Hehehe .. takde kaitan ngan kecacingan aih..mmg skill budak tidur gini .. Kekadang bapak budak pon layan gini .. heee..
Anak dara kerap gak jadi gini .. Frust menonggeng koooo !!
Published with Blogger-droid v2.0.10
Hehehe .. takde kaitan ngan kecacingan aih..mmg skill budak tidur gini .. Kekadang bapak budak pon layan gini .. heee..
Anak dara kerap gak jadi gini .. Frust menonggeng koooo !!
"Bea , nak keropok tak ? ".
Baru nak parking kereta di depan RNR Desa Serdang ni utk ke Craven Cafe bg menikmati nasi kandar , aku didatangi seorang lelaki muda yg menjual keropok..
Memula dia nk jual keropok ikan tu dgn harga RM12 .. Giler ke apa ?? Katanya dia dari Siam.. Nak cari makan utk anak bini jer ..
Puas aku menolak memula .. Risau gak kereta aku yg di parking situ kalau aku menolak beria ria tp bila dia sebut utk anak bini , aku terus seluk poket .. cari duit yg ada.
Ada RM2.. Hurmm .. Mintak kat wife dan hulur kat dia ..
" Sedekah , bea ..".
Hurmm..
Suka sangat gi dapur skang ni !! Pintu peti ais tu dia tak mampu buka lagi walaupun berusaha bersungguh sungguh.. Aku suh mak dia bukakan .. Nak tgk apa dia cari dalam tu ..
Hurmm .. Epal .. Adehh ..
Dia tengok mak dia mekap setiap pagi sebelum keluar pergi kerja. Dia tengok je mana mak dia letak alatan solek tu .. Ada satu hari tu , wife bagitau Qhaliff amik .. er , apa kemenda pulak namanya tu.. Ala yang tepek tepek kat muka tu .. Dan dia pun buat gitu gak dengan mengadap cermin !!
Siap amik bedak tu lagi yer.. Bila mintak , tau pulak dia marah ! hahahaha .. Rosak anak aku .
Sebenarnya , bapak dia dulu pun gitu gak .. Buang tebiat .. Siap pakai gincu dan lentikkan bulu mata lagi kooooo .. heehe .. Ikut bapak la ni yer ?
“ Kementerian Kesihatan mungkin akan melanjutkan waktu oerpasi bagi klinik pesakit luarnya sehingga tengah malam di semua hospital kerajaan bagi membantu mengurangkan kesesakan dan barisan beratur yang panjang.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, pada masa ini ramai pesakit terpaksa menunggu lama berjam-jam di sebahagian klinik sebelum menbolehkan mereka untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan ubat dari farmasi hospital. “ –Mstar Online
Cadangan yang sangat aku setuju ! Walaupun ada klinik tapi bukan semua mampu gi klinik sbb harganya bukanlah murah untuk penyakit penyakit yang tidak kritikal ..
Untuk part “ menunggu lama berjam-jam di sebahagian klinik “ ni , aku tak tau nak kata apa la .. Cam semalam , bapak aku gi ke satu hospital di Bandar Tun Razak , untuk pemeriksaan mata . Hurmm..
Bapak aku tu menunggu dari awal pagi hinggalah kul 2 petang gitu. Katanya angka gilirannya tak dipanggil panggil . Pelik la pulak .. Bukan dia seorang je.. Ada orang lain gak yang menunggu lama. Nombor lak asik melompat lompat .. Dalam kul 3 gitu baru masuk jumpa doktor . Itu pun selepas adik perempuan aku gi jumpa petugas dan bertanyakan hal tu .
Di KK Presint 9 , layanan tip top . Ramai je pesakit setiap hari .. Itu membuktikan KK tu mmg ok .. Cuma sayangnya cuma khidmatnya sehingga petang jer .. Kalau dapat sampai malam , mmg ok sangat !
Jika dapat sampai malam , dapat la tambah kakitangan lagi kan ? hehehe .. Peluang pekerjaan pon boleh diwujudkan .. Kan kata nak sediakan berjuta peluang pekerjaan .. hehehe ..
Terima kasih …
“ Ben , u ada sapa sapa kenal mana mana blogger tak untuk diberi job advertorial ? “ ..
