Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 11 Oktober 2015

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON | Percutian Idaman !

 

Kalau tak silap aku , sebelum siap lagi aku dah bercita cita nak datang Lexis Hibiscus di Port Dickson ni selepas tergamam melihat gambar imaginasi designer yang viral di Facebook.

11262031_1627088617573004_2414623824549535925_n

Dan impian jadi kenyataan bila semalam , aku sekeluarga telah menjejakkan kaki di sini dengan senyuman hingga ke telinga ! Sapa sangka kan ? Dari idaman , terus jadi kenyataan..

Bertolak dari rumah aku nun di Sepang.. ke Lexis Hisbiscus yang terletak di Jalan Pantai , Pasir Panjang nun di Port Dickson ni cuma mengambil masa sejam perjalanan sahaja. Tak sampai 60km pon. Hehehehe..

Dengan menggunakan Waze , perjalanan aku lebih pantas dari yang sepatutnya. Elakkan jammed gitu.. hehehe.. Ikut jalan lama.. Dan keterujaan aku nak sampai awal , akhirnya membuatkan aku terlepas nak amik gambar pintu masuk ke Lexis Hibiscus yang cantik tu ! Adehh…

Tak kisah laa… masuk terus ! Qhaliff dah tak sabar nak mandi.. Check in.. Manager Front Desk ada di situ. Layanan mesra dan pantas dari mereka mengagumkan aku ! Huhuhu..

Tak sampai 10 minit , settle segalanya. Buggy sampai dan kami di bawak ke bilik .. Villa Pool gitu ! Huhuhuh..

11224372_1105809042776064_5394580811009786825_n

Suka giler Qhaliff naik buggy ni ! Zahra pon sama. Lama dah dia teringin nak naik buggy ni.. dan tercapai jugak hasrat dia. Murah rezeki tul dia ni..

Tak sampai 10 minit naik buggy , sampai dah bilik.. ehehehe..

12088187_1105802979443337_3581503051550648929_n

12079616_1105802286110073_2776622835121403821_n

Dan terus masing masing cop katil ! Hurmmm.. Qhaliff terdampar kepenatan akibat penat memandu ! Sambil menulis diari kehidupannya!

12107979_1105565116133790_4118621983300017829_n

Dan Zahra.. hurmm… aku pun tak tau apa motif dia buat gitu..

12112460_1105659402791028_6416433375895726358_n

Pastu… seperti biasa .. aku akan buat 2 check up ! Satu.. WiFi !

12119040_1105635799460055_3868418614578768766_n

Superb ! Free lagi ! Hehehehe.. Dan satu lagi ialah , TANDAS ! Kalau kotor , memang spoil betul laaa ! Hurmmmm..

12140808_1105802852776683_2456849737054825491_n 12140680_1105802879443347_3137446310464390391_n

Yessss ! Takde butang butang macam kat Jepun dan Korea ari tu ! Aku gagal menakluki tandas gitu ! Terpaksa guna old skol punya skill ! Dan di Malaysia , aku rasa masih lagi guna tandas gini kan ? Ke ada gak butang butang punya ? hurmm..

Ok.. tandas bersih !

12140808_1105802852776683_2456849737054825491_n 12074497_1105802426110059_273250349115733119_n

Perfecto !! Tak sambar nak tengok kolam dia.. Tapi sebelum tu.. Terpandang sesuatu yang agak ‘mengerikan’ ! Huhuhuh.. Nasib baik aku tak gayat dah !

Ok… aku hantar Zahra dulu untuk riki line ! Usha line la gitu haaa.. Dia memang bahagian tinjauan.. Apa apa berita , dia bawak kemudian pada chif ! Hehehehe..

12096539_1105568509466784_909517844047957674_n

10696235_1105568536133448_534320129011827109_n

12072554_1105568566133445_3736568260926418243_n

Ok.. Kalau dia tengok sampai gaya gini .. maknanya best la ! Kalau dia teriak tuuuu.. tu tandanya , dia takut !

Sementara itu.. Di mana abang dia ???? Dan abang dia .. buat kerja dia !

Dia dengan air Milo tak dapat dipisahkan ! Huhu..

12115531_1105802342776734_7225940409019926457_n

Dan kembali ke Zahra.. Selepas selesai check bahagian bilik air.. terus ke kolam air di belakang sekali ! Huhuhuh.. Best ke ?? Serupa macam dalam gambar ke ???

untitled

Yang atas ni dalam gambar risalah yang untuk menarik minat mereka agar datang ke Lexis Hibiscus.. Manakala di bawah ni , gambar aku amik sendiri !

12079648_1105640682792900_2502704375053405962_n

Ok la kan ? Sama jer ! Beza dia cuma berjerubu dan tidak jer la !! Dan Zahra mulakan tugasnya ..

12107929_1105640559459579_4071420924155789262_n

12079333_1105640602792908_4876050192201598564_n

“ Ok daddy.. clear ! Memang sebelah ni Selat Melaka ! Dan takde jerung menghampiri kita ! Jom terjun !

Eh ?? Daddy mana ??? “

Sesaat kemudian terdengar bunyi dentuman ! Dan..

12108168_1105592296131072_1875829848033481396_n

Tiba tiba terdengar suara halus..

“ Daddy.. hagak hagak la kot nak mandi seorang jer.. Anakanda pon nak mandi gak !! “

Yelahhh.. yelah.. Baru nak fefeling jadi kanak kanak.. Hehehe..

10411038_1105835486106753_8617026698227734408_n

Hehehe… Sorang lagi , sibuk tengok tv ! Tak nak turun kolam.. heheh. Kolam ni , tak beberapa sesuai untuk anak kecil melainkan ada orang dewasa memantaunya.  Kedalaman kolam ni  ialah 1.2 meter. Kira tinggi pinggang aku la.. hehehe..

