Hurmm.. Geram ? Entah laa.. nak kata geram tu , takde la sangat tapi jangan la buat mcm blogger ni terhegeh atau ‘cikai’ sangat ! Tau la blogger ni takde ‘pengiktirafan’ dari mana mana pihak tapi jangan la lupa berapa ramai dah blogger keluar masuk tv / majalah atau akhbar !
Mungkin ada blogger yang suka bikin panas dalam dunia maya ni tapi itu perkara biasa la.. Manusia ! Selagi ada manusia , selagi tu la ada ‘perangai’ ! Maka , terima je la gitu.. Dan jangan lupa , segelintir je ‘berperangai’ gitu ..
Aku kerap menerima jemputan percuma. Takde masalah ! Mana yang aku rasa berbaloi , aku terima . Mana yang tidak , terpaksa aku tolak. Bukan nak demand tapi faham faham je la situasi sekarang ni.. Bukan murah nak hidup di kota besar berjerebu ni .. Haaa .. Bukan selalu berjerebu yer ! Heee.. Di kota yang berkembang pesat ini haaa..
Terbaru , aku terima satu jemputan. Kemudian perbincangan diadakan menerusi email dan juga telefon. Persetujuan dicapai dan tarikh juga telah diberi. Pada awalnya , segalanya ok.. hinggalah aku mintak mereka menyediakan agenda untuk aku dan juga rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari , sepanjang di sana tetiba berubah pulak perancangannya.
Ok .. aku boleh terima tetapi kenapa alasannya sungguh mengarut ? Ingat aku tak reti nak pk ke ? Kalau benar la ada perubahan , kenapa tak diemail beritahu ? Kenapa tunggu aku email bertanya berita , baru nak berita ! Dah nak tiba masa lak tu ! Ada rakan blogger dah amik cuti semata mata memenuhi rancangan ni ..
Bukan besar pon permintaan.. Dah la tak nak bayar.. Nak bayar pon , tak lepas duit minyak tol gitu haaa.. Apa ingat blogger ni hadap sangat ke ? Niat nak gi bantu gak usahawan kita ni .. tapi buat gini lak ! Huk alohh ..
Jangan buat gini .. Nak maju , kena profesional ! Kalau gini caranya , huuhhh ..