Hurm.. aku terfikir .. Sapa yer ? Ada tak blogger yang aku kenal menepati permintaan agen pengiklanan tu ? Ada ! Beberaoa orang blogger yg aku kenal dan punya trafik yang tinggi ..
Aku pon submit padanya melalui email . Petang tu , dia call aku .. Lalu dia explainkan pada aku beberapa perkara .. Hurmm .. Aku anggukkan kepala saja ..
10 minit selepas bercakap , telefon dimatikan .. Menarik nafas panjang .. Mungkin bukan rezekinya .. Rezekinya di bahagian lain .. Tak pelah ..
Biasanya agen pengiklanan ada dua … Ada yang tak kisah isi kandungan blog tu dan ada yang kisahkannya ! Ini kerana agen tu akan buat proposal dan bentangkan pada pelanggan besar mereka . Pelanggan mereka tu pulak akan tgk sapakah blogger yang mereka syorkan tu. Mereka akan masuk ke blog dan belek satu satu entri ..
Cuba bayangkan jika ADIDAS nak blogger promote produk mereka. Blog kita lak tu cerita double meaning punya .. Apakah sesuai produk tu dipromosikan disitu ? Kalau anda empunya produk tu , camana ?
Melainkan sasaran blogger tu hanyalah untuk dapatkan pendapatan sampingan melalui banner banner yang dipasang seperti Innity , Advertlets dan macam macam lagi .. Trafik mmg perlu tinggi disini ..
Terpulanglah pada blogger tu. Kalau aku , mmg aku bercita cita nak mempromosikan produk yang punya jenama serta dibayar ! Baru puashati .. Berbaloi jadi blogger gitu .. hehehe ..
Alhamdulillah , setakat ni aku rasa macam macam dah .. 5 tahun yang penuh dengan kepuasan ..
Mungkin ada org tak suka dengan cara penulisan kita .. dan ada yang suka . Bagi aku , ketulenan tu penting .. Pembaca dapat rasakan kejujuran dalam penulisan kita atau ianya sekadar nak tarik trafik ..
Amik apa saja , harga sama jer ! Ahaa.. Disebabkan konsep gitulah aku kalau berkesempatan , akan gi makan kat cafe ni dengan wife .. Lauk pauknya , mmg menepati selera ..
Setelah lama tak gi makan kat situ , tadi gi la makan .. Hurmm.. Susun atur cafe ni dah berubah. Makanan pon tak leh dah amik sendiri ! Semuanya diuruskan oleh pekerja cafe tu.
Dalam erti kata lain , tak leh amik banyak banyak dah ! Adehh .. Nak suruh amik macam macam , segan la pulak kan ? Maklumlah , bukan selalu gi makan situ .
Tapi ada kebaikkannya jugak. Mana la tau ada orang nafsu besar tapi makannya ciput ! Amik banyak tapi sesuap dua , dah tak lalu nak makan ! Kan dah membazir namanya.
Gitulah kehidupan kita.. Adakalanya kita terlupa nak bersyukur hinggalah nikmat itu ditarik semula …
Bukan tak nak bayar saman , aku bayar pon saman yang dikenakan terutama bila kena dengan PDRM sbb . Tapi kenapa AES aku ‘bising’ ? Ada sebabnya .. Cuba korang google apa masalah dengan kamera AES tu !! Haaa.. Jangan suka suka anggukkan kepala tu jer ! Tak pon risik risik skit pada kengkawan ..
Semalam , aku memandu seperti biasa di Putrajaya . Kali ni aku memandu ikut had laju yang dibenarkan. Korang tau camana rasa ? Pernah tak naik bas sekolah yang lama tu ? Bas sekolah zaman bas mini ? Perlahan je pergerakkannya.. Kita boleh menikmati permandangan kiri kanan sedangkan masa bergerak dengan pantas !
Ke memang tujuan suruh sapa masuk Putrajaya ni , menikmati keindahan panorama yang ada di sini ? Hehehe ..
Bayangkan jika memandu di belakang lori sampah atau lori balak ? Paling tidak pon lori yang ada muatan . Tak ke risau atau berbau kita ? Bukan ke itu akan menyebabkan pemandu cuai sbb dok perhatikan kenderaan di hadapan yang bergerak ikut kelajuan yang tak logik , semata mata tak nak di saman ..
