Dua kes ! Aduh... semakin mengerunkan.. Terus terang, tiap malam aku di rumah pon terasa 'goyang' ! Nak tidur dalam bilik pon takut. Maklumlah , kita tak tau apa yang berlaku di belakang rumah.. depan rumah ! Nak tak nak , aku kena tidur di ruang tamu bersama kunci kereta. Hurmm.. Panas pon , panas laaa ! Air cond tetiba lak rosak di musim El Nino ni.. hurmm..
Terbaca status rakan blogger, Rebecca Saw yang diragut ketika berjogging di Bukit Gasing dan blogger kak Adza , yang mana ada pemandu kereta cuba berniat tidak baik terhadapnya mengingatkan satu kes yang hampir berlaku pada aku di Putrajaya , tahun lepas. Hurmm.. Aku ni lelaki kot ! Pon ada yang cuba berniat tak baik ! Haaa.. Acaner tu ???

Secara jujurnya , aku tak rasa Malaysia ni aman dah.. Walaupun takde peperangan , tapi nak bergerak ke sana sini tanpa perlu ada kerisauan tu.. tipu la ! Nak keluar rumah pon kena pandang kiri kanan ! Nak gi kedai mamak depan rumah pon kena berhati hati 200 kali ganda ! Maaf, aku bukanlah menghasut tapi itulah yang aku rasa. Ditambah lagi dengan kebanjiran warga asing ! Aduhhhh.. Bukan pelancong yer.. Tapi mereka yang datang ke sini untuk mencari rezeki ! Hurmm...Cukup merisaukan aku !
Nasihat untuk kita semua.. berhati hatilah .. Air yang tenang , jangan disangka tiada penyamun !