CRIZAL UV : Bahayanya UV dan 'Harmful' Blue Light pada mata aku !

Fuh.. baru aku tau walaupun aku pernah tau tapi aku tak pernah nak amik berat ! Segalanya aku anggap mudah dan ringan.. Tapi rupa rupanya.. hurmm...

Aku antara mereka yang 'terpaksa' pegang telefon pintar 24 jam sehari dan melihat laptop beberapa jam sehari tanpa sedar adalah insan yang terdedah pada dua sinaran yang merbahaya ini ! UV dan 'Harmful' Blue Light.. Dan tanpa disedari , anak anak kecil aku juga terdedah sebenarnya ... 

Bayangkan bagaimana sinaran UltraViolet ( UV ) boleh merosakkan kulit kita ? Kalau kulit boleh rosak , bagaimana pula dengan mata ? 


Ok.. imej kat atas tu menunjukkan kesan kerosakkan berpunca pada sinaran UV dan 'Harmful' Blue Light ! Tau tak apa yang akan berlaku pada mata kita kalau dibiarkan lama kelamaan ?? Tak ? Haaa.. Pernah dengar Cataract ? AMD ? Haaaa.. Ok , sebelum nak tau apa tu .. aku tunjuk dulu imej camana Blue Light boleh merosakkan mata kesayangan kita. Kalau rosak , hilanglah keindahan dunia ni wooo ! 


Mereka yang kerap mengadap skrin gadget dan juga tv LED adalah insan insan terpilih yang mudah terdedah dengan 'Harmful' Blue Light ! Tau apa kesan jangka panjang ? Sinaran Blue Light akan terus ke retina dan seterusnya merosakkan retina ! Gambar di bawah ni menunjukkan dua imej yang berbeza.. Satu , pandangan mata normal dan satu lagi setelah retina rosak ! Dan ini dinamakan AMD ( age-related macular degeneration )


Nampak tak ? Tu laaa kesan kesannya .. Buat pengetahuan korang , kalau dah dapat AMD , memang takde ubatnya buat masa sekarang ! Nasib baik Cataract ada cara penyelesaiannya tapi kalau boleh , jangan la kena kan ? Haaa... 


Menakutkan ? Hurmmm.. Jadi apa jalan penyelesaiannya ?? Ok... Baru baru ni aku ke Venice Optometry di Desa Seri Hartamas. Aku dipertemukan oleh pakar dalam bidang mata dan kacamata ni. Aku yang bermasalah dengan mata ni pastinya ini adalah peluang keemasan untuk aku mendapatkan maklumat yang lebih lanjut memandadngkan kalau pergi ke kedai cermin mata biasa , belum tentu aku dapat maklumat seperti ini..



Aku diperkenalkan dengan Crizal UV LENSES ! Apakah kelebihan CRIZAL UV LENSES ni ?? Crizal UV Lenses ni adalah lens pertama dari segi perlindungan depan dan belakang daripada pancaran sinaran UV ! Ok , maksudnyaa ialahhh.. Sinaran UV ni datang dari pelbagai sudut. Kalau cermin mata yang punya lens lindungan UV , ianya cuma mampu menahan dari hadapan jer ! Bagaiamana pula jika cahaya dari arah belakang ? 50% cahaya UV memasuki mata melalui pantulan yang mengenai lens cermin mata lalu masuk terus ke dalam mata. 

Kalau lens takde anti pantulan , maka  takde guna la jugak kan ? Retina tetap akan mengalami kerosakkan, kan ?? Haaaa.. Maka  lens CRIZAL UV mempunyai kelebihan ni yang membuatkan aku terus terpikat untuk menggunakannya ! Maksudnya teknologi terkini dari Crizal UV LENSES ni akan terus menyekat sinaran UV ni tak kira dari sudut mana sekali pun ! 


Crizal UV LENSES turut menawarkan perlindungan dari  sinaran UV dengan teknologi E-SPF 25  ! Ini satu penciptaan yang sangat menarik. Dan Essilor adalah pengeluar pertama yang telah berjaya menciptanya dan seterusnya mengatasi masalah penglihatan ni .. seperti aku ! 

