Kadang kadang kita terlupa , kenapa kita berada di muka bumi ini ? Kalau kata tak salah berhibur itu , kita tanya balik diri kita .. apa yang kita lakukan untuk untuk Allah ? Untuk agama kita ? Cukupkah apa yang kita buat berbanding utk berhibur ?
Aku akui aku pun jenis leka dan lalai .. Sebab tu aku ingatkan diri aku dan juga rakan rakan yang ingin diingatkan ..
“Sampai bila kita nak begini dan andai kata kita ada 1 minit saja untuk bernafas lagi , apakah kita nak berhibur lagi atau tingkatkan amalan ? Cukup ke 1 minit tu berbanding kekalnya akhirat ? “
Menakutkan ? Menyedihkan sebenarnya .. ‘Mereka’ melalaikan kita supaya ‘mereka’ ada kawan di ‘ sana ‘ nanti walhal Allah dah bagi kita peluang untuk memilih jalan sebenarnya namun kita nak juga ikut ‘ mereka ’ .
Mesir ..
Syria ..
Malaysia …
Nilaikan la sendiri .. Apa yang kita buat untuk saudara saudara kita itu ? Bayangkan jika tiba-tiba negara kita seperti itu . Tak mustahil kan ? Sedangkan Lahad Datu mampu diceroboh …