Berbaloi ke buang duit beli sesuatu yang mahal ? Ada orang tak sanggup buang duit beli barang seperti jam tangan , telefon pintar , cermin mata hitam dan sebagainya ?
Ok.. bagi aku , aku rela buang duit untuk barang yang aku pakai setiap hari ! Andai kata aku nak buang duit untuk beli sehelai baju tapi harganya beratus ringgit , maaf… aku tak sanggup ! Aku rela pakai baju RM5-10 sehelai .. Sebabnya , baju aku mudah hilang dari radar selepas pakai ! Lepas basuh , payah nak jumpa dah.. Kalau bernasib baik , akan di ulang pakai hingga koyak ! Hahahaha ..
Beli jam ? Ok.. kalau ada duit , atau sememangnya aku minat giler kat jam tu … aku akan dapatkan tapi setelah aku selesai keperluan kewajiban.. Kalau tak mampu , jangan cari pasal berhutang !
Bukanlah nak berlagak.. atau riak ! Ramai je mampu beli lagi mahal.. tapi sesekali bagi aku , apa salahnya ‘reward’ diri sendiri setelah penat bekerja siang malam.. Pakailah sesuatu yang diidamkan andai mampu.. Dengan cara tu , semangat untuk lebih berjaya pasti akan datang..
Tak ramai orang sanggup buang duit untuk beli jam. Untuk jam , aku tak suka pakai tiruan. Aku jenis kagum pada penciptaan jam dan rekabentuk ! Tak caya , cuba tengok bagaimana jam jam terbaik dunia dibuat ! Perghhhh… Respek !
Tapi janganlah mahal saja tanpa ada kelebihan , kan ? Hehehe.. InshaAllah.. Apa pun yang penting , jangan lupa menyimpan demi masa depan terutama masa depan anak anak ! Hurmm..
Kali pertama aku tengok jam gini , sewaktu ayah aku belikan untuk abang aku. Tertelan air liur tengok.. Harga masa tu beratus ringgit .. Awal tahun 90an.. Hurmm.. Aku nak mintak , tak sampai hati sebab tau kemampuan ayah aku camana..
Bila sendiri dah mampu , jangan kedekut.. kan ? Sesekali.. Buat koleksi ? Aku tak mampu.. Pakai sampai rosak atau hilang .. baru tukar lain.. hehehe..