Jalan lengang tapi pandu dibawah kelajuan yang tak masuk akal terutama di jalan lurus ! Ada yang kata diorang dah buat kajian mengenai jalan tu ! Huk alohhhh !! Buat kajian menda letak kamera di tempat lurus 3 lorong pastu di tempat yang selalu berlaku kemalangan , tak nak letak pulak amaran dan kamera ?
Di tempat yang mudah kena perangkap AES ni jalan yang confirm pemandu akan memandu laju sedikit sbb jalan lurus . Kita tekan minyak takkan perasan punya dah berapa meter speedo tu naik .. Nampak perlahan tapi dah laju. Kalau mata asyik nak pandang tang meter tu , masalah la weh !
Sambung .. Aku pandu ikut had laju. Kereta memotong dan menjeling kat aku. Kalau ikut petua bapak aku , biar je diorang pandang ! Masalahnya bila gitu , ada yang pangkah kita dengan cara merbahaya !
Bukan semua orang boleh memandu dengan ikut had laju sbb mereka mampu bayar saman ! Yang macam aku ni ? Kelajuan dibenarkan 80kmj tapi terlebih skit je .. Terus saman maksima ?? Kalau nak buat rayuan atau lawan , sila gi mahkamah ! Boleh gitu ? Prihatin kan kerajaan ?
Bukan tak nak ikut had laju tapi had laju tu ‘kurang waras’ . Jangan la kata buat kajian dah mengenai kelajuan kat jalan jalan terutama di Putrajaya tu . Kalau kata di kiri kanan tu ada bangunan kerajaan , tidak la pulak .. Atau ada perumahan , tidak la pulak !
Aku bukan nak pertikaikan undang undang.. Aku ok je.. Naik mahkamah atau tunggu duit BRIM utk bayar saman .. Apadahal kan ?
Cuma , kerajaan kena la bersikap dengan lebih jujur. Satu lagi ni , letak kamera time jalan clear ! Masa tu la JPJ parking kereta bawah jambatan dan pacak kamera. Kekadang tu , di bawah jambatan tu ada JPJ dan jambatan hujung sana lak ada PDRM siap dengan kameranya .. Mak aihhh .. penguatkuasa negara kita ni mmg mewah dengan kamera ke ?
Yang selalu kata ikut had je la .. Mungkin diorg bukan main di PUTRAJAYA yang punya banyak perangkap ‘offside’ .. hanya menunggu masa je penjaga garisan angkat bendera . Dan mangsanya adalah penduduk Putrajaya yang sememangnya ‘mewah’ . Maklumlah , keje kerajaan . Gaji besar. Duit baki , tiap bulan mmg byk ..
Waktu awal pagi , jarang nak ada kamera AES yang dipasang JPJ tapi selepas jam 9 , baru ada.. Tu pon jap ada jap takde .. Lawak gak kan ? Kira nak pasang ikut suka eh ?
Nak didik pemandu agar mematuhi undang-undang tu bagus. Tapi janganlah sampai aniaya pemandu . Bukan semua orang saja saja nak melanggar had laju yang mmg takleh nak ikut tu .. Cuba cari jalan lain cam , bagi amaran sekali dua sebelum saman dikeluarkan .. Ni kalau terus saman , letih laa.. PDRM kena .. AES lagi ..
Kali ni aku amik la BRIM .. Memang tak mampu dah ni ..
Satu soalan nak tanya , korang memandu ikut had lajukah ? Satu hari nanti , kalau kena camana ? Kalau satu ok la.. Kalau tetiba datang 2,3 tiket tanpa disedari korang memandu terlebih had camana ? Bayar je ? Ok la gitu .. hehehe ..
Ikut je la had laju .. Had laju kalau masuk akal , ok la skit .. Yang tak masuk akal ? Hurmm .. Diorg dah buat kajian .. Buktikan ! Mana kajian tu ? Kalau ada alasan logik , ok . aku terima ! Skang ni , semua kata kajian kajian kajian .. Macam dakwat kekal tu haaa !!
Dan kalau nak saman pon , ikut gak la kelajuan .. jenis kereta . Ni kalau terlebih skit , saman sama .. Kereta Myvi dengan kereta Ferrari sama je jumlah saman dikenakan .. Adil ke ? Cer pikiaq sat ..
