Ahaa .. aku ada terima satu email .. Sedih benar bunyinya. Aku terkejut gak la.. Apasal sampai gitu sekali kandungannya ..
“ Kami Restoran Ikan Bakar Caw. Bandar Puteri Puchong, mengalu-alukan kunjungan anda semua ke Restoran kami. Berbagai promosi dari menu dan harga yang baru (yang pasti lebih murah) kami sediakan untuk anda semua. Berkunjunglah ke Restoran kami, Bantulah kami untuk maju semula.
Ampun dan maaf kami pohon dari anda sekiranya terdahulu anda tidak berpuas hati .KINI kami kembali semula dengan suasana yang baru dan bersedia menerima teguran untuk kebaikan bersama.
Jangan lah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah yang kami Cintai. “
Aku tertanya gak la nape sampai gitu sekali bunyinya .. Aku tak pernah dengar nama restoran ni .. Maklumlah , aku ni spesis makan asal kenyang jer .. Bukan tau nak nikmati makanan sangat .. hehe ..
Aku google dan aku dapat jawapannya .. Hurm ..hurm… kaw kaw punya kena kritik ..
Tapi tu dulu !! Mereka kata mereka dah kembali dengan semangat serta keazaman yang membara untuk memberi yang terbaik ! Haaa… apakah itu ? Benarkah ?
Amacam ? Harapnya apa yang dikatakan tu betullah yer .. Jangan sampai kena ‘serang’ lagi … Hehe .. Bahaya zaman internet ni .. Sekejap je tersebar .
Semoga berjaya mengembalikan maruah yang tercalar ! Aku nak g test gak nanti .. hehe