Kenal dia masa sekolah .. Jiran jugak .. Masa tu sekolah menengah .. Ramai gak adik angkat aku .. Diorang yg nak angkat aku .. hahaha ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Kenal dia masa sekolah .. Jiran jugak .. Masa tu sekolah menengah .. Ramai gak adik angkat aku .. Diorang yg nak angkat aku .. hahaha ..
Perghhh … Beli barang dgn bayaran ansuran , baru RM6K .. tup tup .. dia bagi murah dengan bayaran terendah untuk 24 bulan .. mahu cecaah RM9K ! Perghh.. terduduk gak woo bila kira kira gitu ..
Kena terima ! Nak beli tunai , bukan tak boleh tapi takut tunai nak guna untuk emergency nanti .. Sapa tau kan ? Tu baru dua barang .. Kalau nak beli barang lain ? Gulp ! Berpinar bijik mata ..
Aku terfikir gak camana mereka yang hidup dengan hutang keliling pinggang .. Aku hutang baru keliling leher je ni .. Tu pon dah pening dok mengira ..
Tapi bak kata orang , kalau tak berhutang atas dunia ni .. tak sah . Nak beli tunai , tak mampu .. Kalau tak tak mampu , jangan berhutang ! Haaa .. Jadi , tepuk dada tanya selera .. Nak hidup selesa , berusaha mendapatkannya .. Dalam erti kata lain , berjimat sewaktu masih muda . Simpan duit dik oiiii ..
Dah 7 bulan 2 hari usia dia .. Makin lasak , makin kuat makan .. Kegemaran terkini , suka tarik bulu kaki dan bulu lengan aku bila dok menonton tv.
Selain dari tu , kalau aku masih tidur dan dia dah jaga , dia akan gunakan kaki dia utk kejut aku ..Adoiyaiii ... Banyak nak kena ajar nih ! Hahaha..
Lagi , dia dah pandai 'sayang pipi .. hehe.. Lagi lagi ? Pandai sangat wat muka seposen bila orang makan !
Satu penghormatan buat semua rakan rakan blogger. Diiktiraf penulisan blog hingga ‘layak’ diangkat ke dalam akhbar dan juga television .
Sapa sangka kan ? Dulu kita sangka , blog yang punya penulisan yang penuh skill atau blogger yang punya rupa paras menawan saja mampu ke dlm akhbar atau tv ..
Aku tak tayang muka kacak pon ? Heheh .. Aku siap tayang anak lagi haaa .. Hasil kreativiti header dari rakan yang aku sendiri pun tak kenal , blog aku diangkat kali ini . Aku rasa banyak dah blog dipilih kan ? Tak kisah la.. Sekurangnya , blogger seperti kita ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak .
Sekarang , dalam tv pon blogger dah mula boleh cari makan .. Kalau dulu , tempatnya hanyalah dunia maya tetapi sekarang ni , dah ada jadi pelakon pun haa ..
Tapi aku , aku lebih rela di dalam dunia maya ini saja . Inilah tempat aku mula dan berakhir. InsyaAllah .. Perjuangan aku melalui penulisan mmg aku impikan sejak dulu lagi ..
Bila rakan blogger di Twitter memberitahu mengenai artikal di Utusan Malaysia tu , aku tak sabar nak tau apa kisahnya. Bukannya bangga atau suka giler tapi nak baca apa pendapat wartawan tersebut mengenai blog aku ..
“ BEN Ashaari boleh dikatakan antara ‘otai’ dalam dunia blogging dan entri-entri yang dihasilkannya sering mendapat pilihan pembaca-pembaca blog.
Entri yang dihasilkannya sangat menarik.Tidak kira mengenai isu peribadi , isu semasa , sukan dan hiburan , semuanya ada .
Bahan bacaan yang ringan dan santai membuatkan penulisan Ben amat diminati dalam kalangan golongan muda. Dia kini mempunyai lebih daripada 25,000 pengikut blog.
Jika kamu mempunyai masa lapang , cubalah jenguk rangkaian blog milik Ben Ashaari ini . “.
Siapa sangka kan ? Jika ada keingina dan usaha , insyaAllah. Aku masih ingat lagi orang kata aku ini gila blog .. Gila update dan macam macam lagi la nama aku dapat .. Tapi aku masih lagi disini dan mereka yang mengelar aku dengan gelaran itu , entah di mana ..
Bukan riak atau takbur tapi jadikan ini satu semangat perjuangan untuk memastikan segala impian yang menjadi realiti walaupun nampak hanyalah satu fantasi. Sapa tau kan ?
Aku sendiri pun tak pernah terfikir akan pergi sejauh ini ..
“ Apa pulak yang geli lak kat dada aku neh ? “.
Aku bukak mata .. Huk aloh .. Jauh betul anak aku ni ‘merantau’ mencari susu ! Hahahaha ..
“ Qhaliff … daddy punya dada , lama dah kering .. Susu dah menjadi keju pon .. “.
Aku angkat dia dan letak di tempat asalnya yakni sebelah ibu dia .. Aku kejut mak dia dan aku terus sambung tidur ..