" Adoi ..baru nak mimpi !! Dah subuh .. ". Bisik hati kecil aku selepas terdengar bunyi bising kat dapur. Wife dok berckp dgn Qhaliff .
Pastu terdengar wife menjerit kat Qhaliff .. Aku bingkas bangun , berlari ke dapur dan masuk ke dlm tandas. Wife tgh dok basuh ... Hehee.. Qhaliff berak ..
Terkejut aku .. ingatkan apa la tadi .. Aku amik handphone , tgk masa...
" Hah ?? Baru 2.45 pagi !! Arghhh .. ". Berkata aku pada wife ..
" Memang laaa .. Qhaliff ni .. dia main sorang sorang dlm bilik tadi ! Tau la kan dia kalau dah berak !! ".
Menurutnya , dia terdengar bunyi di dlm bilik tu yang buat dia terjaga.Senyap senyap je Qhaliff bangun dan berjalan ke dalam bilik ..
Aku gelengkan kepala jer .. Haihhh ..nasib baik la takde apa apa ..
-IKLAN BERBAYAR-
“ Ramai blog yang berjaya mempunyai trafik tinggi tetapi tidak ketahui nilai di sebalik itu, jadi akibat daripada itu mereka tidak dapat menikmati pulangan yang sewajarnya mereka miliki. “
Blogger 4 digit merupakan Give Away saya sebagai sumbang balik dalam bentuk ilmu kepada komuniti blogger di Malaysia.
Saya tidak ingin mengenakan sebarang bayaran kerana penerokaan saya pada suatu ketika dulu adalah pahit. Ramai ebook berbayar yang saya beli cuma bungkusannya sahaja gempak.
Dalam ebook percuma blogger 4 digit, akan saya kongsikan bagaimana seorang blogger boleh membuat duit dengan adsense sehingga 4 digit tiap-tiap bulan.
Ramai blog yang berjaya mempunyai trafik tinggi tetapi tidak ketahui nilai di sebalik itu, jadi akibat daripada itu mereka tidak dapat menikmati pulangan yang sewajarnya mereka miliki.
Syarat-syarat dan langkah penyertaan :
i) Memilik blog yang berusia tidak kurang dari 3 bulan. Demi keadilan semua, adalah dilarang menggunakan blog baharu yang ditubuhkan sengaja semata-mata untuk give away ini.
ii) Menuliskan sebuah post di blog anda dan menyatakan sebab ingin memiliki blog / website yang mampu menjana pendapatan tinggi. Dalam post tersebut buat satu backlink ke post give away.
iii) Tambah www.jejaktrend.com dalam blog list / friend list. Blog yang terpilih berpeluang dimasukkan dalam blog list blog jejaktrend yang bakal ditambah di sidebar nanti.
Amacam ? Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut ? Klik Give Away Blogger 4 digit , segera !
Kalau orang lain yang buat gitu ? Mau gak aku terajang keluar dari kereta tu !!! Dah la baru je cuci.. Bukan seringgit dua kena bayar tapi RM20 okeh !! Puashati tapi keluar je dari situ , kotor balik !
Huhu .. tu lom ditambah dengan titisan air susu dari botol Qhaliff kat tepi tingkat , atau kat dashboard tu haaa..
Redha je laaa …
“ Abang , teringin nak makan kek la .. “.
Mesej dari wife . Aku ok jer .. Leh gi pekena Japanese Soba kat Secret Resipe di Putrajaya.. Antara feveret aku bila makan di situ . Selain tu , laksa dan mee kari dia pon sedap ..
Jam menunjukkan pukul 5.40 petang. Pelanggan dalam tu leh dikira dengan jari jer .. Tak ramai mana pn. Mungkin dah time balik kerja atau tengah bulan .. hehehe..
Qhaliff, aku dukung .. Masa nak masuk tu , aku tarik pintu kaca yang berat tu . Kebetulan kat belakang aku ada salah seorang kakitangan Secret Resipe .. Tak de la pulak nak tolong tarikkan .. hehehe ..
Masuk .. berdiri cari meja yang sesuai untuk kami sekeluarga. Dapat meja yang sesuai dan tak sampai seminit , datang pelayan wanita memberikan menu pada kami. Kemudian berlalu begitu saja.