Ok.. Crizal UV ni ada beberapa jenis antaranya ialah Crizal Prevencia yang mana lensnya turut menapis'Harmful' Blue Light ( seperti aku terangkan di atas ) , Crizal Transitions yang mana lensnya adalah Lensa Adaptive yang berprestasi tinggi serta Crizal Kids UV , yang bermanfaat untuk kanak kanak sepeti Qhaliff.. Qhaliff tak rabun yer.. tapi perlindungan diperlukan ketika dia bermain dengan di halaman rumah atau di taman reakrasi.  Crizal Kids UV fokus pada Impact Resistant dan perlindungan dari sinaran UV, mampu menahan impak pecutan bola golf !! Produk ini dinamakan AirWear yang mana turut dilengkapi dengan E-SPF 25. Untuk pengetahuan , AirWear ni lebih ringan dari air dan jika mengalami keretakan , ia tidak akan berderai begitu sahaja.. Tetap kukuh ! Selain kanak kanak , ianya menjadi pilihan para atlit dan juga anggota keselamatan. 




Masa untuk periksa mata bagi memastikan lens yang sesuai dengan mata aku..Dan yang sesuai untuk aku ialah Crizal Eyezen.. Lens ni khas untuk mereka yang berusia antara 20-45 tahun.Cukup cukup untuk aku yang baru berusia 40 tahun ! Lens ini juga direka khas untuk golongan ketagih gadget selain dilengkapi dengan teknologi Prevencia yang mampu menapis ' Harmful' Blue Light. Crizal Eyezen juga mampu mengurangkan ketegangan dan keletihan mata , memang sesuai untuk aku yang asyik pandang laptop.


Kemudian pilih bingkai lak. Bingkai perlulah sesuai dengan raut wajah. Kang salah pilih , buat kena gelak dengan kawan kawna lak ! Hahaha.. Ok , ternyata di Venice Optometry, Desa Seri HartaMas punya pilihan yang menarik serta tampak lebih profesional ! Semua aku suka !! Tapi yang paling aku suka ialah.. layanan yang mesra serta ujian mata yang cukup profesional membuatkan aku selesa untuk berterusan bertanya maklumat mengenai bingkai dan lens sehinggalah aku berpuashati ! 







Kesimpulan... penjagaan mata ni hendaklah bermula dari kecil lagi. Samada elakkan , kurangkan atau lindungi ! Jangan sampai kita kehilangan anugerah Tuhan tak ternilai ni , baru nak menyesal ! Terima kasih  kepada Essilor Malaysia kerana sudi berkongsi maklumat dengan aku. Dan terima kasih juga pada Venice Optometry, Desa Seri HartaMas.

Moga perkongsian ini akam membuat mata lebih ramai lagi rakan rakan betapa penjagaan mata ini amatlah penting sama sekali. Jika nak dapatkan maklumat lanjut , sila ke http://www.crizal.com.my/  atau ke Fan Page Crizal Malaysia.

Terima kasih ! 

35 ulasan:

  1. Kena check ni..huhu selalu depan komputer juga

    BalasPadam
  2. Memang ada perancangan nak tukar spek baru.. yg ni dah mcm blur2 hu hu hu tp tabung x ckp lagi...

    Good info... tq share.

    BalasPadam
  3. Airwear tu wowww....serius juju salah sorang yang perlu jaga dari aspek mata...yg timbul pening dan migrain ni sbb terlalu terdedah dgn uv dari mcm2 arah ni ...good review ben...suami juju pakai spek dan tebal gak power tu ingat nak rekemen kt dia...

    BalasPadam
  4. adehhh.. dah la selalu ngadap komputer buat kejee... risaunya

    BalasPadam
  5. Patut lah mata kite makin teruk rabunnya.. Huwaaa

    BalasPadam
  6. Kena pergi check la mcm ni. Takot jgak kalau tak jga dan cegahdr awal

    BalasPadam
  7. Takut jugak bila baca....saya pun dah lama x tak check mata...menghadap laptop dengan fon 24 hours....thanks ben for advise and suggestion...

    BalasPadam
  8. Wife pun guna crizal dah sekarang memang jauh beza dia rasa penglihatan dia berbanding guna spek2 sebelum nie

    BalasPadam
  9. Ermm.. slalu migrain. Mcm kena g check mata jgk kot.. hmm

    BalasPadam
  10. rasanya nak kena p check gak ni...mata dah mula kabur bila baca dekat....risau gak ni...bila malam plak susah nk fokus...

