Waahh ..kecoh dalam radio tadi .. Hehehe .. Benarkah rakyat Malaysia begitu ? Tidak produktif dan tidak pandai mengurus masa ? Jeng jeng jeng …
Pastinya rakan rakan punya jawapan tersendiri kan ? Ada yang kata .. ‘ Gila laaa nak keje 6 jam berterusan ! Leh tekanan jiwa gini ! ‘ atau paling tidak pun akan kata … ‘ Gaji kecik , keje pun kecik la kan ? ‘ ..
Bagi aku , persekitaran kerja perlulah menarik . Bos perlu bijak memainkan peranan untuk memastikan persekitran itu wujud ! Kalau tidak , nak datang kerja pun malas woooo ..
Bukan apa , kalau mereka mampu menjawat jawatan tu , pastinya mereka berkelayakkan tapi kenapa prestasi mendadak menurun lebih lagi selepas 2 tahun atau sbagainya ? Pasti ada jawapan kan ?
Malangnya , banyak majikan dok anggap pekerja mereka ni cumalah pekerja yang dibayar gaji .. Bukannya suh layan macam bos ke apa tapi perlulah buat pekerja tu terasa berkobar tak sabar nak gi kerja setiap hari .. kan kan ?
Bos zaman ni banyak kedekut aihhh … Bila dah nak lingkup , salahkan pekerja padahal , kedekut ya amat !