Ahaa.. ada kawan mintak pandangan aku mengenai play yard ( play pen ? ) ni dan kat mana nak dapatkan .. Harga ? Heheehe ..
Ok .. memula nak kongsi pengalaman dan cara nak bagi Qhaliff cool dalam tu ..
Hurmm .. Jangan letak baby ketika mereka dalam keadaan mood tak comel.. Kena tenangkan mereka dulu pastu baru masuk ke dalam play yard tu.. Kita pon join samaaa masuk .. Bagi baby selesa kemudian bila dia dah mula main sendiri baru la keluar diam diam dan kalau diorang nangis , biar je dulu ..
Kalau nangis bagai nak keluar anak tekak , maka sambunglah dukung mereka.. hehehe .. Kiranya tips tak menjadi laa .. Tapiiii ! Sediakan la mainan dalam tu .. Baru la tak boring … hehe.. Kita sendiri pon tak suka duk dalam tu.. Dan , jangan la letak untuk jangka masa yang lama.. Cukuplah untuk solat atau memasak kejap kejap ..
Play yard ni bagus untuk baby yang lom pandai berjalan.. Kalau dah pandai , bukak la pintu tu haaa.. Biar mereka rasa play yard tu cam bilik mainan mereka dan hanya dalam tu saja boleh main ..
Ok .. kat mana boleh beli ? Boleh gi tengok kat fan page AINOL MARDHIAH .. Harga ? Er ,tanya dia sendiri .. Kot la dah turun .. Kot la dah naik .. hahahaha …
Apa pun , ianya berbaloi walaupun baby tak duduk lama dalam tu.. Sekejap pun dah berbaloi ..