    BalasPadam
  11. Aduhh..dah la Anim ni rabun dan keje pun kena hadap PC seharian. Last check mata pun...ermmm kena gi jugak la!

    BalasPadam
  12. Good sharing,tq Ben..akak pun nak kena buat spek dah tak berapa nampak sgt dah..

    BalasPadam
  13. Hmm takutnyaa..syima dh la rabun

    BalasPadam
  14. alamak! mata ni dah mula ada gaya gaya bermasalah je. nak kena pergi check cepat2 ni . hmm

    BalasPadam
  15. Alamak cam takut lak..sebab yanie pun depan pc je.. kirang 8 jam depan pc..huhhuuhu kena dptkan perlindungan seawal mgkin ni.. tq abg Ben..

    BalasPadam
  16. Diakui bagus sebab saya pun dah pakai crizal lens sejak tahun lepas.

    BalasPadam
  17. Memang bahaya tengok lama-lama depan laptop,tv dan handset..kene penjagaan rapi mata ni. Bagus jugak ade crizsl lens ni

    BalasPadam
  18. Kena didik mencegah dari usia kecik lagi.

    BalasPadam
  19. alhamdulillah mata ok, tak rabun, tak silau tp kena risau gak bab tengok hp selalu..

    BalasPadam
  20. Thanks ben for the infor. Walau dah bertahun pakai specs, tak pernah nak ambik tau pasal jenis jenis lens macam ni. Next time kena kena pi ke kedai yg u pi ni lah

    BalasPadam
  21. info yg sgt berguna, nice sharing..
    kena lebih jaga mata lps ni sebab saya pun pakai spek..

    BalasPadam
  22. Thanks for sharing!
    Learned so much info from this post!

    BalasPadam
  23. Terima kasih info nya abg ben. Selalu tahu pasal sinaran UV je. Yang lg satu tu jarang2 dgr

    BalasPadam
  24. kena g check jgk. tq utk informasi yg bagus ni

    BalasPadam
  25. alamakkk.kite lgla 24 jam terpaksa nngadap comp and hp utk siapkan keje. kene check jugak ni.bahayooo.

    BalasPadam
  26. Hmmm aku pun ada masalah mata ni. Kesan daripada berkerja di dpn komputer dlm jangkamasa yang lama. Nak kena cari spek jugak aku rasa. Harapnya spek tu nnti akan meningkatkan lagi tahap keenseman aku

    BalasPadam
  27. ala...takut....selalu buat macam tu sebelum nak tidur..lagi - lagi lah orang silau. ni tgk skrin pun huruf mcm berdouble. lama dah tak buat spek. last buat wkt form berapa tah tak ingat.memang lame giler

    BalasPadam
  28. Mata da rabun dan silau. Uhuk. Selalu tengok hp

    BalasPadam
  29. Risay gak bila 24/7 duk tengok fon ngn lappy ja, tapi nak buat macam mana bnyak bnda bergantung pada 2 benda ni, bole la try gi tgok lens ni, sekurg2nya dah ambik langkah berjaga2 thanks abang ben sebab perkenalkan tempat ni. =)

    BalasPadam
  30. namak gaya kena tukar spek jugak nie.
    dah lama tau tapi amik ringan..
    adeh.
    thanx bro for sharing

    BalasPadam
  31. Bagus info yang Abg Ben kongsikan
    Cantik laaa tempat ni

    BalasPadam
  32. alhamdulillah walaupun saya bekerja dalam industri IT dan guna notebook hampir setiap masa, tak pernah ada masalah mata lagi. semoga dipermudahkan semua urusan

    BalasPadam
  33. Thx abg ben. I ske info utk post yg ni. Informative. Dpt la apa yg i mencarinye.thx ya for sharing. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal cantik dan slim. >>>Kurus sihat Semula Jadi!<<<

    BalasPadam
  34. setakat ni tak pakai lagi spek, tapi dah rase cam nak mencari spek dah ni.. kabur dah pemandangan sekarang ni hihihi

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009