Salam sahabat sekalian ..
Bloggers ? Dah berapa lama bergelar blogger ? Tak per , tak kira lama atau baru .. kita sama sama blogger .. Sama sama bercerita tentang cerita ... Tak kisah la apa pon jenis cerita , pasti akan ada yang membacanya walaupun seorang .. Bersyukurlah kerana kita bukannya selebriti yang mana tulis apa pon , berduyun membacanya .. Yang penting adalah isi kandungannya.. Walaupun sebaris ayat saja yang 'berisi' dan selebihnya mengarut , berdoalah agar mereka memahaminya ..
Sahabat ,
Sebelum aku ' sampai ' di sini , aku seperti korang gak .. Punya satu perasaan yang tidak puashati mengenai blogger blogger yang 'pepeler dan femes emes gitu ..
Perasaan aku itu cumalah pelik , 'Bagaimana mereka boleh jadi segah gitu ??? ' .. Camana mereka lakukan ? Kalau tanya , pasti tak dilayan..Maklumlah , aku cuma menulis tentang perasaan aku.. Takde kaitan dengan dunia peragaan , fesyen , tutorial atau sebagainya.. Cuma mengarut dan bersegmen saja entri aku .. Sapa nak layan aku masa tu ??
Marah ? Bengang ? Sakit hati ? Serius , aku rasa semua tu .. Bila rasa gitu , aku update dalam blog .. Korang tau apa aku rasa lepas tu .. Lega giler.. Pastu aku rasa sangat BERDOSA !! Kenapa ??
Kenapa aku rasa berdosa ? Bukan rasa je.. Tapi mmg berdosa pon ! Sbbnya aku tak tau cerita sebenarnya .. Aku tak tau apakah mereka membacanya atau pon tidak .. Mana tau diorng bz ? Diorg tak mengadap laptop sekerap aku tika itu ?? Astagfirullah al 'azim .. Dasat betul bisikan syaitan .. Terpengaruh betul aku ..
Apatah lagi dengan 'hasutan' blogger blogger yang sama level dengan aku tika itu .. Sama sama berdengki khianat bila melihat blog blog lain yang jauh popular padahal 'takde apa pon ' !
Sahabat ,
Perasan gitu sebenarnya merosakkan hati kita .. Percayalah , bila dengan rasa begitu , setiap penulisan kita ibarat mencakar cakar kertas saja.. Lebih pada melepaskan rasa geram .. mengandungi rasa benci.. berbaur cemburu... Kemana perginya kalau begitu kandungannya ? Mereka membacanya kita yang berdosa .. Dosa ada hukumannya.. Ada balasanya .. Bukan sekadar satu catatan kemudian hilang begitu saja tau !
Apa yang aku buat , ialah muhasabah diri sendiri.. Kenali diri sendiri.. Aku terlampau jauh tergelincir.. Buat entri mengarut sehinggakan ramai pembaca lari padahal sebelum itu menyukai penulisan aku walaupun hanya bercerita tentang roti canai !
Aku kembali ke cara lama aku .. Tulis dengan berbicara dengan pembaca aku .. Aku lebih senang gitu .. Walaupun tak ramai suka , tapi aku lebih senang gitu .. Yang penting setiap entri aku selitkan pengajaran kehidupan ini ..
Sahabat ,
Dari isikan hati kita dengan bintik bintik hitam , lebih baik kita sama sama berkongsi pengalaman kehidupan kita ini dengan penyampaian yaang berbeza .. Cerita kita takkan sama.. 'Perbualan' kita pasti berbeza .. Yang menariknya , kita sama sama blogger ..
Sahabat ,
Kita buat blog ni bukan nak amik kesempatan terhadap orang lain.. Kita bukan nak kejar populariti .. Kita bukan nak jadi artis.. kita bukan nak dijunjung atau disanjung tapi kita nak 'berkongsi' .. Itu yang menariknya kan ?
Sahabat ,
Akhir kata ... Kita sama sama perbaiki apa yang kurang .. Amik yang baik ,tegur yang buruk . Kita sama je , bezanya hanya tuah saja... Mungkin sekarang tuah aku.. Esok lusa , tuah korang .. Masa tu , segala pengalaman hidup sebagai blogger berguna untuk dijadikan perisai.. Bayangkan kalau sewaktu dulu kita bermusuhan dengan blogger yang lain.. Bukankah masa mereka untuk 'serang' korang lak ? Dunia ni satu putaran .. dan sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Berkuasa .. Kita ni sekadar hambaNya yang hina saja ...
USAHA , KREATIF , SABAR , UNIK !
Kenapa perlu iri hati dengan kejayaan orang lain ? Tika mereka mencangkul , awak berdengkur ... Tika mereka berdengkur , awak berpoya poya .. Tika mereka berfikir , awak ketawa .. Tika awak berfikir , mereka dah lama melakukannya ! Salahkan diri sendiri kerana terleka ..