Sekumpulan anak muda bekereta terdiri dari lelaki dan perempuan baru saja berlalu dari kawasan perumahan aku. Aku pada awalnya tidak mengetahuinya tetapi alarm kereta yang berbunyi berkali kali mengejutkan aku. Aku rasa aku tahu sapa yg ‘membunyikannya’ ..
Tidak lama kemudian , aku membaca ‘notis’ di group whatsapp .. Hurmm .. Tindakannya itu adalah dari kerana perbuatan anak anak muda itu yang langsung tidak menghormati kawasan kejiranan ini terutama dia dan keluarganya yang menurutnya dah berkali kali melakukan perkara yang sama .. Masalahnya mereka sekeluarga terganggu dari tidur yang lena !
Hurmmm .. Dia mintak diambilkan tindakan melalui teguran oleh Persatuan Penduduk atau menghantar surat ke kolej yang budak budak tu belajar ..
Pada masa yg sama aku nampak di sebelah kiri rumah aku , sepasang merpati dok berbual mesra . Jam menunjukkan pukul 2 lebih pagi ..
Haih … kot ya pon nak berbual , janganlah sampai lewat pagi .. skit skit dah la.. nak panjang panjang, gi lepak kedai makan la .. Ni duduk berbual gitu , tak segan ke ? Oh , mungkin tak segan pada jiran tetangga tapi seganlah pada ALLAH ..
Belajar belajar la hormat orang lain ..