Aku serahkan Qhaliff pada wife dan mencari sendiri kerusi baby ! Cari sendiri yer .. Tak de sebarang pertanyaan dari pelayan tadi .. Ok , tak pe.. aku biasa dah dgn situasi begini .
Wife gi amik cheese cake . Dan aku order black pepper chicken rice .. Air buah .. Sebab Qhaliff leh join sama .. heee .. Makanan sampai , diletakkan di sisi tanpa sebarang kata .. Hehehe .. Aku ucapkan terima kasih .
Dah abis makan , wife belek menu yang atas di atas meja. Ternampak ada offer kopi untuk belian sepotong cake pada jam 3- 6 petang ..
Wife panggil salah seorang pelayan di situ dan bertanyakan mengenai ‘kopi percuma’ tu. Katanya tak boleh nak dapat dah sebab diorg dah punch dalam bil , jadi tak boleh nak bagi .. Best kan ? Sedangkan mereka patut tau ada mengenainya .
Aku pujuk wife .. Lupakan je kopi tu. Bukan tak mampu nak beli. Tapi korang tau la perempuan kan .. Asal ‘free’ tu la yang menarik minat mereka padahal boleh je diorang beli .. hahaha .. Jangan marah aa ..
Dia ok je.. Pastu bayar bil .. Aku tengok resit .. Hurmm ..Cukai pekhidmatannya hampir RM3 .. hehehe .. Leh tahan .. Mungkin bagi sesetengah orang , jumlahnya kecil tapi kalau kita cari duit dengan titik peluh sendiri serta mengharapkan keberkatan hasil pencarian kita tu ,jumlah tu besar !!
Tak pe la .. Apa nak buat .. Yang kerja dalam tu pon aku tengok budak budak jer ..Dengan muka takde senyuman.. Manager dia pon aku biasa tengok. Biasa kat Presint Diplomatik pastu , pernah jumpa di Alamanda dan skg kat situ lak .. hee..
Teringat hari Ahad lepas. Aku cuci kereta di Alamanda. Aku tinggalkan kereta pastu gi beli barang dapur dengan wife.. Sekembalinya ke kereta yang sudah dibasuh tu , datang tokey dia utk serahkan kunci dan buat bayaran Aku rasa dia tokey sbb pekerja yang lain semua Bangla dan dia berbangsa cina
Menariknya , dia siap tolong bukakan lagi bonet kereta dan tolong masukkan barang barang yang aku beli tu. Bukan sekali dua angkat tapi banyak kali jugak la angkat .. Siap dengan senyuman , dia ucapkan terima kasih ..
Adehh .. Harga sama sama mahal tapi servis ???
"Asyik asyikkkkkk Upin Ipinnnn.. ", kata Kak Dania
Tapi daddy ok jerrr.. hehe.. Layan jer dari tgk rancangan AC Mizal atau Awal Ashaari !! Buweeekkkk..
Amboiii .. Sememangnya budak besar ni akan mudah goyangkan kepalanya bila layan lagu yang rancak. Kalau lagu Purnama Merindu nyanyian Siti pon dia goyang , aku rasa mmg dia kaki goyang la.. Asalkan jangan dangdut ! Dangdut utk orang tua je goyang .. hahaha.. guwaauuu .
Tak kisah la Qhaliff.. Janji happy kan ? Heee ..
Aku tak pasti kesahihan akan maklumat di dalam gambar ni .. Tapi sekadar berhati hati , apa salahnya kan ? Maklumlah , penjenayah ni macam macam rupa. Adakalnya yang kita kenal dan baik pun boleh dirasuk syaitan !
Gambar yang aku perolehi di whatsapp ni , harapnya dapat membuatkan rakan rakan sekalian , berhati hati. Sumber gambar , aku tak pasti .. Jangan lak datang dan marah marah aku kata ni gambar dia yer.. Anggap je sedekah. Pahala lagi penting dari populariti .. oke ?
Benar atau tidak , hati hati ! Jangan mudah tertipu di zaman ni .. Biarlah orang kata sombong ke , berlagak ke , yang penting keselamatan ni.. Hanya ALLAH saja tau niat kita ..