Bukan satu gym.. banyak gym dah aku nampak begini. Tapi gym gym ‘orang kaya’ tak de begini punya masalah yang aku nampak. Mereka yang datang , sungguh pon tak sado bak badang tapi mereka reti kemas selepas main.
Berbeza sama sekali gym gym yang bayaran murah untuk walk in walaupun kalau diikutkan harganya mungkin lebih tinggi tapi disebabkan ‘orang kita’ tak mampu sangat nak bayar hari hari dan juga nak mengalakkan mereka untuk menjaga kesihatan , harga mampu bayar cuma dikenakan. Ok la kan ? Kasi semangat !
Tapi sayangnya.. hurmm… Ramai antara pengunjung gym ni , pandai guna jer. Tapi tak reti nak kemas selepas guna. Sekurangnya , yang mana dia guna tu , kasi letak balik di tempat asalnya.
Bayangkan apa jadi jika peralatan bersepah ? Ianya boleh mengundang kecelakaan pada mereka yang tak berhati hati ketika berjalan di dalam gym. Yelah , dah penat bersenam. Ada yang tak larat dah nak tengok kiri kanan.. Main jalan jer.. Atau kita sendiri yang nak guna , kena kemas dulu pastu baru boleh main. Kalau setakat besi 5kg tu ok la.. Kalau kena dumbell berpuluh kilo.. haaa ! Acaner ?
Ni antara contohnya. Tak kisah la gym mana pon tapi masalah begini memang akan ada punya !
Nak sado tu bagus.. Tapi kalau sado saja tanpa ada disiplin , takda guna gak ! Sado yang berdisiplin , menunjukkan bahawa orang tu seorang yang cukup teratur ! Tu belum part botol air tak buang selepas air abis diminum. Main tinggal je kat sana. Tau la ada staff kat situ tapi sama sama la jaga kebersihan..kan ?
Biasanya orang yang teratur dan pengemas ni , mesti kacak , segak dan sado ! Aummm.. Apakah anda orang itu ?? Sama saja jaga keselesaan di gym yer..