Selamat Pagi Malaysia ..

by - Rabu, Februari 08, 2012

 

Salam ..

 

Lama aku tak bebel pagi pagi.. Tak abis abis dengan berita , rancangan tv dan juga shopping .. Boring kan ? Hurm..

Sejak bergelar blogger sepenuh masa ni , aku rasa masa aku pon sama gak keje dulu malah lagi penat . Penat minda ! Tapi yang penting adalah kepuasan , kan ?

Tidur , kul 2 pagi .. setiap hari .. Bangun subuh , pastu lelap kembali setengah jam sebelum g antar wife . Kalau ngantuk teruk , mmg dia kena drive sendiri la kecuali kalau aku nak g gym petang , nak tak nak aku terpaksa antar gak ..

Terasa sungguh perbezaan bila umur dah melebihi 35 tahun. Corak pemikiran pun dah jauh berbeza dari aku umur 20an dulu. Bila ingat kembali apa yang aku buat dulu , rasa cam sangat membazir masa .. Sangat tidak berfaedah ! Tapi aku bersyukur pada Allah , umur aku panjang hingga ke hari ini , untuk memperbetulkan hari hari semalam.

Singkat kehidupan kita sebenarnya. Cuba bayangkan kita mati .. Janji janji Allah pada kita sesudah kita mati. Dalam kubur seorang diri. Menanti seksaan mengikut dosa dosa kita .. Astagfirullah al’azim.Banyak sungguh dosa aku .

Entahlah .. Memikirkan dunia ni , aku rasa tak kemana langsung. Sbb itulah sekarang ni aku cuma cari duit untuk terus hidup bersama keluarga aku. Untuk rasa mewah atau kaya raya tu , jauh sudah dari hati aku. Cukuplah aku bahagia di samping keluarga aku.

Bersyukurlah .. Jangan mengeluh. Kita tak lama atas dunia ni..

You May Also Like

9 comments

  1. Yepp kalau difikirkan umur 35 tahun tu dah habis 1/2 dari hidup... Itu pun kalau meninggal dalam lingkungan 60-an... Kalau lg awal?

    Macam saya dah habis 1/3 dari hidup doing nothing really

    BalasPadam
  2. Sgt bersyukur dgn apa yg dinikmati sekarang..ALhamdulillah.. :)

    BalasPadam
  3. Satu cernaan akal cukup berguna.. sibuk untuk hidup.. letih minda? amat tertarik..

    BalasPadam
  4. aduhai.. dh jejak 35 ni rasa mcm dh lain laaa. mengandung di usia ni pn dh x larat.

    BalasPadam
  5. sangat bersyukur dapat bernafas sampai hari ni. dan melalui pelbagai onak duri dalam kehidupan ni.. dapat mengajar kita lebih matang.. insyaAllah... =.=

    BalasPadam
  6. semakin usia bertambah,semakin takut kerana tau amal ibadat masih tak mencukupi & sesempurna ahli ibadat yg lain,untuk berjumpa dgn Ilahi.

    tapi itu bukan alasan utk tidak mencari kebahagiaan di dunia..material,kasih syg dan ilmu.sebab bila jiwa tenang,keperluan keluarga terurus,hati akan semakin khusyuk mengerjakan amalan akhirat.

    p/s-->owh hari tu kantoi buka blog,tiba2 bos dtg dr belakang.tapi bos sporting sbb so far alhamdulilah,saya jarang buat silap dlm akaun.dan dia support entri saya di blog.

    yg paling best saya kantoi masa buka blog bro BEN ASHAARI,dan bos siap cakap "eh saya kenallah dia ni,selalu nampak dia kat putrajaya,pernah nampak dia gi event bawa kamera besar(nak cakap DSLR kot).

    ingatkan bos nak marah buka blog senyap2,tapi bos ok dia kata janji kerja awak dah siap,dan yg plg best adik ipar dan wife dia followers saya ngeee ^^

    saya berangan satu hari nanti nak jadi full time blogger macam bro BA :)

    BalasPadam
  7. Bersyukur kita diberi masa untuk bemuhasabah diri...

    BalasPadam
  8. macam tulah putaran hidup kan? bila dah berumur ni kita lebih fikirkan saat menghadapi kematian nanti...

    BalasPadam