Alhamdulillah.. Selesai sudah urusan mertua aku. Balik dari umrah , gi amik diorang kat KLIA2 pagi tadi pastu bawak balik rumah aku jap sebab flight diorang ke KB , belah petang. Sebelum tu bawah gi makan kat satu restoran yang sedap ni , di Bandar Baru Salak Tinggi. Aku suka makan kat sini pada waktu tengahari. Pelbagai lauk pauk ada..
Antara wajib aku amik ..
Harga murah.. Berbaloi makan sini.. Ramai orang makan sini .. Termasuk anggota anggota polis yang bertugas berhampiran kawasan ni. Cuma sayangnya , ada anggota polis yang merokok di dalam restoran ni selepas makan.. Di kiri kanan mereka , ada keluarga serta anak anak kecil sedang menjamu selera. Takde perasaankah ?? Maaf cakap.. Kenapa aku highlight part ANGGOTA POLIS ?? Sebab mereka ini pelindung rakyat ! Jangan sekadar melindungi rakyat atau orang awam dari penjenayah saja ! Anda patut tunjuk contoh yang baik pada orang awam .. Jangan kata , “ Kami pon manusia biasa… “. Betul awak manusia biasa tapi awak manusia biasa yang ada kuasa ! Kalau orang awam macam saya tegur , kang terasa lak ! Terima kasih yer .. Jangan marah tau.. Saya bagitau jer..
Ok .. Lepas makan , masa untuk bayar ! Sedap ! Alhamdulillah.. Tapi sayangnya , part tak sedap .. Payah benar nak UCAP TERIMA KASIH pada pelanggan yang datang makan dan bayar tanpa menipu apa yang dia makan ! Hurmm..
Kalau ada kedai lain yang sedap kat situ , mungkin aku akan pergi ke kedai tu selepas ni .. Mungkin anda tak kisah .. Ramai pelanggan ada.. Aku pernah tengok kedai macam ni .. dan akhirnya tersungkur ke bumi ! Jangan sombong..