Selain mandi kolam , ada beberapa lagi aktiviti boleh dilakukan di sini .. Antaranya berbasikal , jogging dan macam macam lagi ! Tempat ni memang best untuk lakukan aktviti luar gitu..

11702814_1630029250612274_8575188182887195162_n

Sebelah malam pulak , kawasan Lexis Hisbiscus ni amat cantik sekali ! Lampu berwarna warni menerangi kawasan persekitaran membuatkan ianya kelihatan begitu ceria dan hidup sekali suasana malamnya !

3

2

1

12072540_1105803359443299_4212938264896875277_n

1558441_1105924979431137_2301247876023318351_n

Jom makan malam ! Hehehe. Kalau malas nak keluar , boleh cuba makan di sini.. ada dua pilihan. Nak makan BBQ atau makanan Jepun. Macam aku sekeluarga semalam , cuba makanan Jepun. Harganya memang murah. Seorang dalam RM68 nett dan kanak kanak , RM34.

12118977_1105921846098117_9121389710816951815_n

12144765_1105921809431454_3869310472432004700_n

10155142_1105921892764779_7316008497263713387_n

Sedap dan berbaloi dengan apa yang dibayar ! Puas makan akhirnya makanan Jepun ! Hehehehehhe.. Dan selepas makan , kembali ke bilik. 

Set pendingin hawa dan .. Zassss ! Sekejap je semua tidur ! Hehehe.. Menanti hari siang , perancangan nak berbasikal pulak sebelum pulang ke rumah. Satu percutian ringkas tapi amat bermakna sekali untuk sekeluarga setelah aku tinggalkan mereka beberapa hari .. hehehe….. kira balas balik la kan ? Takkan aku je nak g bercuti..

Untuk keterangan lanjut , boleh ke www.lexishibiscuspd.com atau ke facebook mereka , Lexis Hibiscus Port Dickson.Ada yang tanya pasal harga .. sebaiknya rujuk di laman web mereka sebab harga ni berubah rubah terutama pada musim tertentu..  Ok ?

11222110_1105924482764520_5190116245854186607_n

Oh ya.. tak dibenarkan memancing di sini yer.. hehehee…

24 komen :

Etuza Etuza berkata... [Reply to comment]

Subahanallah Bro Ben..wow!!!! amazing Malaysia..We lovely truly Malaysia..huuu!! hebat2 milik rakyat malaysia kan..hahaha kena sewa lah pergi sana..bawa duit.Teruja nak pergi suatu masa. Tqvm..welcome back dari Osaka kan..

Etuza Etuza berkata... [Reply to comment]

suka tengok pasangan anak Ben ni..membesar dengn blog hebat Ben..tahnia..warnai hati dan jiwa anak dengan iman dan taqwa, selebihnya beri mereka lihat muka dunia..secara sihat. Ok

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

phew..
cantik design bilik kat cni.
terus pasang impian nk bercuti kt cni.
ada kolam x tahan tu.

Izzati Suhaide berkata... [Reply to comment]

Fuyoooo...best nye..cantik tempat dia..

PinKy MoMMa berkata... [Reply to comment]

abennnnn nak pergii jgggg..blh dpt hrga media tak kehkehkeh..bestnya mesti anak2 sukak blh brendam kt situ

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Bestnya Ben..semoga satu hari nanti akak pun berpeluang ke sini bercuti bersama family...

ewanthology berkata... [Reply to comment]

tempatnya sangat menarik... tapi pool nya sangat terbuka, tak seperti grand lexis yang ada dinding penghalang... klu wanita muslimah akan berfikir 2 kali untuk berendam di siang hari :-)

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

Fuh fuhh cntik gilaa

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

Wow. Review abg ben kali ni panjang. hehehe. Cantik kan lexis hibiscus ni. Tapi harganya..uhhh..kena simpan duit banyak-banyak. hehehe

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

memang best tempat tu....satu destinasi percutian yang menarik

Eny Abdullah berkata... [Reply to comment]

Br puas hati baca entry panjang dr abg Ben..hihihi nak gak pi situuuu

safurara berkata... [Reply to comment]

NANGIS LAJU LAJU! bila lah dpt dtg siniii!

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

wah..serius cantik...

qaseh dalia berkata... [Reply to comment]

Bestnye bila dpt g sini plak .. 😬

PuteraOhtraBulan berkata... [Reply to comment]

Memang nak pergi resort ni.Hendak meraikan hari ulangtahun perkahwinan bersama wife dengan anak-anak. :)

PuteraOhtraBulan berkata... [Reply to comment]

InsyaAllah..nak pergi bercuti di resort ini.Meraikan ulangtahun perkahwinan bersama isteri dan anak2x.hu..hu..

Abang Fadli berkata... [Reply to comment]

Nak plan ke sini, tengok harga semalam, terus tak jadi, better pegi oversea lebih murah budget...huuhuh

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Cantiknya! Harap satu hari nnt dpt lah bawak anak anak ke lexis

Shila Azizi berkata... [Reply to comment]

nangis tengok tempat camni...hwaaaaa

Amanda Suria berkata... [Reply to comment]

kalau dapat harga media kan best..nak pi sendiri kena fikir la 5-6 ratus kali...ada sapa2 nak bagi tajaan honeymoon SA tahun depan tak?

sumysya berkata... [Reply to comment]

mmg cantik..harga pun cantik,,,klu pi situ tgok ramai chinese je,,org kayo je la dpt pi..

eima berkata... [Reply to comment]

tu dia beshnye ..... menarik tp harga pun menarik jugak ni ....

dalila berkata... [Reply to comment]

bestnyeee..ni salah satu tempat percutian idaman sy ;))))

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

wow menariknya teringin jgk.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI