Alhamdulillah... Cuti dah abis , masing masing dah mood baru. Begitu juga dengan Qhaliff dan juga aku. Cukup rehat dan segar ! Huhuhu.. Aku , mood menulis kembali dengan yakin ditambah lagi , bebas berbicara mengenai apa saja tetapi ada had ! Jangan ikut suka tekak dan sebarkan fitnah. Ingat juga dosa pahala dan juga undang undang.
Cuti panjang kelmarin , aku sekeluarga abiskan masa di Cameron Highlands. Jujur aku cakap . aku tak suka ke sana terutamanya pada cuti hujung minggu. Kalau nak gi gak , pastikan awal pagi dah tiba sana kerana... semua tau sana memang sesak di hujung minggu. Untuk bergerak dekat pon hampir makan masa setengah jam atau lebih !
Tapi demi anak anak yang teingin nat petik strawberi , aku bawa juga. Diorang pon tengin nak rasa musim sejuk. Nak bawa ke Jepun atau ke negara setaraf dengannya , masih belum berkemampuan. Heheheh. Menyimpan untuk masa depan anak anak , diutamakan. Qhaliff lepas dah nak gi haji ! Hahahaha...
Ternyata Cameron Highland makin popular dan menceriakan. Aku menginap di Avillion Cameron Highland. Best sangat situ ! Segala depan mata. Tak perlu berjalan jauh. Aku ni nasib baik lutut belum ok. Kalau tidakkkk...
Best hotel ni ! Seronok sangat Qhaliff dan Zahra. Aariz lagi la bebas. Ke sana sini goyangkan kepala. Free sangat diorang ! Bilik dia sangat selesa. Sekarang tengah promos. Harga setengah dari harga asal. Berbaloi la. Kalau nak berpuasa sini pon best gak. Hahahaha... Yelah , nak merasa kelainan kan. Nanti aku cerita pasal hotel ni jer yer. Skang tajuk lain. Hahaha..
Anak anak sedang membesar dengan pantasnya. Sekejap je masing masing dah boleh berlari. Aku rasa macam semalam je baru sambut mereka keluar dari rahim. Huhuhu... Dan dah pandai bergaduh sesama mereka.
Di ketika ini , sangat best sebenarnya bawa mereka berjalan. Cuma kena banyak bersabar jer..
Walaupun tak dapat naik ke Brinchang , di Tanah Rata pon dah memadai. Tengok masing masing senyum , terpamer kegembiraan di wajah mereka.. dah cukup mengembirakan aku. Terlupa sejenak akan masalah masalah dunia yang ada di kepala.
Aku sendiri pun dapat rehat. Tak perlu ke luar negara pon untuk merehatkan minda.
Tak puas ke sini. InshaAllah akan kembali tapi pada hari biasa. Dan Avillion Cameron Highlands , akan jadi pilihan aku.
Instagram : https://www.instagram.com/avillioncameron/
Untuk tempahan , sila klik SINI.