ? “
Betul katanya ..
“ Kalau dia sakitkan hati aku .. maki hamun aku , aku pukul dia dulu , boleh kan ? “
Tak boleh katanya .. Kecuali jika kita mempertahankan diri .. Faham tak ? Maksudnya jika dia pukul kita . Kalau dia pukul pun , kita tak leh la pukul dia sampai mati. Cukuplah sekadar mempertahankan diri. Pastu buat laporan polis .
Negara kita ada undang-undang. Ini Malaysia. Agama rasminya Islam. Nabi Muhammad s.a.w pun pernah di maki hamun. Malah lebih teruk dari itu. Bukankah kita disuruh mencontohi sifat-sifat terpuji Rasulullah s.a.w ? Takkan masa Maulidur Rasul je kot nak ikut ?
Kalau tak tahan tekanan di tempat kerja , berenti saja .. Buat bisnis sendiri. Baru tau camana perasaan sendiri bos sendiri kuli ..
Istighfar banyak – banyak. Sesal dahulu berpendapatan. Sesal kemudian ? Tak guna dah …