Muhahaha .. Nasib baik tak payah buat susu .. Kalau tak , pakat tolak tolak aih .. hahaha ..
Yang terbaru , Qaseh Syuhada .. Hari ni majlis aqeqah dia .. Tu pasai semua berkumpul .. Hehe ..
Mana Qhaliff ? Kitorang segan ler .. hehe..
Terima kasih pada blogger Telur Dibasuh kerana maklumkan pada aku di Twitter tengahari td. Kalau dia tak bgtau , aku tak tau gak sbb dah berkurun tak beli paper .. hehe
Jutaan terima kasih pada Utusan Malaysia dan juga rakan rakan dunia maya ... Semoga Allah berkati anda semua ..
Bangunnnnnn daddyyyyy !!!!!
Aku tak bangun bangun lagi hingga kul 10 pagi .. Mak dia ada .. jaga Qhaliff jap,.. Nak balas dendam berhari bgn awal ! Bukan apa , mlm td tdo sakit kepala .. Ni dah ok skit ..
Ok tak alasan ?
Bharian melaporkan , cucu perempuan kepada Pengarang majalah Wanita, Normala Hamzah meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di sebuah pusat jagaan di Jalan Duta di sini hari ini.
Dalila Haifa Dafrizal Shah, tiga bulan, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tawakal, Jalan Pahang untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi, bayi itu ditemui dalam keadaan muka kebiruan dan tidak bergerak oleh ibunya yang datang menjemput dua anaknya dari pusat tersebut.
Petikan atas tu dari akhbar Bharian. Aku tak mungkin tulis secantik gitu la yer .. Ok, kembali pada isu .. Tersedak susu .. Menurut dari rakan pembaca yang mana aku pernah buat entri yang sama isunya iaitu tersedak susu , mereka kata kebanyakkan yang tersedak susu ni ialah mereka yang gunakan susu formula .. Hurm ..
Qhaliff , selalu gak muak dan tersedak susu. Walaupun dah disendawakan , dia tetap akan muak. Mungkin sbb terlebih minum susu. Jadi , aku kurangkan jumlah setiap botol. Kira bagi mencukupi untuk sekalli minum.
Dan alhamdulillah , tak dah muak . Kecuali bila dia menyusu sambil main ! Haaa .. Mesti ada punya .. Yelah , dah dijolok jari dalam mulut , bapak budak pon boleh muntah gitu haa ..
Jadi , hati-hatilah dengan anak anda yang masih kecik itu . Aku pun kena hati hati gak ..
Hahahaha .. bijak , bijak ! Aku tak leh bayangkan kalau aku buat gini pada Qhaliff !
Di London , sebuah syarikat memperkenalkan pakaian unik yang membolehkan bayi ‘membantu’ ibu bapa mereka membersihkan rumah ketika mereka merangkak. Syarikat itu menggabungkan baju bayi dengan pembersih lantai (mop) yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki.
Dikenali sebagai Baby Mop, pakaian itu membolehkan lantai rumah digilap ketika bayi terbabit belajar merangkak. Baby Mop dijual pada harga kira-kira RM120 sepasang.
Walaupun mungkin ada rasa tak sesuai atau mengarut sekurangnya mereka datang dengan satu idea yang mengabungkan 2 dalam 1 .. Ok la kan ? Hehehe..
Amacam ? Hahaha .. Kalau Qhaliff pakai ? Tunggu nanti nanti nak pindah umah baru .. hehe .
Yang pertama .. Budak tecik ni dah pandai menuju ke netbook aku .. Pergh , rindu giler perkataan ultrabook .. Hahaha ..
Bila dah pandai bersuara , maka netbook aku ini akan jadi mainan dia .. Kalau tak dapat , dia menjerit . Kalau dia menjerit , takkan aku nak jerit kat dia balik ? Pergh .. pengsan dia .. Nanti aku dah tua , dia jerit kat aku balik ..
Benda lain dia tak minat .. Hp dan netbook ni pasti menjadi sasaran dia bila dia sedar dari tidur ! Grrr .. Ni yg aku nak hadiahkan dia ipad mini ni .. Hahahahhahaha … Sembang boleh laaa …
Kalau tak bagi ipad mini tu , bermakna aku berenti je la blogging.. Kasi dia je amik alih . Pastinya setiap entrinya memerlukan masa untuk korang pecahkan kodnya .. Maklumlah , hanya bayi saja yang faham kod mereka ..
Dah mula diet dan mula bersenam. Tapi digagalkan sbb wife teringin nak makan burger bakar kambing .. Dan secara automatik aku nak jugak !!
Dan tempat aku g , pastinya Burger Bakar Lava Grill yang bermarkas di Taman Sri Serdang .. hehehe .. Sedap ? Sedap laa… Kalau tak takkan aku g sana berkali kali .. Dan satu lagi , sbb dekat ngan umah aku .. hehee.. Dan satu lagi , pastinya sebab kawan yang jual.. Support kawan kawan la kan .. hehehe ..
Kenyang ? Hehe .. Alhamdulillah .. ok laa .. hehe ..