Mula mula aku nak bagitau , yang kacau aku semalam tu lipas .. Disbbkan dia , aku sakit kepala sampai skang sbb asik terjaga dari tidur ..
Ok .. berbalik isu komen dalam blog .. Ada sahabat bagi komen tadi bahawa komen komen tu adalah lumrah .. Apa saja kita buat , pastinya akan dikritik .. Di cari la mana sudut kelemahan agar kritikan boleh dilemparkan .. Nak tanya satu soalan .. Yang nak kritik tu bagus sangat ke ? Penulisan dia tu dah tahap Phd ke sampai layak nak mengkritik penulisan orang lain walaupun amatur ?
Bukan aku nak tersentap dengan komen mengarut tu .. Muak dah .. aku pernah kene lagi teruk dari tu cuma aku nak satu je .. Blogger berpendidikan ... Jangan nanti orang kata , blogger ni takde keje lain , asik nak bergaduh mengutuk mengeji .. Diorg takkan nampak yang elok elok para blogger buat.. Yang diorng nk tengok ialah negatifnya dunia blogger ni..
Aku tau ramai sangat nak komen negatif kat blog aku ni .. Yo helloooooooo... aku ni sapa ? Artis ? Korang tengok aku kat tv ke ? Aku dapat bayaran juta juta ke ? Atau aku ada sebarang jawatan dalam parlimen ? Kalau takde , yang beria nak kondem aku ni nape ? Meluat tengok blog aku atau orang dok cerita pasal aku ?? Tutup je la browser tu .. Aku yakin , kalau takat aku ni pon dah meluat , apatah lagi blogger blogger lain ..
Tolonglah .. buang hitam dalam hati tu .. dunia blog ni kecik je walaupun jumlahnya besar .. Kalau ada yang kata blogger ni nak kejar glamer , maaf la.. aku tak berminat .. Kalau aku berminat sangat , banyak dah gathering aku pergi .. Tapi ada aku pergi ??
Mudah je bagi aku.. aku berblog sebab aku tau dari blog boleh dapat pendapatan sampingan ( tak perlu buat kerja part time luar rumah lepas kerja ) dan juga tempat aku nak bercerita apa saja .. Kalau tak suka dengan cerita aku , pangkah jer .. kasi tutup itu browser ..
Aku yakin blogger blogger di luar sana pon sama gak .. Nak kritik , silakan .. Tapi bagi fakta dan dalil ! Bukan ikut bisikan syaitan tu .. Sebelum nak kritik tu gak , cuba belek diri tu sendiri .. Dah cukup bagus nak kritik orang lain ? Betul sangatkah diri tu ? ;)
Bukan marah laaa... bosan ... setahun dah dalam dunia blogging.. asyik perkara sama je berlaku .. Jangan kata , ala manusia.. ada ok ada tidak .. kalau kita asik berpegang dengan pepatah tu , jawapnya sampai bila dunia kita ni takkan aman .. jgn kata dunia , malaysia pon cukup lah .. erk.. tak payah taman , kawasan perumahan kita pon cukuplah ..
Aku tak tau orang lain tapi aku nak 'kawasan' aku ni harmoni .. Orang datang dan pergi dengan senyuman .. Aku bukan kenakan tiket atau aku tak suruh ' SILALAH KLIK NUFFNANG SAYA' bila masuk blog aku ni .. Tak nak baca , dipersilakan pangkah .. Suka baca , terima kasih ! Datanglah lagi .. Mudah bukan ?? Ada banyak lagi blog untuk dibaca .. carilah yang berkenan di hati...
Semoga Allah merahmati kita semua ...