Apaa ???? Aku muat dah nak pakai baju size M ?? Fuh... masih aku teringat lagi ketika aku dapat baju ni dulu.. Memang aku bagi terus kat wife.. sebab aku tau aku takkan muat nak pakai ! Kalau muat pon serupa nangka dipakaikan baju !
Tapi selepas 2 minggu aku amalkannya rahsia aku tu , aku berjaya menghilangkan lemak degiil di beberapa tempat terutamanya perut ! Fuhhh.. Tak sangka jugak aku. Ingatkan kena amik fat burner.. Sebelum ni memang la ada aku amik dan agak berjaya menurunkan tetapi dengan cara yang aku amalkan selama 2 minggu , satu perubahan ketara yang aku alami. Yang pertama , aku tak rasa sakit dada dah ! Sebelum ni ada gak terasa seperti nak diserang sakit dada dan pernafasan aku agak tak teratur. Sememangnya doktor ada menyuruh aku membuat pemeriksaan.. tapi aku agak degil ! Huhuh..
Akhirnya aku guna cara yang dah memang popular di media sosial ni.. Lemon dan air detox ! Kemudian sebelah petang dan malam.. hehehe.. ni rahsia utamanya ! Bersenam laaaa ! Ingat yer.. lemak lebih mudah terbakar bila digunakan ! Kena kekal aktif dan seterusnya ialah penjagaan makanan. Part ni susah wooo ! Memula tu ok.. tapi bila dah mula ponteng , perghhh.. Nasfu makan tu datang mencanak canak ! Huhuhu..
Haaa.. Baju size M kooooo !
Hehehe.. Pinggang dah mengecil ? Tali pinggang aku dah 'dinaikkan ' kembali ke lubang atas ! Huhuhu.. Bermakna aku dah mengurus sedikit walaupun masih ada lemak perut ! Tu aset tu.. nak biar skit.. Baru nampak cam laki orang ! Hehehe..
Amacam ? Ok.. untuk senaman.. ada satu aplikasi yang tebaru dan sesuai untuk korang gunakan ! Haaa.. Nanti aku ceritakan pasal app tu ehhh ... Baikkk punyaa !